Sunday, April 11, 2010

kau kembali.

ketika umat manusia diluar sana sdg sibuk dgn piala FA mereka.
tidak sma sekali aku.
gila AF sahaja.
haha. ;D
do i care?
peliss..lantaklah nak suka apa pon.
erm, baru lepas tgk konsert ke-4 tadik.
wohooo.best2.siyesly best.
semua dah keluar dari kepompong yang sebenar.
jap, jap.
zass lagik dari cik murai tadi.
hihi. ;s
cepat sgguh post cerita baru.








jeng. jeng. jeng.







Konsert 4: Pelajar Mula Tunjuk Taring


KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2010:
Selepas 4 minggu (termasuk konsert tirai) menerima pelbagai kritikan samada baik atau buruk dari para pemgkritik, pelajar-pelajar Akademi Fantasia Musim ke-8 (AF8) telah mula menunjukkan peningkatan positif dalam konsert minggu ke-4 yang berlangsung dari Dewan Seri Putra, Bukit Jalil sebentar tadi.

Bukanlah sempurna namun usaha anak didik Norman KRU dan barisan tenaga pelajar lain ini harus dipuji kerana konsert malam tadi berjaya membuka mata pengkritik dan penonton tentang potensi dan bakat yang ada pada pelajar-pelajar dalam konsert yang turut bersiaran secara langsung di Astro Ria (saluran 104) ini.

Ain dan Maulana adalah antara pelajar yang menyerlah dengan persembahan masing-masing pada konsert kali ini. Ain yang kini telah mula kembali ke landasan sebenar potensi beliau setelah melalui zaman 'gelap' menghiburkan para penonton dengan lagu Kawan dendangan asal Ruhil Amani. Tiada 'Ruhil' dalam persembahan beliau menurut Aznil Hj Nawawi dan Ain telah pun menemui imej sebenarnya. Pengkritik jemputan, Aishah berharap Ain akan mempelbagaikan variasi vokal dalam persembahannya dan Adlin Aman Ramlie memuji personaliti Ain yang 'besar' untuk lagu ini.

Maulana pula dengan lagu Biarkan (Vince) boleh dikatakan pelajar terbaik untuk konsert keempat ni apabila menerima pujian dari ketiga-tiga pengkritik. Adlin menyifatkan persembahan Maulana keseluruhannya ok dan 'good job' untuk Maulana. Dari segi vokal dan dinamik turut dipuji Aishah dan Aznil pula meminta para pengundi meletakkan Maulana di tempat yang sepatutnya kerana undian awal menunjukkan Maulana antara berada di kedudukan terbawah.

Konsert dimulakan dengan Nad dengan lagu Realiti Dewi (Alyah), bagus untuknya kerana Nad kelihatan telah mula keluar dari kepompong menurut Aznil menerusi lagu ini. Shahir kemudian muncul dengan lagu inggeris Always be My Baby (David Cook) dan persembahannya agak baik 'cuma rasa cinta tak sampai' kata Adlin. Persembahan berani Alif dengan lagu Hanya Di Radio (Headwind) versi dangdut sangat menghiburkan namun Adlin dan Aznil berharap Alif akan mengubah tone suaranya di minggu hadapan kerana masih sama walaupun telah menyanyikan pelbagai genre lagu.

Pelajar 'favourite', Adira seterusnya meneruskan konsert dengan lagu Biarlah (Nidji) dengan gimik 'terlentang' seakan Anum pada konsert tirai. Bagaimanapun nasihat dari Aishah dan Aznil adalah para pelajar tidak perlu 'overly done' gimik mereka dalam setiap persembahan. Daus dengan lagu Mirage (Pesawat) pula menghadapi masalah dari segi ekspresi dan di awal lagu agak kurang jelas sebutan liriknya sehingga menerima teguran dari Aishah.

Teruskanlah nyanyian asal Agnes Monica dipersembahkan Farina dan reaksi senyumannya sepanjang lagu tersebut menimbulkan kekeliruan dikalangan pengkritik kerana lagu ini sepatutnya disampaikan dengan emosi bersedih. Walaupun Aznil memuji kualiti vokalnya untuk lagu ini. Satu-satunya pelajar yang dikritik hebat malam ini adalah Iwan dengan lagu Kekasih Gelapku (Ungu). Adlin mengatakan ini adalah persembahannya paling teruk setakat ini. Nasihat dari Aznil dan Aishah pula adalah supaya Iwan bermain dengan perasaan supaya dapat menyampaikan emosi yang betul ketika membuat persembahan.

Teruskan mengundi pelajar kegemaran anda dengan menaip
AFUNDI <3/5/10> NAMA SINGKATAN PELAJAR & HANTAR ke 32999 dan nantikan keputusan siapa pelajar bakal tersingkir malam esok dalam Debaran AF jam 8.30 malam yang dikendalikan Sarimah Ibrahim.






p/s: macam ni la jiwa remaja, kan?
terlalu fanatik dengan sesuatu.
-,-







No comments:

Post a Comment