Tuesday, July 26, 2011

rambang-rambang

biar secara rambang sekalipun, 
aku tetap memerhatikan gelagat mereka.
siapa mereka yang aku maksudkan itu,
terpulang kepada kamu-kamu untuk menilai.

kadang-kala kita terpaksa memerhatikan disekeliling kita, 
tentang wujudnya manusia yang; pelbagai jenis, pelbagai rupa, mahupun pelbagai ragam.
jangan fikir tentang siapa kita untuk menilai mereka, 
tapi, ingat.
kita juga ada hak untuk bersuara.

marcapada ini,
dimana arus pemodenan negara yang sangat pesat, 
dunia fesyen kini digilai.
dunia hiburan juga apa kurangnya.
dan begitulah, dunia-dunia yang lain.

masakan anak muda seperti aku juga, 
turut terkena tempias itu.
apakan daya, 
hati dan pemikiran tidak mampu untuk, 
memberikan lontaran mahupun pandangan.
jadi, hanya dengan bersuara sebegini sahaja,
perasaan untuk melepaskan pandangan dapatdipuaskan.

memberi pendapat dan lontaran idea itu tidak salah, 
tetapi, 
terpulang kepada individu tersebut untuk mengendalikan ia.

manusia seolah-olah alpa,
akan tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya dibuat.
berat mata memandang, berat lagi hati yang merasa.
sedih dengan perwatakan remaja masa kini, 
seolah-olah tidak tahu batasan agama.
seoalh-olah tidak tahu halal dan haramnya.
"main hentam keromo",
asalkan tidak melakukan perkara diluar kawalan, 
itu sudah mencukupi bagi mereka.

sifat manusia,
memang tidak akan sempurna sampai bila-bila sekalipun, 
tapi, apa gunanya dianugerahkan akal,
jika tidak bisa memikirkan dan membedakan, 
apa yang terbaik untuk diri sendiri.

p/s: tanamlah dalam jiwa semoga kita menjadi manusia yang paling pandai berSYUKUR.

2 comments:

  1. saya bagi kamu A++ untuk penggunaan imbuhan serta gaya bahasa yang tinggi =D

    ReplyDelete
  2. adakah ini satu herdikan untuk hakir yang hina ini, tuanku?

    ReplyDelete