Monday, March 26, 2012

telah lama,

Telah lama aku pendamkan, 
telah lama aku simpankan, 
telah lama aku senyapkan, 
akan secalit rasa di hati ini, 
yang kadang-kadang aku sendiri tidak pasti apa maknanya.


Lama juga aku berfikir, 
lama juga aku merenung, 
lama juga aku bermuhasabah, 
takut-takut kebahagiaan aku diragut, 
takut-takut keseronokkan aku dirampas, 
takut-takut keakraban aku dicuri.


Kenapa ? kenapa ? kenapa ?
tatkala kami sedang membesar bersama, 
hadirmu seolah-olah meleraikan segala rasa, 
antara aku dan mereka,
hadirmu seketika cuma, 
hadirmu seminit bersua, 
tetapi, ketahuilah, rasa yang terpalit dihati ini, 
bukan mudah untuk diubati.




Hati mana yang tak rapuh, 
dek kerana melihat kemesraan aku dirampas, 
seolah-olah datangnya bagaikan kuasa, 
yang cuba untuk merampas 'dia' daripada aku semua. 





Tipu, jika aku nafikan betapa eratnya hubungan kami,
dusta, jika aku tidakkan betapa wanginya kasih sayang yang dibajai, 
bohong, jika aku mendustakan betapa utuhnya ikatan kami, 
jangan, jangan, jangan !!!





Aku merayu kepada mu,
jangan kau rampas takhta hatiku, 
jangan kau rompak intan payungku, 
jangan kau culik emas permataku, 
kerana, mereka hadiah terindah dariNya buat aku.








Gurau senda, tawa mesra, suka duka aku dan mereka, takkan mampu 'kau' beli dengan segunung emas sekalipun, kerana mereka, nadi hidupku :')








Saturday, March 10, 2012

hadiah istimewa,



Semester baru kembali lagi, 
Dan, aku masih lagi di sini,
Menjalani hari-hari yang sukar lagi berduri,
Tapi, hidupku tida lagi sunyi,
Kerna, ditemani mereka yang selalu ' happy'.

Ya Allah, kadangkala hati ini tersentuh jua,
Dengan pemberian yang amat bernilai harganya,
Pemberian yang bagiku sukar untuk cari pengganti,
Alhamdulillah, syukur,
Allah mendengar segala permintaanku yang ku idamkan buat selama-lamanya.

Wahai teman selamanya,
Bangga dan gembira,
Bukannya dipermainkan cinta kita,
Kerna, hakikat kegembiraan itu, hanya kita jua yang rasa.

Alhamdulillah, ya Allah.
Ingin sekali ku katakan, 
Ingin sekali ku laungkan, 
Hati yang dulu sunyi, kini sudah punyai pengganti, 
Kemana pergi, suasana yang ceria akan kupastikan, 
Agar setiap langkah yang dilalui, mempunyai seribu satu pengertian,
Pengertian yang bermakna bukan lagi mainan dalam kehidupan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


# Teman, ku titipkan doa kebahagiaan dalam setiap hembusan nafasmu, agar Allah sentiasa menjaga setiap langkah dalam kehidupanmu.


# Teman, ingin aku berpesan, berbudilah pada mereka yang memerlukan, berbaktilah pada mereka yang dalam kesempitan, kerna kadangkala mereka jua bisa menjadi peneman kita suatu masa hadapan.


#Teman, bukan mudah untuk menjadi yang terbaik, andai kau sulamkan hati budimu dengan seurat benang emas sekalipun, percayalah. . . . masih belum pasti hati itu kan juga mewangi seperti kasturi, jika tiada langkah untuk kau terus mewarisi iman sejak temurun lagi.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Aku menulis, aku mencoret semata-mata ingin ku bicarakan, yang diri ini sayang padamu yang teman-temanku. Doaku untuk kalian, semoga Allah memberkati kehidupan yang kalian corakkan dengan lukisan yang bisa buat orang lain mengukir senyuman. Pada angin ku berpesan, pada bulan yang menyaksikan, sesungguhnya kalianlah, ' hadiah' paling bermakna dalam hidupku.






# Salam sayang, :')

Tuesday, March 06, 2012

persoalan,

Petang itu, 
dia merenung keluar jendela,
mengimbau kembali nostalgia lama,
pelbagai ragam bermain didalam minda, 
kisah suka duka, tawa dan ria, 
kasih teman yang setia.

Petang itu, 
dia merenung lagi, 
terkenang memori-memori yang terukir pasti, 
dia pejamkan mata, dia putarkan kembali masa yang pergi, 
lama dia pejam, lama dia berfikir lagi, 
ya Allah, rindunya dia pada zaman silam yang pasti takkan berulang kembali.

Petang itu, 
dia merenung lagi,
dia pendamkan rasa yang seringkali terkubur layu didalam hati, 
dia pendamkan emosi yang kadang-kala mengusik diri, 
dia langsung tidak pedulikan rasa yang kadang-kadang ingin dia lewati. 

Petang itu, 
dia merenung kembali, 
jauh sayup disudut hati, dia ingin melontarkan rasa yang tersemat dihati, 
namun, apakan daya, dia lemah, 
dia longlai untuk bercerita lagi, 
dia rasakan akan ada sesuatu yang pasti menyusuri, 
andaikata, dia membuka rahsia yang pasti tiada logiknya difikiri.







# Dia terlalu, terlalu, dan terlalu ingin bercerita. Tapi, apakan daya. Dia tiada kudrat yang kuat untuk berbuat sebegitu. Ahhhhh, biarkan. Kelak, biar Dia sendiri yang ceritakan segala-galanya :') #



Saturday, March 03, 2012

baru,

3 minggu sudah berlalu, 
begitu banyak peristiwa shahdu, 
yang akan kenang hingga akhir waktu, 
tatkala, sedang sujud berteleku.

Unggas, cengkerik menemani kesunyian,
masyaAllah, nikmatnya pemberian-Mu Tuhan, 
ingin aku lafazkan kata-kata pujian, 
atas kurniaan nikmat yang Engkau berikan.

Tumbuh merendang si pohon tua, 
dedaunan merimbun, terasa segarnya, 
Allahu rabbi, kutegakkan dalam dada, 
Indahnya ciptaan Sang Pencipta.

Ya Allah, Tuhan hidup dan matiku, 
pohon segala keampunan atas kekhilafanku, 
pohon segala kemaafan atas kesalahanku, 
sesungguhnya, nikmat-Mu, amat bernilai buatku,

Nikmat mana lagi yang hendak kunafikan, 
nikmat mana lagi yang hendak kugantikan, 
nikmat mana lagi yang hendak kunafikan, 
kerna segala-galanya Dia yang berikan. 

Syukur, aku masih disini, 
syukur, aku masih berdiri, 
syukur, aku masih berlari, 
syukur, aku bernafas lagi, 
masih ada Kuasa dalam tubuh ini.


Allah, Allah, Allah, 
syukur ya Allah, 
syukur ya Allah, 
syukur ya Allah.


P/s :- untuk semua yang membaca, dengarkan lagu ini yaa :')








Saturday, February 25, 2012

roda hidup,

Hidup ini umpama roda, 
terkadang di atas terkadang di bawah, 
itulah corak kehidupan manusia,  
jangan mengeluh jikalau susah.

Semakin hari semakin sayang, 
kerna hidup kadangnya lenang, 
apalah masalah cabaran mendatang, 
jika diselesaikan, semuanya senang.

Dua tiga kucing bertaut, 
bertaut kasih berteman cinta,
andai hati dah mula terpaut, 
pohon disegerakan yang utama, 








p/s :- Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. >.<

Tuesday, February 21, 2012

cabaran,

Cabaran itu sentiasa menanti,
setiap yang berakal pasti akan diuji, 
sejauh mana kekuatanmu,
sejauh mana kesabaranmu, 
sejauh mana tekadmu, 
segalanya perlu ada dalam sanubari.

Cabaran itu, 
sukar sekali aku tempuhi, 
sukar sekali aku harungi, 
sukar sekali aku ramal, 
namun, tidak kira sesukar mana sekalipun, 
cabaran itu pasti ada.


Cabaran itu,
membuatkan diri ini goyah, 
membuatkan diri ini lemah, 
membuatkan diri ini resah, 
namun, langsung tidak dipedulikan, 
jika Si Hati sudah tahu akan segala yang tertulis, 
setiap keburukan adalah kebaikan semata-mata.


Kepada siapa hendak ku adu ?
kepada siapa hendak ku tangis ?
kepada siapa hendak ku rintih ?
kepada siapa hendak ku tagih ?


Mereka bisa berkata apa-apa, 
hakikinya, diri ini yang merana, 
hakikinya, diri ini yang kecewa, 
tidak perlu menagih simpati, 
pada mereka yang tak sudi.


Tanamkan dalam minda, 
semaikan dalam jiwa, 
tuaikan dalam dada, 
segala yang berlaku pasti ada hikmah, 
tiada keraguan mahupun penafian, 
akan segala yang dirancang Allah, 
pasti ada baiknya.




Percayalah. . . Percayalah. . . Percayalah. . .
Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. 
MasyaAllah :')

Wednesday, February 08, 2012

Lagi,

Lagi seminggu dua, habislah cuti.
Lagi seminggu dua, pulanglah aku.
Lagi seminggu dua, bermulalah yang baru.


Perjalanan beribu batu, yang penuh liku, bakal aku tuju. 
Entah kemana haluannya, aku tidak tahu.
Aku berserah kepada Dia, Tuhan hidup matiku.


Kalau aku rancang, sudah pasti tiada jadinya.
Lebih baik serah sahaja kepada Dia, Dia Maha segalanya.
Diriku, jangan bersedih atas ketentuanNya.
Pohon doa, doa, dan doa semoga Dia permudahkan semuanya.


Kutitipkan doa, dalam setiap solatku, semata-mata untukMu, Ya Allah.
Benar. Aku tiada dusta.
Sudah berkali-kali aku khabarkan, aku tiada tempat mengadu domba.
Sudah berkali-kali aku ceritakan, aku tiada punya siapa.
SubhanaAllah, Maha Suci Allah, yang menjadikan hidup dan mati aku.


Kenapa hati ini masih lagi gundah-gulana ?
Tiada ceria seperti dahulunya. 
Hurm. . . .








p/s :- Ku pohonkan doa supaya Allah sentiasa berikan Aku yang terbaik, insyaAllah :')

Tuesday, February 07, 2012

ya Allah,

Aku tahu siapa diri ini. Aku sedar akan kekurangan, lumrah kehidupan manusia, bukan ? Tak perlu lagi aku nak mengeluh atas apa yang Allah kurniakan, dan aku sepatutnya lebih mensyukuri akan anugerah Dia. Kenapa, yaa ? Susah sangat orang nak memahami isi hati diri ini, tak terkecuali darah daging sendiri. Dibuatnya diri ini, seolah-olah "orang asing ", yang tiada punya perasaan, tiada punya akal untuk berfikir, kenapa ya ? Secara fizikal, orang boleh la cakap, itu ini, tapi, diri sendiri yang merasa, bagaimana pula ? MasyaAllah, mungkin aku sahaja yang negatif. Tapi, sudah lama aku rasakan, sudah lama aku perhatikan gelagat mereka-mereka. Melawak pun, kadang-kadang ada batasannya juga, kan ? Mereka boleh lah berkata itu, berkata ini, tapi, kadang-kadang had kesabaran manusia ada batas juga, tahu ?


Diri ini tiada siapa untuk mengadu, diri ini tiada tempat untuk bercerita. . . Diri ini kadang-kadang terasa hatinya bagai diguris dengan semalu yang berduri. Durinya itu seakan-akan menusuk hingga ke ruang hati yang paling dalam. Sungguh, diri ini tiada siapa . Diri ini sudah mati akal untuk bercerita, untuk mengadu. 


Tapi, diri ini tetap bersyukur walaupun tiada tempat untuk mengadu, tiada tempat untuk bercerita, diri ini hanya mengadu kepada Dia. Ya, benar. Diri ini mengadu kepada Dia semata-mata. :'( SubhanaAllah, terasa Dia sangat dekat dengan diri ini. Bila diri ini mengadu, terdetik di hati akan sesuatu, Dia berikan. Dia hadiahkan. Ya Allah, syukur alhamdulillah, Ya Rahman. 


Biarpun, orang lain tidak melihat akan pemberian Dia, tetapi, diri ini nampak. Diri ini sebagai saksi. Diri ini yang merasa pemberian itu. Ya Rahman, sesungguhnya Engkaulah kekasih aku, kekasih hidup dan mati aku, Ya Allah. Diri ini tiada tempat bergantung harap lagi, diri ini hanya berkehendakkan kepada Dia semata-mata. Allahhu Rabbi ! Allahhu Rabbi ! Allahhu Rabbi !


Luka di kaki orang nampak, luka di hati, siapa yang tahu ? Itulah. . . Diri ini sudah lama " terasa ", tapi tidak mengapalah. Diri ini mengalah. mengalah. mengalah. . .Diri ini sedar , maaf jika ada yang terasa hati. Hendak dicerita, hendak dikongsi duka lara dengan mereka, rasanya tak perlu lah. Lebih baik, diri ini mengadu dengan Dia, pemilik hati ini.


Mereka darah daging sendiri, mereka dulu, sehidup semati aku. Tapi, entahlah. . . Hendak diceritakan panjang lebar pun tiada gunanya, 


Perjalanan masing-masing, terpulanglah. 




" Ø§Ù„Ù„َّÙ‡ُ الصَّÙ…َدُ "

Allah tempat meminta segala sesuatu. 
Surah al-Ikhlas, ayat 2.



Tuesday, January 31, 2012

warna,

Kita punya warna rasa,
kita punya warna jiwa,
kita punya warna raga, 
dan kita jua punya warnai cinta.

Desiran ombak pantai yang menghempas bayu, 
seolah mengundang satu harapan baru, 
disitulah terukir kasih sayangku, 
buatmu, 
yang teristimewa, permata hatiku.

Diri ini, masih lagi sepi, 
diri ini, masih lagi tiada pengganti, 
diri ini, hanya mampu memencil diri, 
jauh dari lubuk mata-mata yang memerhati.


Hati ini kosong, bagaikan tiada yang mengisi, 
hati ini sunyi, bagaikan tiada yang menemani, 
hati ini robek, punah bagai ada yang mendengki, 
tapi, hati ini cekal, kerna dia masih punyai Dia dalam hati.


Dia langsung tidak kecewa, 
Dia langsung tidak merana,
Dia senyap, diam tanpa kata,
kerana, dia tahu Yang Kuasa, ada rancangan teristimewa, buatnya.


Biar langit terbelah dua,
biar laut habis binasa,
biar rebah di dada angkasa,
namun tak sekali, dia putuskan hubungan dengan-Nya.




p/s:- MasyaAllah, I got one more poem. Maybe lahh kot, kan ? hehe. Btw, hamba tiada yang sempurna. Serah kepada Dia seluruh jiwa dan raga, InsyaAllah :')



cebisan,

Secebis puisi ini ku coretkan untukmu, 
secebis rasa ini kuhadiahkan untukmu, 
secebis kasih ini kulimpahkan untukmu, 
secebis hati ini kusulamkan bersamamu.

Andai, hari esok, aku tiada lagi di sisi, 
terimalah, setangkai mawar yang tiada duri, 
ku berikan untukmu, buat peneman sepi, 
ku loretkan warna pelangi untukmu, putera hati.

Seandainya, mulut itu senjata berbisa, 
yang hanya berdusta dengan kata-kata, 
maafkan aku, andai buat kau kecewa, 
pergilah jauh dari sisi, hilangkan derita sengsara, 
moga jiwamu tenang, mekar bersemi bersama sang bahagia.

Detik saat dan ketika yang masih ada, akan ku sisipkan dengan tawa, 
bukan duka lara yang bisa buat kau tersiksa, 
bukan jua nestapa yang mencengkam dada,
hargailah ia kerna cebisan ini amat teristimewa.

Kepadamu, Ya Rabb, pemilik hati insani, 
ku pohonkan sejuta keampunan atas kekhilafan diri ini, 
atas segala lakaran-lakaran yang tidak berseni, 
aku hanya insan, yang buta, yang jahil dimatamu, ya Rabbul Izzati.







p/s:- Eh, tak sangka. . . Ingatkan suka-suka je buat puisi, tengok-tengok jadi betul. MasyaAllah :')
 
 

Monday, January 30, 2012

holidays,


Langkawi, here we come.


kadang-kadang, si blogger pun nak enterframe jugak :D


Pa's talking to the New Zealand guy. Awesomeee !


us :')



A boy with a snake -.-"



 Here come the nicest place after all. I like it :P


Langkawi, till we meet again ya :)

Langkawi Cable Car, Gunung Mat Chincang :D

Chenang view during night :)



so called FAMILY :') 


p/s:- it's such a nice place to visit. soon, I'll come back, Mr. L :D

Thursday, January 19, 2012

:D

The semester break are officially started.
As usual, my routine " makan-tido-online ". Nice aite ?




It's hard to accept, but you can't change the past. 
You can't go back and manipulate things to the way you wanted them to happen. Because life'd be meaningless and boring and just not worth living. 

But you can change the future and that's a beautiful thing about life. 
Yes, you will make mistakes. And yes, you will have bad days, 
but as long as you let the past go, 
you'll have such a gorgeous and bright future ahead of you. 
Knowing that things were meant to happen. 
Knowing that each day you will learn something so that 
you keep growing to be a better person. 

Life is like a rope, twined in all its complexities and yet weaved into one marvelous stream that you have the chance you use something amazing from. 
So grab hold of it.







P/S:- Langkawi pun boleh. InsyaAllah :)

Tuesday, January 17, 2012

:'(


Ku rebah didada malam, 
memecah dendam yang lama diam, 
ku tanggalkan baju dunia, 
dakapku dengan selimut syurga, 
Ya Allah, hanya padamu tempat aku mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihMu, 
dalam tahajjud cinta bersujud. 



Perasaan bercampur baur, I'm seriouly, in a sad mood :'((








Monday, January 09, 2012

fuhhh. . . .

Mood :- cool
Songs :- a thousand years


Firstly, let me say Alhamduliillah Allah, for everything. :) dah hampir 2-3 minggu bergelumang dengan 'buku', akhirnya. . . . dapat jugak aku post something dekat blog nih. Ohh, yaa. Dah masuk tahun baru kan ? err, bagi aku, tahun baru ke, bulan baru ke, sama ja. It doesn't change anything -.- what more can I say, my age is increased year by year. haihh. tahun ni dah masuk 20 ? HAHA. Lawak benor aku rase bila dah masuk 20, insyaAllah :D rasa macam baru je semalam aku tinggal zaman sekolah rendah aku. See ? Time flies so fast kan ? Hurmhurm. Dunia dah tua sebenarnya, cuma tunggu masa sahaja. . . Entahlah, kalau diputar-putar balik masa dulu aku, kadang-kadang tertanya jugak dekat diri nih, apa yang aku dah buat ? Apa yang aku dah sumbangkan ? Aku rasa macam sebesar zarah pun susah aku nak sumbangkan, inikan pulak seluas lautan. memang tak la kan ? -.-" dah dah, apa orang cakap, past is past. Lupakan benda yang dah lalu, cuma ambik iktibar dengan apa yang dah pernah aku buat. Ye, berubah ke arah yang lebih baik. and and aku rasa, macam dah ada perubahan sebenarnya. hihi. maklumlah, sejak-sejak ikut Ma & Pa nih, rasa macam dah berubah banyak dah. (ohh, tak perlu nak mention ye kenapa aku cakap macam ni :). Betul, seriously, rasa macam dah buat perubahan walaupun baru sekecil zarah. atleast, aku cuba, kan ? 





One word, Alhamduliilah ya Allah untuk segala-galanya =)

last but not least, izinkan aku ya Allah, andai ini rezeki kurniaanMu,


:)




Friday, December 30, 2011

:/



I can be tough
I can be strong
But with you, it's not like that at all


There's a girl
That gives a shit
Behind this wall
You just walk through it








P/s :- I'm sorry. I don't want to have any relationship right now. Sorry. I am too young to think all those 'stuffs'.

Friday, December 23, 2011

err,

sebelum aku mulakan entry aku untuk malam ni, aku mintak maaf siap-siap kalau apa yang akan aku tulis nih akan buat hati sesiapa yang terasa. entahlah, tersentap jugak hati ni bila dah 'terkena'.
well, it doesn't matter. malas nak berbasa-basi lagi.

okay, mari aku straight forward kan sahaja ya ? 


hurm. hurm. bagi aku lah kan, setiap manusia ni tak sama.  berbeza sangattttttt :O dan kadang-kadang beza itu buatkan kita jadi lebih rapat, kan ? tapi, aku dah salah. maybe, itu salah aku. . . . okay, bila dah tahu salah. kenapa orang yang nampak aku buat salah tak berani nak tegur ? bagi aku, bila salah kena tegur lah kan, ye dak? ye, memang betul. kadang-kadang benda macam ni, memang boleh buat hubungan tu akan jadi bad or worst. TAPI, apa salahnya kalau straight forward aje -.-" hey, kamonnnn la ~ 





. . . . . ." Mesti jadi baik dulu ke untuk tegur orang ? ". . . . .




tak salah aih kalau nak tegur  selagi mana teguran tu dibuat dengan cara yang berhikmah. slow talk ke apa ke is the best way, tahu. 




p/s: Jangan sampai teguran itu mengaibkan orang yang ditegur itu.




** sorry kalau ada yang terasa**

let me,


I cry a lonely cry
I die a lonely death
and i still have many things to regret

I bleed lonely blood
and the pain has just begun

I laugh a lonely laugh
I talk a lonely talk
I pray a lonely prayer
and ask a lonely stranger;
'when will the pain go away? '
as I gash a lonely blade across my arm and faintly walk away



let me go. . . . . .




let me alone. . . . . . .







walking alone is the best way for me. . .




I'm  sorry for being harsh to you,
thanks for every single thing.






(Y)

baru sahaja check carry mark entrepreneurship.
alhamdulillah, dapat lepas target.
tapi tak berapa nak satisfy sangat dekat assignment tuh sebab aku rasa macam boleh bagi kick lagi.
tengok carry mark student-student lain pun boleh tahan.
hopefully, dapat la capai apa yang aku mahukan untuk semester ni.
walaupun kadang-kadang rasa nak give up, tapi, itu mustahil kan.
gila apa nak buat macam tu, konfem-konfem la kena marah gila -.-"

so, what next ?
tunggu carry marks yang lain-lain pulak. 
dan. . . . .
target aku hanya satu



Can I have this ?


hopefully, insyaAllah.
even aku rasa macam susah nak dapat, tapi tak salah mencuba kan ?



p/s: Pa pesan, duduk U kalau tak dapat first-class honour, taktaula kann. :)