Monday, November 21, 2011

random,

secara randomly nya, aku rasa, macam aku dah boleh buat satu kesimpulan, lah.
mungkin :)

aku rasa diri aku sudah semakin matang, hmm.
jangan salah faham, maksud aku pemikiran lah -.-"

bagi aku, someone tuh akan meningkat matang bilamana dia dah reti beza mana yang baik, mana yang tak baik untuk diri dia sendiri, terutamanya.
kamu tahu, bukan senang sebenarnya untuk capai kematangan dalam pemikiran, nih ?


kalau dulu, semua keputusan, memang mak ayah kita yang akan buat, kan?
tipulah, kalau waktu kamu kecil-kecil dulu, kamu dah buat keputusan kamu sendiri.


even, sampai sekarang pun, banyak lagi keputusan yang parents kita buat.
tu, akulahh :D


hurm, hurm.
mari sini, aku mahu buat pernyataan.
aku rasa pernyataan ni, mungkin betul.
kalau salah, betulkan yaa :)


bagi aku, kadang-kadang, Allah sengaja beri kita yang kita tak mahu. time tuh, mulalah hati nie nak merungut la, nak salahkan Allah sebab bagi benda yang tak elok, itulah, inilah.
hmm, negatif betul kan, manusia ?


tak, begini sebenarnya.
bagi aku, baik buruk tu, adalah baik semata-mata.
bila Allah beri dekat kita yang negatif, sebenarnya Dia nak suruh kita fikir.
Dia nak suruh kita muhasabah balik diri kita nie.
kamu tahu, dalam negatif tuh, ada positif sebenarnya.
cuma kita yang tak fikir pasal tuh, tahu nak menyalahkan sahaja -.-"


hurm, mak aku selalu pesan.
kalau ada masalah, kalau ada rintangan, rempuh sahajalah.
apa yang nak ditakutkan ?
kita ada Allah. kita percaya Allah.
haruslah yakin, semua benda negatif akan jadi yang positif.
Allah tu baik. Dia tahu, kita tak mahu benda-benda yang tak elok.
kadangkala, Dia cuma mahu uji saja.
Dia nak tengok setakat mana pergantungan kita dengan Dia.




"..Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.."- Ali Imran, 103.


see. Allah suruh kita bergantung dengan Dia.
tapi, kita. macamana ?




hurm, itu terpulanglah kepada kalian.
tepuk dada, tanya hati.




okay, sekarang aku yakin, kamu faham. ;)


ambil pengajaran ya, kata-kata aku mungkin bukan sebaik penulis novel, tapi, aku harap kamu dapat point yang cuba aku highlightkan. 
insyaAllah :)






okaylah, kalian.
till then and salam~










p/s:- syukur Allah atas limpahan rezeki yang Kau berikan keatas diri & keluarga aku. :)









No comments:

Post a Comment