Thursday, November 17, 2011

putih,

kamu suka warna apa?
aku tahu. 
mesti pink bagi yang gadisnya.
yang si jantannya pula, biru ataupun hitam.
bukan ?


HAHA. soalan yang biasa aku jawab sewaktu aku masih hingusan dulu.
maklum sahajalah, cikgu-cikgu ini, suka sangat tanya pasal biodata student =.="
naik muak aku jawab soalan ini, kamu tahu ?


okaylahh.
cakap pasal cerita sekolah rendah dulu, banyak ragam sebenarnya aku ini dekat sekolah dulu.
biasalah, budak-budak lagi.
teringat aku pada geng lama aku, kononnya 'Saiko Clan'.


apa khabar agaknya mereke-mereka itu ya?
sorang dekat tanah arab, dan selebihnya di tanah rata ini, eh, bukan Cameron lahh. -.-"
maksud aku, Malaysia.


kami dulu rapat sangat, seolah-olah 'otai' dekat sekolah dulu.
suka aku teringat balik zaman sekolah aku dulu-dulu.
paling seronok, bila tiba waktu rehat.
bunci je loceng pukul 9.45, semua bagaikan anak ayam keluar kandang.
tolak sana, tolak sini, tambah-tambah tengah nak turun tangga.


dan aku pun, tidak terkecuali lah nak buat macamtuh.
seronok tahuuu :D


bila di kantin, aku ingat lagi.
semua pakat beratur, berebut-rebut nak beli ayam.
ayam tue makcik kantin goreng panas-panas, sedapp :P
sorang hentam sampai 3 ketul, alasannya, mudah. 
tak kenyang kata mereka.


dulu, bawak RM 1 pun dah rasa macam kaya sangat.
duit lebih beli ayam, simpan.
guna lepas waktu balik sekolah pula.


sejak dulu lagi, aku adik-beradik, diasuh berdikari.
kalau budak lain, parents jemput sampai depan pintu pagar sekolah, jemput mereka pulang.
tapi, aku.
terpaksa tunggu van untuk pulang.
fahm-faham jea laa, keadaan dia macamna.


macam sardin aku rasa, nasib baik time tu, aku kurus lagi -.-"
sampai je rumah, buka gate, masuk dalam.
cedok nasi pun yang dah sejuk.
lauk pun ala kadar saja.


aku dulu, tiada maid indon untuk setelkan segala kerja rumah ni.
kata mak aku, "biarlah takda sape pun nak tolong ma, ma boleh buat sendiri".
rumah bersepah itu, perkara biasa kalau student-student cikgu Wan pergi rumah :P


anak-anak masih kecil lagi waktu itu.
tahu buat sepah, tak reti kemas balik.
bersyukur aku, dapat ayah yang tak kisah pasal keadaan rumah dia.
sebab certain orang ni, tak boleh tengok rumah bersepah.
asal bersepah je, bertambahlah stressnya.
ayah aku, simple.syukurr (Y)
dia tak kisah.
asal kenyang perut dia, sudahlah.


itu cerita zaman dulu aku.
panjang lagi sebenarnya kalau mahu tulis.
insyaAllah, nanti aku tambah.


dek kerana kami diasuh berdikari sedari kecil, bila hidup sendiri pun,semua rasa biasa je.
bayangkan, parents mana yang sanggup suruh iron baju sendiri, start umur 7 tahun ?
tapi, itu yang mak bapak aku buat.
biarpun keadaan baju yang berkedut, aku tak kisah.
asalkan belajar, pandai. 


ehh, melalut pulak aku ini.
okaylah.
nanti ada cerita best, aku postkan lagi.


ohh ya, aku rasa macam nak buat cerita aku adik-beradik.
hurm, hurm.




p/s: sengaja aku tajukkan entry ini dengan putih. bagi aku putih itu suci. sesuci sekeping hati orang yang bertaqwa denganNya.















1 comment:

  1. putih itu warna yang suci dan indah...
    kita pon akan kembali kepadanya berpakaian putih

    ReplyDelete