Thursday, May 26, 2011

sama sahaja.

semalam, aku bangun tidur. bangun-bangun, terfikir pula. tentang hari ini. tentang perkara yang akan aku buat. ya, sememangnya itulah rutin harian aku. nak buat apa eh, hari in? hmmm. hati mendengus kebosanan lagi. asyik-asyik sama sahaja. seolah-olah macam tak ada kerja yang lain yang nak dibuat. eh, kenapa hari-hariku sebegini? kenapa tidak seperti hari-hari dulu? dikelelingi rakan-rakan seperjuangan untuk mengumpul peluru ke medan perang. oh, ya! lupa pula, program pengajian itu sudah habis. sebut pasal itu, lamunan melayang seketika teringat kembali akan hari dulu. hari yang penuh dengan suasana ceria. penuh dengan gelak dan hilai tawa rakan-rakan yang lain. walaupun, hakikatnya, bukan semudah yang disangka. kehidupan itu sebenarnya sukar. tetapi, apa boleh buat. nak tak nak, kena hadapi jua. dan, Alhamdulillah, hari tu habis juga.dulu, makan-minum lansung tak terurus. konon, lagaknya macam budak pandai kan. kalau ada masa, sempatlah perut ini diisi oleh tuannya. kalau tidak, petang la alamatnya. hmmm. apa lagi yang berlaku pada hari dulu ya? berfikir sejenak. oh, ya! lupa pula. kenangan hari dulu banyak mengajar aku kehidupan yang sebenar. erti persahabatan juga erti kehidupan. banyak rencah dalam kehidupan dulu telah aku praktikkan untuk kehidupan hari ini. ternyata, itu semua membantu aku. soal persahabatan, soal perjuangan, soal hidup berdikari-itu semua macam cliche yang perlu ditempuhi oleh semua. hidup dalam suasana 'independent'-inilah hidup aku yang sebenar. bukan mudah seperti yang kalian fikir. semuanya hasil usaha sendiri. hampir 6 tahnu hari itu berjaya aku tempuhi. sayang bukan kepalang. tapi, rindu itu yang menjadi penghalang. jauh bagaikan seribu batu nautika jaraknya dek kerana masing-masing tinggal diserata pelusuk Malaysia. apa-apa pun, aku bangga mengenali kalian. aku bangga melihat kalian berjaya. aku bangga mengenali kalian biar sesaat pun.

*cukup untuk hari itu. makin dicerita, banyak pula idea yang mencurah*



hari ini, aku bangun tidur. bangun-bangun, terfikir pula. tentang hari ini. tentang perkara yang akan aku buat. ya, sememangnya itulah rutin harian aku. nak buat apa eh, hari in? hmm. macam orang hilang akal pun ada. seolah-olah hidup tak ada hala tuju. mahu dibuat itu, tak kena. mahu dibuat ini, tak betul. serba salah.




esok, aku bangun tidur lagi. bangun-bangun, terfikir pula. tentang hari ini. tentang perkara yang akan aku buat. ya, sememangnya itulah rutin harian aku. nak buat apa eh, hari ini? hmmmm. dah bosan buat perkara yang sama. balik-balik buat benda yang ulang-ulang.





betul lah, kata orang. kita akan hargai saat itu bila kita dah laluinya. dan kita tak akan rasa kehadiran seseorang itu bila dia masih ada, tetapi kita akan rasa kehadirannya bila dia sudah benar-benar pergi. apakah disebalik yang tersirat?






-bingkisan buat mereka-


kalau rindu ;

lihat atas renung bulan
dan senyumlah

kita lihat bulan yang sama

kau dan aku masih berdekatan :)



kalau rindu ;

lihat atas renung bulan
dan senyumlah

kita lihat bulan yang sama

kau dan aku masih berdekatan

:)


kalau rindu ;

lihat atas renung bulan
dan senyumlah

kita lihat bulan yang sama

kau dan aku masih berdekatan

:)

No comments:

Post a Comment