okaylah, belakangan ini aku pun tak tahu kenapa aku asyik sangat rasa something.maybe kalau dimentionkan pun, semua orang akan cakap aku ni pelik. tapi, taktahulahh kenapa rasa tu tiba-tiba nak wujud buat masa sekarang. Dia yang aku maksudkan, bukan siapa-siapa. Dia bukan merujuk kepada manusia, apatah lagi kaum Adam. masyaAllah, aku dapat rasakan kasih sayang Dia. aku still boleh rasa herak hati aku. semua yang aku buat, semua yang aku fikir, dan semua yang aku assume. semuanya betul. aku tahu, bukan aku yang buat, bukan aku yang fikir, dan bukan aku yang assume. itu semua sebab Dia. ya, segala-galanya Dia yang uruskan. alhamdulillah, bilamana aku kesempitan idea, bilamana aku dalam keadaan yang tergesa-gesa (gara-gara sibuk mengejar hal duniawi), kadang-kadang aku terfikir. ya Allah, sampai macam ni sekali bukan, pertolonganMu buat diri aku. aku tahu ini semua bukan kehendak diri aku semata-mata.kalau kehendak aku, belum tentu urusan seharian aku berjalan lancar. ini kehendakMu ya Allah. :'( menangis aku dalam hati. Allah dah banyak bantu aku. Allah dah banyak permudahkan segala urusan aku. senang cerita, Allah buat segala-galanya untuk aku. kata orang, manusia merancang, Allah juga merancang. tetapi, rancangan Allah itu jauh lebih baik. mungkin bagi orang lain, mereka tak dapat rasa apa yang aku rasa. tapi, aku rasa semua itu. menangis aku dalam hati. bila duduk bersendirian, aku mulalah berfikir. memuji kebaikan-kebaikan Allah, dalam hati, tak putus-putus dengan ucapan terima kasih. *menangis lagi* apa sahaja yang aku buat, aku mesti fikir. kalau itu kehendak Allah, biarlah sesusah mana sekalipun, tapi kalau itu kehendak Dia, mesti jadi. sebab parents aku selalu pesan, letak Allah dihadapan. dorang selalu pesan, jadikan Allah dan rasul sebagai hakim dalam kehidupan. masyaAllah, menitis air mata aku. betapa pentingnya Dia dalam kehidupan kita, kan.
surah Ali-Imran ayat 103,
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ
"Dan hendaklah kamu berpegang-teguh dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai".
p/s:- selalu bergantung, berhubung, dan bertali dengan Allah. insyaAllah, Dia mudahkan segala urusan kita.
No comments:
Post a Comment