Wednesday, June 29, 2011

Allah knows the best,

hari demi hari, menanti saat, waktu dan ketika. aku berjalan keseorangan. diulit kesepian dan kebosanan yang teramat sangat. alang-alang cuti pun dah hampir 2 bulan, dan masa-masa yang ada, aku habiskan begitu saja. jangan silap. bukan buang masa. hampir 24/7 masa aku dihabiskan dengan tv, online dan juga blogwalking. sebut pasal blogwalking, semakin lama dan semakin banyak aku membaca, timbul satu perasaan dalam diri aku. aku sendiri pun tak tahu kenapa perasaan tu ada. bukan sebab lain, sebabnya hanya satu. kenapa aku tak cemerlang macam orang lain? hmm. tak baik kan mengeluh dengan apa yang Allah dah bagi. kita sendiri yang corakkan masa depan kita, kenapa perlu merungut? aku tahu, aku langsung tak boleh cakap macam tu sebab nampak macam tak bersyukur dengan Allah. tak baik dan tak patut kan kita buat macam tu. -.-" haihh. hati oh hati, sabar. mungkin ada yang terbaik yang Allah nak bagi kat aku, dan aku hanya perlu sabar untuk dengar khabar gembira tu. okay, esok lusa dah nak masuk bulan julai. kalau semua nak taw, bulan nih memang sangat dinanti-nantikan oleh mereka2 yang nak sambung degree. insyaAllah. :) sebabnya, dalam bulan ni lah result UPU keluar. dan aku, berharap sangat. akan dapat kos dan U yang terbaik. oh ya, tak perlu nak merungut lagi sebab tulah hasil usaha aku selama 12 tahun belajar nih. kata orang, bila kita dah study dekat U, tu hadiah buat diri kita yang dah tungkus lumus dulu-dulu. ye dak? hmm. yang penting, usaha dari diri sendiri HARUS ada dan ukan mintak tolong dengan orang lain. apa guna Allah kurniakan kita cukup sifat semata-mata untuk berjihad dekat jalan Dia kann. yang penting, Allah knows the best. I believe in miracles :')



*maaf, entry sedikit skema*

No comments:

Post a Comment