Monday, July 18, 2011

catatan untuk 3 tahun lagi.

sebenarnya, aku ada baca blog seorang pemblogging yang agak tegar lah jugak.
tapi, tu dulu.
sekarang, aku dah tak inga apa link dia.
tapi, aku still lagi simpan dia punya post.
sungguh aku suka post yang ni.
berbaur angan-angan, impian mahupun harapan.
macam orang putih selalu kata, believe in your dreams, kan?
bukan nak suruh percaya pada angan-angan sebenarnya.
tapi, nak suruh dan ajak kamu-kamu semua bina dan pasang angan-angan tu.
dek kata cikgu Sejarah aku dulu,
pasang angan-angan setinggi langit, akn tetapi, jika kamu rebah, takla rebah sampai ke tanah.
faham kan?
:')


okay-okay,
nih post yang aku cakap tadi.


Ini kisah angan pada cerita 3 tahun lagi,
kisah kalau tersirat di hati,
dan tersurat pula di azali,
ini kisah apa aku impi,
dan mungkin apa yang aku akan jadi,
ku mohon pada hebatmu, Ya Rabbi.

Aku pada 3 tahun lagi,
memandang langit, memegang bumi,
pada sungai yang deras,
ada laut yang tenang bebas,
aku nampak hijau hutan yang wangi,
aku genggam tanah disuatu tempat..bukan disini.

Aku akan punya hak pada sukaku,
Aku akan punya hak padarasaku,
Aku akan punya hak pada bumiku,
Aku akan punya hak pad cintaku,
Aku akan punya hak pada citaku,
dan aku akan punya hak pada lelakiku.

Angan ini angan lama dan baruku,
ku galas angan ini pada mana tempat kutuju,
aku perempuan yang mahu pegang bahagia,
ada panas dan hujan, ada pagi dan malam.

Aku amat ingin menjadi perempuan semalam,
mahu selepas sembahyangku ada tangan untuk disalam,
mahu bila makanku ada orang temankan,
mahu bila tidur tiada lagi ketakutan.

Catatan ini untuk 3 tahun lagi,
pada sesiapapun orang yang masih ku cari,
sebenarnya aku ini sentiasanya tiada terperi,
akan diucap selalu khalimah ini didalam hati,
bahawa kau harap..
amat berharap Illahi,
untuk 3 tahun lagi, disetiap subuh dinihari,
panjangkanlah nyawaku,
bahagiankanlah aku,
berilah dia terus singgah dalam mimpi indah,
salam tangan lelaki itu akan kusambut dan kutadah,
pada kalimah syukur,
Alhamdulillah...





suka entry ini?
LIKE lahh.
salam sayang,
:')

No comments:

Post a Comment