Assalamualaikum :)
*elok rasanya aku mulakan dengan salam kan, rasa macam beradap sikit*
hari ini, untuk kali ini, aku menulis lagi.
mood untuk terus menaip apa yang aku rasa, masih ada. (Y)
alhamdulillah.
kadang-kadang, aku lebih suka menyendiri. bukan apa, bagi aku, bila aku sendirian, aku rasa lebih bahagia.
aku boleh fikir apa yang aku nak buat, boleh ingat semula apa yang aku dah buat dalam suatu hari tue, and paling penting, aku mesti fikir pasal family aku.
aku suka menyendiri tak bermakna aku sombong.
orang yang tak kenal dengan aku, mungkinlah akan berfikiran macamtu. -.-"
tapi, aku sikit pun tak kisah, sebab aku tak pedulikan pun mereka-mereka itu. :P
bagi aku, bila menyendiri, idea tu kadang-kadang datang tanpa diduga.
idea datang untuk aku terus berfikir. tak kisahlah apa yang ada dalam kotak fikiran aku, aku tetap akan fikir.
kadang-kadang, aku fikir betapa beruntungnya aku kalau nak dibandingkan dengan orang lain. *maybe family aku je yang tahu betapa beruntungya kami, alhamdulillah :)*
kadang-kadang aku fikir, aku muhasabah balik diri aku. alhamdulillah, setakat hari ni, aku still lagi punya family yang bahagia, punya kehidupan yang sempurna, and the most important thing, aku bersyukur kerna Allah izinkan aku hidup lagi.
okay, berbalik dengan cerita tadi.
menyendiri ni kadang-kadang seronok, kamu tahu ?
nikmatnya duduk sendirian sebab kita boleh fikir, boleh ingat dan boleh macam-macam lagilah. plus, dosa pun tak ada sebab kita duduk sorang-sorang.
bagi aku, bukan laa kalau kita berkawan ramai-ramai ni, itu tak boleh, ini tak boleh. tapi, probability untuk kita nak fikir apa yang kita rasa, mesti akan kurang.
sebabnya, bila kita dah ada dalam satu kelompok ni, mesti kita akan 'huhaa huhaa' jugak, bak kata orang utagha. :D
menyendiri yang aku maksudkan ni, bukanlah dengan cara tak bergaul dengan kawan, tak join group or event ke apa. menyendiri ni in term of, buat kerja sorang-sorang sambil dengar lagu, ada masa untuk diri kita sendiri, and macam tulah lebih kurang.
yes, I like the way I am, now.
tengah seronok-seronok type, tetiba idea hilang la pulakk -.-"
okay semua, jumpa lagiiiiiiii
salam sayang,
No comments:
Post a Comment