Monday, March 26, 2012

telah lama,

Telah lama aku pendamkan, 
telah lama aku simpankan, 
telah lama aku senyapkan, 
akan secalit rasa di hati ini, 
yang kadang-kadang aku sendiri tidak pasti apa maknanya.


Lama juga aku berfikir, 
lama juga aku merenung, 
lama juga aku bermuhasabah, 
takut-takut kebahagiaan aku diragut, 
takut-takut keseronokkan aku dirampas, 
takut-takut keakraban aku dicuri.


Kenapa ? kenapa ? kenapa ?
tatkala kami sedang membesar bersama, 
hadirmu seolah-olah meleraikan segala rasa, 
antara aku dan mereka,
hadirmu seketika cuma, 
hadirmu seminit bersua, 
tetapi, ketahuilah, rasa yang terpalit dihati ini, 
bukan mudah untuk diubati.




Hati mana yang tak rapuh, 
dek kerana melihat kemesraan aku dirampas, 
seolah-olah datangnya bagaikan kuasa, 
yang cuba untuk merampas 'dia' daripada aku semua. 





Tipu, jika aku nafikan betapa eratnya hubungan kami,
dusta, jika aku tidakkan betapa wanginya kasih sayang yang dibajai, 
bohong, jika aku mendustakan betapa utuhnya ikatan kami, 
jangan, jangan, jangan !!!





Aku merayu kepada mu,
jangan kau rampas takhta hatiku, 
jangan kau rompak intan payungku, 
jangan kau culik emas permataku, 
kerana, mereka hadiah terindah dariNya buat aku.








Gurau senda, tawa mesra, suka duka aku dan mereka, takkan mampu 'kau' beli dengan segunung emas sekalipun, kerana mereka, nadi hidupku :')








No comments:

Post a Comment