Assalamualaikum & selamat siang semua :)
hari ini, aku mahu straight to the point lagi.
malas sudah nak berbasa-basi dengan kamu-kamu semua.
kamu tahu kenapa ?
tak tahu ?
ahhh. pedulikan dia.
okayy, hari ini.
hari Ahad yang ceria, barangkali.
bermulalah sesi kuliah yang baru untuk setengah semester sebelum tamatnya pengajian aku di semester satu tahun satu ini.
bukan itu yang aku mahu sampaikan sebenarnya.
point aku disini, satu sahaja.
tampak macam ringkas, simple, dan biasa.
semua tahu kan, apa maksud usaha ?
tipu kalau kamu taktahu.
ye, usaha yang aku maksudkan dekat sini adalah dalam pelajaran.
kamu jangan fikir bukan-bukan pula, yaa.
kalau kamu tak tahu apa itu usaha, kamu mungkin pernah dengar perkataan "struggle", bukan?
alahh, biasalah.
anak muda zaman sekarang, perkataan semua nak speaking-speaking belaka.
sedih aku bilamana aku lihat keputusan aku tadi.
tapi, aku langsung rasa tak menyesal.
aku terima sebab aku tahu macamana aku study sebelum aku jawab paper itu, sebelum ini.
masyaAllah. lekanya aku. O.o
hairan aku, macamana mereka-mereka berusaha ya ?
maksud aku, cara mereka.
# mungkin aku terpaksa berdamping dengan mereka selepas ini. mungkinlah.
hurm hurm, sudahlah keputusan pun nyawa-nyawa ayam saja, kok gimana seyhh ?
aku bukan apa. aku tak mahu jatuhkan harapan mereka yang tinggi melangit itu.
arghhhh (!). gimana nih?
aku benar-benar inginkan kembali semangat semester dua aku dimatrik dulu.
ye, semangat yang berjaya buat aku bangga dengan diri aku sendiri.
alhamdulillah, mungkin rezeki aku waktu itu :)
bagi aku, mungkin Allah sengaja jatuhkan kita dahulu supaya kita sedar lalu bangkit kembali membuatkan mimpi di siang hari menjadi realiti. who knows, aite ?
hmm, rezeki milik Allah kan.
*just think positively, insyaAllah. everything will comes true*
jadi, disini.
main point aku ; selagi ada kudrat, selagi mampu, selagi itulah kita berusaha.
Allah tak kejam, Allah tak zalim.
apa yang kita usahakan, mesti akan ada hasilnya.
Dia tahu apa yang kita mahu :')
" ..sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka.." (Ar- Ra'du: 11)
p/s : ada sesiapa tahu bagaimana nak buangkan rasa negatif dalam diri ?
good luck in ur new semester
ReplyDeletethank you. may Allah bless :)
ReplyDelete