Saturday, February 25, 2012

roda hidup,

Hidup ini umpama roda, 
terkadang di atas terkadang di bawah, 
itulah corak kehidupan manusia,  
jangan mengeluh jikalau susah.

Semakin hari semakin sayang, 
kerna hidup kadangnya lenang, 
apalah masalah cabaran mendatang, 
jika diselesaikan, semuanya senang.

Dua tiga kucing bertaut, 
bertaut kasih berteman cinta,
andai hati dah mula terpaut, 
pohon disegerakan yang utama, 








p/s :- Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. >.<

Tuesday, February 21, 2012

cabaran,

Cabaran itu sentiasa menanti,
setiap yang berakal pasti akan diuji, 
sejauh mana kekuatanmu,
sejauh mana kesabaranmu, 
sejauh mana tekadmu, 
segalanya perlu ada dalam sanubari.

Cabaran itu, 
sukar sekali aku tempuhi, 
sukar sekali aku harungi, 
sukar sekali aku ramal, 
namun, tidak kira sesukar mana sekalipun, 
cabaran itu pasti ada.


Cabaran itu,
membuatkan diri ini goyah, 
membuatkan diri ini lemah, 
membuatkan diri ini resah, 
namun, langsung tidak dipedulikan, 
jika Si Hati sudah tahu akan segala yang tertulis, 
setiap keburukan adalah kebaikan semata-mata.


Kepada siapa hendak ku adu ?
kepada siapa hendak ku tangis ?
kepada siapa hendak ku rintih ?
kepada siapa hendak ku tagih ?


Mereka bisa berkata apa-apa, 
hakikinya, diri ini yang merana, 
hakikinya, diri ini yang kecewa, 
tidak perlu menagih simpati, 
pada mereka yang tak sudi.


Tanamkan dalam minda, 
semaikan dalam jiwa, 
tuaikan dalam dada, 
segala yang berlaku pasti ada hikmah, 
tiada keraguan mahupun penafian, 
akan segala yang dirancang Allah, 
pasti ada baiknya.




Percayalah. . . Percayalah. . . Percayalah. . .
Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. 
MasyaAllah :')

Wednesday, February 08, 2012

Lagi,

Lagi seminggu dua, habislah cuti.
Lagi seminggu dua, pulanglah aku.
Lagi seminggu dua, bermulalah yang baru.


Perjalanan beribu batu, yang penuh liku, bakal aku tuju. 
Entah kemana haluannya, aku tidak tahu.
Aku berserah kepada Dia, Tuhan hidup matiku.


Kalau aku rancang, sudah pasti tiada jadinya.
Lebih baik serah sahaja kepada Dia, Dia Maha segalanya.
Diriku, jangan bersedih atas ketentuanNya.
Pohon doa, doa, dan doa semoga Dia permudahkan semuanya.


Kutitipkan doa, dalam setiap solatku, semata-mata untukMu, Ya Allah.
Benar. Aku tiada dusta.
Sudah berkali-kali aku khabarkan, aku tiada tempat mengadu domba.
Sudah berkali-kali aku ceritakan, aku tiada punya siapa.
SubhanaAllah, Maha Suci Allah, yang menjadikan hidup dan mati aku.


Kenapa hati ini masih lagi gundah-gulana ?
Tiada ceria seperti dahulunya. 
Hurm. . . .








p/s :- Ku pohonkan doa supaya Allah sentiasa berikan Aku yang terbaik, insyaAllah :')

Tuesday, February 07, 2012

ya Allah,

Aku tahu siapa diri ini. Aku sedar akan kekurangan, lumrah kehidupan manusia, bukan ? Tak perlu lagi aku nak mengeluh atas apa yang Allah kurniakan, dan aku sepatutnya lebih mensyukuri akan anugerah Dia. Kenapa, yaa ? Susah sangat orang nak memahami isi hati diri ini, tak terkecuali darah daging sendiri. Dibuatnya diri ini, seolah-olah "orang asing ", yang tiada punya perasaan, tiada punya akal untuk berfikir, kenapa ya ? Secara fizikal, orang boleh la cakap, itu ini, tapi, diri sendiri yang merasa, bagaimana pula ? MasyaAllah, mungkin aku sahaja yang negatif. Tapi, sudah lama aku rasakan, sudah lama aku perhatikan gelagat mereka-mereka. Melawak pun, kadang-kadang ada batasannya juga, kan ? Mereka boleh lah berkata itu, berkata ini, tapi, kadang-kadang had kesabaran manusia ada batas juga, tahu ?


Diri ini tiada siapa untuk mengadu, diri ini tiada tempat untuk bercerita. . . Diri ini kadang-kadang terasa hatinya bagai diguris dengan semalu yang berduri. Durinya itu seakan-akan menusuk hingga ke ruang hati yang paling dalam. Sungguh, diri ini tiada siapa . Diri ini sudah mati akal untuk bercerita, untuk mengadu. 


Tapi, diri ini tetap bersyukur walaupun tiada tempat untuk mengadu, tiada tempat untuk bercerita, diri ini hanya mengadu kepada Dia. Ya, benar. Diri ini mengadu kepada Dia semata-mata. :'( SubhanaAllah, terasa Dia sangat dekat dengan diri ini. Bila diri ini mengadu, terdetik di hati akan sesuatu, Dia berikan. Dia hadiahkan. Ya Allah, syukur alhamdulillah, Ya Rahman. 


Biarpun, orang lain tidak melihat akan pemberian Dia, tetapi, diri ini nampak. Diri ini sebagai saksi. Diri ini yang merasa pemberian itu. Ya Rahman, sesungguhnya Engkaulah kekasih aku, kekasih hidup dan mati aku, Ya Allah. Diri ini tiada tempat bergantung harap lagi, diri ini hanya berkehendakkan kepada Dia semata-mata. Allahhu Rabbi ! Allahhu Rabbi ! Allahhu Rabbi !


Luka di kaki orang nampak, luka di hati, siapa yang tahu ? Itulah. . . Diri ini sudah lama " terasa ", tapi tidak mengapalah. Diri ini mengalah. mengalah. mengalah. . .Diri ini sedar , maaf jika ada yang terasa hati. Hendak dicerita, hendak dikongsi duka lara dengan mereka, rasanya tak perlu lah. Lebih baik, diri ini mengadu dengan Dia, pemilik hati ini.


Mereka darah daging sendiri, mereka dulu, sehidup semati aku. Tapi, entahlah. . . Hendak diceritakan panjang lebar pun tiada gunanya, 


Perjalanan masing-masing, terpulanglah. 




" اللَّهُ الصَّمَدُ "

Allah tempat meminta segala sesuatu. 
Surah al-Ikhlas, ayat 2.



Tuesday, January 31, 2012

warna,

Kita punya warna rasa,
kita punya warna jiwa,
kita punya warna raga, 
dan kita jua punya warnai cinta.

Desiran ombak pantai yang menghempas bayu, 
seolah mengundang satu harapan baru, 
disitulah terukir kasih sayangku, 
buatmu, 
yang teristimewa, permata hatiku.

Diri ini, masih lagi sepi, 
diri ini, masih lagi tiada pengganti, 
diri ini, hanya mampu memencil diri, 
jauh dari lubuk mata-mata yang memerhati.


Hati ini kosong, bagaikan tiada yang mengisi, 
hati ini sunyi, bagaikan tiada yang menemani, 
hati ini robek, punah bagai ada yang mendengki, 
tapi, hati ini cekal, kerna dia masih punyai Dia dalam hati.


Dia langsung tidak kecewa, 
Dia langsung tidak merana,
Dia senyap, diam tanpa kata,
kerana, dia tahu Yang Kuasa, ada rancangan teristimewa, buatnya.


Biar langit terbelah dua,
biar laut habis binasa,
biar rebah di dada angkasa,
namun tak sekali, dia putuskan hubungan dengan-Nya.




p/s:- MasyaAllah, I got one more poem. Maybe lahh kot, kan ? hehe. Btw, hamba tiada yang sempurna. Serah kepada Dia seluruh jiwa dan raga, InsyaAllah :')



cebisan,

Secebis puisi ini ku coretkan untukmu, 
secebis rasa ini kuhadiahkan untukmu, 
secebis kasih ini kulimpahkan untukmu, 
secebis hati ini kusulamkan bersamamu.

Andai, hari esok, aku tiada lagi di sisi, 
terimalah, setangkai mawar yang tiada duri, 
ku berikan untukmu, buat peneman sepi, 
ku loretkan warna pelangi untukmu, putera hati.

Seandainya, mulut itu senjata berbisa, 
yang hanya berdusta dengan kata-kata, 
maafkan aku, andai buat kau kecewa, 
pergilah jauh dari sisi, hilangkan derita sengsara, 
moga jiwamu tenang, mekar bersemi bersama sang bahagia.

Detik saat dan ketika yang masih ada, akan ku sisipkan dengan tawa, 
bukan duka lara yang bisa buat kau tersiksa, 
bukan jua nestapa yang mencengkam dada,
hargailah ia kerna cebisan ini amat teristimewa.

Kepadamu, Ya Rabb, pemilik hati insani, 
ku pohonkan sejuta keampunan atas kekhilafan diri ini, 
atas segala lakaran-lakaran yang tidak berseni, 
aku hanya insan, yang buta, yang jahil dimatamu, ya Rabbul Izzati.







p/s:- Eh, tak sangka. . . Ingatkan suka-suka je buat puisi, tengok-tengok jadi betul. MasyaAllah :')
 
 

Monday, January 30, 2012

holidays,


Langkawi, here we come.


kadang-kadang, si blogger pun nak enterframe jugak :D


Pa's talking to the New Zealand guy. Awesomeee !


us :')



A boy with a snake -.-"



 Here come the nicest place after all. I like it :P


Langkawi, till we meet again ya :)

Langkawi Cable Car, Gunung Mat Chincang :D

Chenang view during night :)



so called FAMILY :') 


p/s:- it's such a nice place to visit. soon, I'll come back, Mr. L :D