Saturday, November 26, 2011

aku tahu,

malam ini, aku bersendirian lagi. 
tapi itu tak menjadi halangan untuk aku terus mendongak langit, memandang awan yang serba hitam tanpa ada sebutir bintang pun dilangit.
kalau adapun, hanya samar-samar saja yang aku dapat lihat di bumi Sintok ini.
adakah mungkin sang bintang juga mahu bersendirian ?


hari ini tiada apa yang seronok untuk aku jadikan cerita.
tapi, sedang aku sibuk memeriahkan suasana pesta cahaya tadi, dalam kotak fikiran aku, mulalah terfikir akan sesuatu. 
entah. aku mula rasa sesuatu. sebenarnya dah lama aku rasa, tapi mungkin tak dapat ilham lagi kowt untuk aku karangkan dalam ni.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


semuanya tulus ikhlas dari hati.
entah kenapa malam ini bukan seperti malam-malam yang lain.
penuh mood ceria & santai.


" Walau aku bersendirian, tapi aku tak pernah sunyi. Aku masih punyai Allah, Tuhan aku. Aku bangga punyai Dia dalam kamus hidup aku. Aku syukur punyai Dia yang begitu memahami akan diriku. Bagi aku, Allah terlalu baik. Kebaikan Allah bukan boleh diukur dan tak ternilai dengan wang ringgit sekalipun. Alhamdulillah ya Allah, Alhamdulillah.
Ya Allah, terima kasih aku ucapkan atas kebaikanMu, kebahagiaan dan kesempurnaan yang telah kau beri ke atas diriku. Aku langsung tak pernah kesal walau hati aku tidak dimiliki orangmkerana aku tahu, hati aku Allah yang pegang. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri ini. SubhanaAllah. :)








P/s: Manusia yang putus hubungan dengan Allah ibarat layang-layang terputus tali~

No comments:

Post a Comment