Wednesday, May 04, 2011

eh, hanna iymeera suruh update blog lah.

ehhe, sebenarnya takda idea pon nak upadate blog kali ini.
tapi disebabkan oleh paksaan dari blogger jalanan, hanna iymeera, maka terpaksala, dengan paksa rela saya meng'update'nya walau tidak seberapa.
puan, tengok ni, punyala sayangkan puan.=P
segala suruhan puan saya laksanakan. *nak naik gaji sampai BOOOOOOM*


******

okay, okay.
back to december, eh eh. back to the story.
erm, saya perhatikan sejak kebelakangan ini, ramai tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, masing-masing menggunakan bahasa singatan untuk memudahkan pergaulan seharian mereka.
err, tidak dinafikan saya juga begitu. :D
tetapi, dek ke'SINGKAT'an yang terlampau, maka saya disini ingin menjadikan ia sebagai salah satu isu dimana pihak yang sepatutnya, membuat tinjauan akan masalah ini.
hehe, cakap senang la kan?
tapi, betul. 
fenomena ini semakin menjadi-jadi dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira bangsa.
orang cina dengan bahasa mereka, india juga begitu, dan turut mengambil tempat dalam masalah ini, orang melayu.
dimana bahasa kita yang sebenarnya? 
yang mana pada suatu masa dahulu, mantan perdana menteri kita ada menyebut, memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.
adakah, kata-kata ini hanya omong kosong sahaja?
sebagai rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, saya berasa sangat sedih dan terkilan kerana bahasa kita diperlakukan sedemikian.
hina sangat ke bahasa Melayu ni?
sampai ada yang memperkotak-katikkan ia.
sedih.
kerana, ada diantara kita yang berkelakuan begitu, walupun mereka sendiri berbangsa melayu.
zaman sekarang, semuanya dah berubah.
anak-anak muda tidak lagi peka akan isu semasa yang berlaku disekeliling mereka.
walhal, terus berada dalam dunia yang penuh dengan khayalan semata-mata.
keadaan bertambah teruk dihiasi dengan pelbagai masalah sosial yang semakin menular hingga ke hari ini.
dimana tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak?
*alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih kepada ibunda dan ayahanda saya, kerana tidak mendidik dan mengabaikan saya.*
:)


hmmm, setakat ini sahaja luahan rasa hati saya.
akhir kata, terimalah sedikit cebisan dari saya untuk kalian.
majulah bahasa demi bangsa.
kearah memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebanggaan kita :)


****** 



   Ramai orang menggali perigi,

     Ambil buluh lalu diikat,
    
    Ilmu dicari tak akan rugi,


  Buat bekalan dunia akhirat.



Pinang muda dibelah dua,


Anak burung mati diranggah,


Dari muda sampai ke tua,


Ajaran baik jangan diubah.



Dayung perahu tuju haluan,


Membawa rokok bersama rempah,


Kalau ilmu tidak diamalkan,


Ibarat pokok tidak berbuah.



Cuaca gelap semakin redup,


Masakan boleh kembali terang,


Budi bahasa amalan hidup,


Barulah kekal dihormati orang.



Pergi berburu sampai ke sempadan,


Dapat Kancil badan berjalur,


Biar carik baju di badan,


Asalkan hati bersih dan jujur.





No comments:

Post a Comment