Tuesday, May 24, 2011

sejam yang lalu.

sejam yang lalu, aku sedih.
sedih bukan kepalang.
tapi, bila tengok maharaja lawak, semua sedih itu hilang serta-merta.
arghhhh, mana sedih ni?hati kembali mencari sedih yang hilang.
hmm. mendengus lagi.
selalu macam ni.
asal sedih, hilang. asal sedih, hilang. asal hilang, sedih.
heishhhhh. tak suka la perasaan macam ni. tapi, kenapa perlu bersedih?
kan Allah dah bagi nasihat dalam surah Muhammad, ayat 35 tu.
( Apabila kamu mengetahui orang kafir itu dihapuskan pahala amalnya dan diseksa oleh Allah, ) maka janganlah kamu ( wahai orang yang beriman) berasa lemah dan mudah kalah ( musuh yang menceroboh), padahal kamulah orang yang tertinggi keadaannya dan Allah bersama-sama kamu ( untuk membela kamu mencapai kemenangan), serta Dia sekali-kali tidak akan mengurangi ( pahala) amalan kamu.
haaa, tu. Allah dah bagi motivasi kat diri sendiri dah.

jadi, kenapa perlu lagi ada rasa sedih ni?
hmm. please, go away from my life. i beg you, please.
bila sedih, hati menangis.
secara zahirnya, mata kasar manusia tak akan nampak permata-permata kecil menitis di pipi.
tapi, hakikatnya, hanya Dia yang tahu.
hati ini benar-benar yakin dengan Allah.
yakin dengan kuasa yang ada pada Dia.
perkenankan hajat dan harapan hambaMu, ya Allah.
duhai hati, sabarlah engkau nescaya ada yang lebih baik untuk kamu suatu hari nanti.


semakin dilepas, semakin sedih.
teresak-esak hati ini menangis.
hey, wanita gagah. 
hapus air matamu. tunjuk pada dunia, wanita memang hebat!





semakin ditulis, semakin sedih. sedih lagi. tak tahan menanggung rasa itu sendiri.
mahu diluah, tapi pada siapa?
mahu dibicarakan, tapi siapa gerangan itu?
 makin dikopek, makin terasa sengatnya.



sang hati, sabar.


* semoga esok, masih ada mentari agar bisa merawat hati yang sedih ini*
*kalau jumpa doktor pun, memang tak akan pulih*
























yang sedih, 
penulis.

No comments:

Post a Comment