Monday, November 14, 2011

mahukan yang lama,

day : sunny but cloudy
music : Josh Groban - you raise me up


mulakan hari ini dengan Bismillahirrahmanirrahim.
yeah, hari ini masih lagi seperti hari-hari sebelumnya.
aku rasa macam ada suatu momentum untuk gerakkan aku supaya sedar tentang apa yang aku dah pernah buat. tentang apa yang aku dah pernah cakap, dan juga apa yang aku pernah fikirkan.
bagi aku, tak ada cacat celanya pun, bila kita bermuhasabah balik diri kita ni sendiri.

macam mak aku pernah pesan, sebelum nak tidur, elok untuk kita review semula apa yang kita pernah buat sepanjang hari itu, kalau ada salah, lupakan. mana yang baik, teruskan. :)

ohh, ya. sebut pasal itu, aku teringat lagu nyanyian Josh Groban, which means lagu yang tengah aku dengar sekarang. 

"..You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.."


kamu-kamu faham bukan apa maksud dia.
ye, aku tak nafikan. dalam hidup ini, kita perlukan seseorang untuk tolong "push", untuk tolong "advice" dan segala macam tolong lahh.
dan, kamu-kamu perlu ingat ya, bukan senang nak dapat kawan yang betul-betul faham akan kita.
entah-entah, sampai sekarang pun kita still tercari-cari kan.

bagi aku, sesetengah kawan ni kadang-kadang sekadar teman kita bila kita jauh atau tinggal berasingan dengan family.
sebab, bagi aku, family adalah kekuatan aku.
moral support, money support, semua lahh.
aku dah tak tahu nak describe macamana pasal mereka.
yang penting, mereka kekuatan aku.
tak kisahlah, manusia lain nak cakap apa sekalipun.
tapi, family is my first priority!

ehh, melalut pulak aku eh. =.="
tajuk entry aku, kamu tahu kenapa macam itu?

aku mahukan yang lama. which means, aku mahukan kembali semangat aku ketika zaman aku study dekat KMK dulu.
betul nihh, aku perlukan lagi semangat itu.
semangat yang memang buat aku bangga dengan pencapaian aku, kalau dekat maktab dulu, orang panggil lompatan saujana :D
yea, semangat tulah yang buat aku jejakkan kaki dekat bumi Sintok hari ini.
alhamdulillah, praise to Allah the Merciful for His blessing :)

dan, pagi ini, hari Isnin yang syahdu, sekali lagi aku mahukan semangat aku.
semangat berkobar-kobar gila nak study, nak challenge kawan-kawan lain, semangat tak malu nak jumpa lecturers, semangat nak attend semua kelas dan yang paling utama, semangat nak buat tutorial bisnes En. Jahaya :P
semangat itu, dan semangat ini.
urgghhh, banyaknya semangat dulu. (Y).

*ada sedikit hiperbola dalam ayat diatas sebenarnya. okay, abaikan*

sekarang, aku yakin, kamu-kamu dah faham apa mainpoint aku sebenarnya.
jadi di sini: ingin aku katakan kepada kamu-kamu semua, bagi yang masih ada semangat untuk berjihad, jihadlah. semoga kamu-kamu akan dapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah kamu usahakan.

bagi yang masih tercari-cari akan semangat yang hilang tuh, teruskan mencari. jangan putus asa, kalau-kalau semangat itu hilang, gantikan semangat yang baru. siapa tahu, semangat baru itu bisa buat kita semua jadi lebih cemerlang, insyaAllah.

"...izinkan ya Rahman, permudahkan segala urusan aku, permudahkan segala kerja buat harianku. pohon padaMu ya Rahman, bukakanlah pintu hatiku seluas-luasnya, untuk terima lebih banyak perkara dengan mudah.. "




p/s: kadang-kadang, kenapa kita perlu rasa malu untuk ungkapkan rasa syukur dengan   Allah ?



No comments:

Post a Comment