Tuesday, August 09, 2011

apakah ada Ramadhan buat kita?

harap maaf.
entry kali ini tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.
sekian.
:')

sengaja blogwalking dekat iluvislam.com.
pastuh, terjumpa satu entry yang agak menarik untuk dikongsi.
insyaAllah.
**renung-renungkan dan selamat beramal**


Begitulah Ramadhan berkunjung lagi, 
Pada keriuhan kita dengan kehidupan ini, 
Ramadhan menyapa kita dengan penuh bersahaja, 
Serta mengingatkan kita,
Sudah tiba masanya untuk kita bermusafir bersamanya.

 Namun adakah benar kita memahaminya?

Atau menganggapnya seperti suatu perjalanan biasa?

Begitulah kita.
Berbeza dengan mereka.
Mereka para sahabat Rasul tercinta,
Mereka menyambut Ramadhan dengan air mata,
Rintihan taubat dan serta kemerduan alunan al-Quran.

Sedangkan kita menyambut Ramadhan,
Dengan pelbagai menu dan resepi baru juadah berbuka.

Mereka menyambut Ramadhan dengan ketaatan,
Serta lamanya berdiri di atas sejadah,
Kita menyambut Ramadhan,
Dengan pembaziran menggila,
Serta lapar dan dahaga.

Bezanya kita dengan mereka.

Mereka ternanti-nantikan kedatangan bulan ini,
Untuk menyedut rahmah-Nya,
Menyedut maghfirah-Nya,
Serta menyedut perlepasan dari api Neraka-Nya.

Sedangkan kita,
Menantinya dengan keperitan,
'Ah, sebulan kene berlapar dan dahaga!'
Tetapi tidak mengapa pada kita: raya akan kunjung tiba!
Boleh peragakan baju dan langsir baru,
Serta handbag dan kasut baru.

Alangkah berbezanya kita dan mereka!

Pemergian Ramadhan bagi mereka ditangisi air mata.

Pemergian Ramadhan bagi kita diiringi sorak ria serta juadah raya,

Masjid Nabawi dan Baitul Haram pasti dipenuhi barisan saff manusia di sepertiga akhir Ramadhan.

Pesta ibadahnya meriah,
Dengan Tarawikh dan Tahajud,
Serta tilawah al-Quran.

Lailatul Qadr dicari-cari pada malam ganjil,
Sehinggalah para sahabat bertemu dengannya,
merasai kenikmatan seribu bulan itu.

Sedangkan masjid kita suram belaka,
Sunyi dari ibadah, solat mahupun al-Quran,
seolah-olah kita lupa akan sebuah hakikat.

Apakah ada Ramadhan buat kita?

hmm. sudah jelas ataupun belum?
masyaAllah. 
bila faham betul-betul makna Ramadhan, menangis saya didalam hati.
betapa Allah sangat sayangkan umat manusia.
sehinggakan Dia dah janji, buatlah amalan dalam bulan Ramadhan ni setinggi gunung sekalipun, balasan yang baik yang Dia nak bagi dekat kita.
ya Allah 
:'(


No comments:

Post a Comment