budak-budak lagikah saya?
budak-budak lagikah pemikiran saya?
budak-budak lagikah tingkahlaku dan penampilan saya?
entah. anda lihat, anda nilai.
ada sesutau yang menarik tentang budak-budak ni.
budak-budak nikan, memang diorang takda duit.
harta, lagilah tak ada kan.
tapi kan, apa yang mengujakan, budak-budak ni, diorang punya keinginan sangat tinggi.
berkeinginan tapi tak berkemampuan.itu fakta.
jadi, bila budak-budak dah sedar akan hakikat itu, budak-budak ni pun bangkit.
menebus kembali kata-kata yang lahir dari orang yang lebih besar darinya.
apa lagi, usaha yang kuat ditambah dengan semangat yang tak pernah kenal erti putus asa, budak-budak ini pun usaha lagi.
usaha, usaha dan terus usaha.
ingat ya semua, Allah dah bagitaw, siapa usaha, dia dapat.
jadi, ternyatalah, Allah tak pernah mungkir dengan janjiNya.
Allah dah beri dan balas jasa budak-budak itu.
sekarang, budak-budak itu dah besar.
dan ketika dia besar, dia dapat memenuhi semula hajat dan impian ketika dia masih budak-budak.
gembira bukan kepalang si budak besar itu kerana hajatnya sudah tercapai.
apa lagi, dia berpesan kepada budak-budak di luar sana, supaya memiliki impian seperti budak-budak.dulu sebab bila dah ada impian, baru ada usaha.
tapi, ingat!
bila kita dah berusaha, jangan ditanya kenapa, jika budak-budak itu gagal.
mungkin, Allah ada yang lebih baik untuk budak-budak itu.
tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada sapa yang tahu.
eh, seronokkan jadi budak-budak.
tak kisah la siapa anda sekarang, apa pekerjaan anda sekarang, dan apa-apapun status anda sekarang.
tanamlah keinginan seperti budak-budak walaupun umur dah meningkat.
kerana, tanpa angan-angan, semua tak akan jadi kenyataan.
selamat berfikir.
:)
No comments:
Post a Comment