Thursday, August 25, 2011

mereka, takkan faham.

kenapa Ramadhan yang aku lalui, semuanya ada kenangan tersendiri.
tahun lalu, dengan pengalaman yang lalu.
tahun ini, pengalaman yang lain pula.


peritnya, bukan main sakit tahu.
tidak mengapalah.
mereka, takkan faham pun.
buat apa mahu menyalahkan diri orang lain, kan.


sendiri cari penyakit, kata orang.
bukan sakit main-main. ini sakit kronik.
sakit yang memakan hati seseorang.


ya Allah, kenapa semuanya perlu aku hadapi?
tak serik dengan pengalamankah, wahai diri ini?
mendengus dan merintih pun, sudah tiada gunanya lagi.


mereka, takkan faham.
buat apa hendak dibahaskan lagi.
berulang-ulang perkara yang sama timbul.
namun, masih juga tiada ubahnya.


ya Allah, sebak didada semakin hari, semakin mencengkam rasa ini.
hinanya aku dihadapanMu, ya Rabbi.
kerdilnya aku. jahilnya aku.


positifkan diri ini, ya Allah.
naluri hati mahu untuk menerimanya lagi.
rindu-


p/s: kadang-kadang Allah temukan kita dengan orang yang kita tidak suka dahulu, kemudian baru    Dia hadiahkan kita dengan orang yang kita suka. 


ya, aku yakin, kamu seorang yang baik. sungguh, aku benar-benar yakin dengan kamu. 


No comments:

Post a Comment