malam ini, aku menangis lagi.
menangis tanpa sebab.
mungkin ada sebab, cuma malas nak dilayankan sangat.
mengapa mesti menangis?
hati tabah kan?
jangan menangis hanya kerana benda yang belum pasti.
malam ini, aku menangis lagi.
menangis mengenangkan betapa Allah sangat menyayangi aku.
syukur, alhamdulillah ya Allah.
malam ini, aku menangis lagi.
insan-insan itu bakal melangkah ke alam baru.
alam pembelajaran yang amat beza suasana itu.
ya, mereka.
sungguh aku rindu saat kita tertawa dulu.
malam ini, aku menangis lagi.
bertanya akan sang bulan.
masihkah ada harapan untuk hari esok?
masihkah ada nafas untuk esok?
malam ini, aku menangis lagi.
teringat kembali akan memori itu.
memori yang sungguh menggamit hati.
jujur, aku sayangkan insan itu.
tapi, bukan kehendak aku untuk melawan ketentuan Allah.
suatu hari nanti, pasti tiba saat itu.
hati kecil berdoa, memohon, dan merayu.
agar Kau senantiasa melindungi mereka, ya Allah.
*untuk insan itu, semoga berjaya dalam jihadmu*
*ilysm :"( *
i like this post. REALLY TOUCHINGG :')
ReplyDeletein, samela.. hmm, dah tak larat nak menangis in. dalam hati ni, sabar je :"(
ReplyDelete