Wednesday, June 29, 2011

Allah knows the best,

hari demi hari, menanti saat, waktu dan ketika. aku berjalan keseorangan. diulit kesepian dan kebosanan yang teramat sangat. alang-alang cuti pun dah hampir 2 bulan, dan masa-masa yang ada, aku habiskan begitu saja. jangan silap. bukan buang masa. hampir 24/7 masa aku dihabiskan dengan tv, online dan juga blogwalking. sebut pasal blogwalking, semakin lama dan semakin banyak aku membaca, timbul satu perasaan dalam diri aku. aku sendiri pun tak tahu kenapa perasaan tu ada. bukan sebab lain, sebabnya hanya satu. kenapa aku tak cemerlang macam orang lain? hmm. tak baik kan mengeluh dengan apa yang Allah dah bagi. kita sendiri yang corakkan masa depan kita, kenapa perlu merungut? aku tahu, aku langsung tak boleh cakap macam tu sebab nampak macam tak bersyukur dengan Allah. tak baik dan tak patut kan kita buat macam tu. -.-" haihh. hati oh hati, sabar. mungkin ada yang terbaik yang Allah nak bagi kat aku, dan aku hanya perlu sabar untuk dengar khabar gembira tu. okay, esok lusa dah nak masuk bulan julai. kalau semua nak taw, bulan nih memang sangat dinanti-nantikan oleh mereka2 yang nak sambung degree. insyaAllah. :) sebabnya, dalam bulan ni lah result UPU keluar. dan aku, berharap sangat. akan dapat kos dan U yang terbaik. oh ya, tak perlu nak merungut lagi sebab tulah hasil usaha aku selama 12 tahun belajar nih. kata orang, bila kita dah study dekat U, tu hadiah buat diri kita yang dah tungkus lumus dulu-dulu. ye dak? hmm. yang penting, usaha dari diri sendiri HARUS ada dan ukan mintak tolong dengan orang lain. apa guna Allah kurniakan kita cukup sifat semata-mata untuk berjihad dekat jalan Dia kann. yang penting, Allah knows the best. I believe in miracles :')



*maaf, entry sedikit skema*

Monday, June 27, 2011

the picture means everything ( part 2)






alhamdulillah and praise to Allah the Almighty because of His blessings.
sampai sekarang, still boleh jumpa dan contact dengan mereka.
:)
and bersyukur jugak sebab dipilih masuk dalam ni.
even, tempat dia takda la mewah macam skolah lain, 
tapi, bannga ouh.
kat sini lah, 
macam-macam benda aku blajaq.
seriously, 
i love them so much.

the pictures means everything,













batch 2005-2009.
i do really miss all of us.
:(

Tuesday, June 21, 2011

aku tewas lagi.

Aku merinduimu, 
tetapi rasa itu mati pabila, 
fikiran warasku memberitahu sejenak ruang ini, 
yang kamu, 
telah pergi, 
buat selama-lamanya.

Haruskah rasa itu muncul lagi?
naluri manusia kadangkala hanya, 
nafsu buta semat-mata, 
lenyap dalam arus leka, 
tika fikiran mula menerewang jauh, 
entah kemana. 

Duhai sang pencintaku, 
aku sangat merinduimu.
aku beraharap moga, 
sang rembulan sampaikan, 
salam sayangku, 
untukmu.

Kadang-kadang, 
aku kalah. 
Kadang-kadang, 
aku tewas sendiri. 
dalam jerat perasaan yang mencengkam kalbu.








*aku tewas lagi*

kuntuman puisi kuhadiahkan untukmu,

tatkala malam menjelma, 
ketika sang suria sedang enak dibuai mimpi, 
di kedinginan angin malam, 
rasa itu bagaikan mencengkam jiwa bisu.
aku, 
keseorangan, kesunyian, 
kukuatkan jua kudrat ini, 
menjamah papan kekunci, 
kepingin hati ini semakin mendidih, 
seperti memaksa diri kerdi,
mencorakkan sesuatu di atas kanvas suci,
menjadikan suatu memori, 
yang akan tersemat didalam hati, 
selamanya, untukmu, 
kekal abadi.

Malam yang dingin
Sampaikan padanya betapa aku merindukannya
Sepoi angin malam
Bisiki ia betapa aku menyayanginya
Mimpi indah
Hadirlah dalam lelap tidurnya
kutitipkan salam betapa aku sangat merindukannya
semakin hari semakin kuat hati ini menanti kehadirannya

entah kenapa
hati ini merasa kehilangan
akan sesosok kepribadian
yang begitu lembut

yang menemani dalam kesendirian
yang menghangatkan dikala hati membeku
hari-hari dalam kebersamaan
mungkinkah hanya tinggal kenangan belaka

canda tawa bersamamu
kini hanya penantian
tutur sapa dengan dirimu
kini hanyalah impian semata

jauh tatapan untuk bertemu
jauh kata untuk menyapa
walau jarak membentang menghalangi
namun hati menanti hadirnya dirimu


dinihari malam bagaikan memeluk tubuh,
-210611-
-0213 a.m.-

Sunday, June 19, 2011

to him with love,

A little girl needs Daddy
For many, many things

Like holding her high off the ground
Where the sunlight sings
!Like being the deep music
That tells her all is right
When she awakens frantic with
The terrors of the night


Like being the great mountain
That rises in her heart
And shows her how she might get home
When all else falls apart.


Like giving her the love

That is her sea and air,
So diving deep or soaring high
She'll always find him there





with a full heart, i dedicated this poem to my greatest love of all,
Ayahanda, 
Wan Ishak Wan Ali
:)

Thursday, June 02, 2011

rasa macam dah...

okay, bersua lagi kita pada hari ini. ye, tuan puan sekalian. hari ni chef wan taknak masam apa pun. cuma nak buat dessert je. haaa, "eh, kenapa tetiba macamni, chef wan bagai?"... haha. wah wah. dah tersalah ayat nampaknya. okay, ignore that. seja k kebelakangan ni, rasa macam dah semakin meningkat berat atau lain perkataan, GEMUK! huh. what da heck lahh kann. perasan gila, aku. dah gemuk tu, terima jela. ada apa-apa tips tak nak kurus tapi nafsu makan tinggi? kalau hangpa terer, hangpa tinggai ja komen kat bawah tu. rasa macam ukan coy yang dulu lagi. rasa macam bluehippo pon ada. ceitt -.-




okay la, malas nak cakap banyak-banyak. buang karan je. ni ada la sket-sket tips untuk nak kuruskan badan. rasanya, semua tips sama je kann. kalau tak joging tu, tipulahh. semua tu alasan je, padahal, sendiri makan, sendiri tanggung la kann. :/



Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!


Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.


gambar tips kuruskan badan
Gambar hiasan


Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.


Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.


Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.


2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.


Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.


3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.


Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.


4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.


5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.


Sebagai contoh:


Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,


Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),


Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)


Minum petang (3.30 - 4.00 petang)


Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)



Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.


7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.


8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.


9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:


Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.


Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.


Selamat Mencuba!


p.s: Anda masih tak puas hati dengan cara menguruskan atau menurunkan berat badan di atas tadi?