Monday, May 16, 2011

berjalan-jalan.

setelah penat berjalan-jalan, maka muncullah semangat dalam diri ini untuk kembali mencoret sepatah dua kata dalam blog hakir ini. bukan apa, hanya ingin menaikkan kembali darjah motivasi hakir. maksud hakir, berjalan-jalan itu bukanlah berjalan-jalan keluar ke merata tempat. tetapi, hakir sudah penat berjalan-jalan melihat wall post-wall post budak-budak lepasan SPM tahun lepas. antara mereka, ramai yang dapat ucapan tahniah. JPA la, MARA la. Khazanah and so on. dan dalam diri hakir tika itu, "wowwwwww! syoknya dia. pandainya dia". antara kata-kata yang lahir dari hati hakir. kenapa perlu hakir berkata sedemikian kepada mereka? sekadar untuk tumpang gembira itu tidak dinafikan. mana taknya. kawan sendiri yang dapat peluang macam itu. tapi, jika hakir fikir kembali, semua orang layak mendapat peluang itu. tapi, kenapa bukan diri hakir sendiri? dari segi positifnya, hakir rasa ada lagi mereka-mereka yang layak untuk peluang itu. bagi hakir, Allah knows everthing. we, as a human, just submit to Allah. mengharapkan yang terbaik dari Allah, itu pesan ibu hakir kepada semua. kenapa taw? kenapa? sebab kita merancang, Allah jua merancang. tetapi bagi hakir, Allah jua yang menentukan segalanya. jadi, salah untuk hakir menafikan hak Dia. jadi, disini hakir ingin membuat kesimpulan, bahawa semua orang berpeluang untuk cemerlang. semua orang berpeluang untuk jadi yang terbaik. cuma yang menjadi penghalang dan rintangan, adalah minda kita. minda separuh sedar yang sering menggangu konsentrasi manusia. Allah dah kata, Aku takkan ubah nasib kamu selagi mana kamu tak ubah nasib kamu sendiri. so, what are we waiting for? wake up, man! we can do it. everything will change. believe me. :)



p/s: tahniah kepada kalian yang berjaya mendapat tempat untuk ke luar negara. i am proud of you.

No comments:

Post a Comment