Saturday, March 06, 2010

takot~

haha.
dalam takut2 pn, still gelak lagi.
yeyey!
konpem 11 mac nih rezut kua.means khamis next week je.
hoho.
cuak+neves tuh bese.
tapi, chill 2 sja.
:P

oke.
actually, asa mcm nk je g mktb cpt2.
haha.bkn sbb excited nk tgk result, tp exciteed nk jmpe kwn2 blik.
hadoi.since 3 months ago, psg tapenah jumpa.kan?kan?
ex PSG09 jumla kita wat gathering blik.(ecey.asyik aku je recommend.pdhal, lgsg xda smbtn)
hampes.wokey.td bca kat netlog.cgu.anas ade post entry terbaru.

Panduan Mengambil Result SPM2009 di MRSM Pendang

Assalamualaikum.....
Akhirnya saat-saat yang ditunggu-tunggu tiba jua. Insyaallah pada 11 Mac 2010 akan keluarlah keputusan SPM 2009. Apa pun keputusannya saya harapkan yang terbaik. Dan jika tidak pun kita tetap perlu bersyukur. Justeru itu saya ingin mengingatkan bukan sebagai seorang guru tetapi sebagai seorang bapa, seorang yang dewasa dan sebagai sorang sahabat.
Ingin saya ingatkan apabila bertandang ke sekolah lama kita, sementara menunggu keputusan eloklah bertegur dengan guru. Ingat apabila datang beramai-ramai jangan buat bising dan mengganggu ketenteraman tempat awam dan asyik melayan sesama kawan sahaja (baik pi jumpak di warung kopi).
Diingatkan untuk berpakaian sopan.Jangan hanya nak menunjuk bahawa kamu sudah keluar dari sekolah maka ada percubaan untuk mempersenda dan nak tunjuk sombong dan lagak melalui pakaian kamu yang mungkin ketat dan seksi bagi perempuan dan selebet bagi orang lelaki. Sebaiknya kepada perempuan pakailah baju kurung bertudung sopan supaya menghormati guru kamu dan menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar yang masih ada. Kepada pelajar lelaki mungkin nak menunjukkan gaya selebet dengan rambut yang panjang. Jika rambut panjang pun ikat dan sikatlah dengan kemas. Sekali lagi diingatkan sehari sahaja kamu datang kembali ke sekolah dengan penampilan negatif mungkin menghakis rasa hormat guru kepada kamu yang sekian lama tertanam.
Apabila mendapat keputusan teruslah tunjukkan rasa syukur. Caranya menadah tangan semoga diberikan keberkatan kepada semua pihak yang turut membantu. Cara lebih baik ialah dengan sujud syukur, samada berseorangan atau beramai-ramai. Cara yang lebih cantik ialah dengan menghimpunkan seluruh rakan-rakan dan masing-masing mengeluarkan sedikit sumbangan mungkin barangkali RM3 seorang (jika 20 orang dah jadi RM60) buat belanja teh tarik ke di bilik guru dan jemput ustaz Roslin atau ust Othman untuk baca doa kesyukuran. fuuuuh cantik tue!
Petua lain ialah ajak rakan homeroom untuk belanja minum guru homeroom kamu. Boleh jugak ajak cikgu subjek kamu atau juga guru2 lain (kalau ada bajet lebih).
Boleh juga disepakati selepas semua dah amik keputusan pakat pi surau untuk sujud syukur berjemaah dan doa kesyukuran sekali.
Insyaallah jika semua yang saya sarankan ini semua pelajar expsg09 cuba laksanakan, sudah pasti ia akan menjadi satu hari dalam sejarah MRSM Pendang dan juga menjadi satu hari yang berbahagia kepada kamu semua. Jika hari ini kita membahagiakan orang lain (lebih2 lagi guru/ibubapa kamu) Insyallah Allah akan menghantar ramai orang untuk membahagiakan kita di masa hadapan.
Apapun bersedialah dengan berserah kepada Allah apapun yang telah tersurat buat kita.

by:SALMY ANAS AHMAD

da baca?amacam?hee~awal2 da kene sound.mklumla, batch trbaik.hahaha.bangge woo.tapi ilek je.bese la tuh.xkan nk amk result pakai mcm org nk wat show lak an?haha.nnti bkn org tgk result.org usha bnde lain.hadoi.pelik2 je manusia zmn skrg.

oke.sja post entry baru nih.hehe:P
sunyi je tgk blog nih.mcm xda viewers pn.huhu.:(


ok.
to all candidates spm09, wish us luck n may Allah bless always!
adios!
salam.



till then~

No comments:

Post a Comment