Sunday, May 08, 2011

malam ini.

malam ini, aku menangis lagi.
menangis tanpa sebab.
mungkin ada sebab, cuma malas nak dilayankan sangat.
mengapa mesti menangis?
hati tabah kan?
jangan menangis hanya kerana benda yang belum pasti.

malam ini, aku menangis lagi.
menangis mengenangkan betapa Allah sangat menyayangi aku.
syukur, alhamdulillah ya Allah.

malam ini, aku menangis lagi.
insan-insan itu bakal melangkah ke alam baru.
alam pembelajaran yang amat beza suasana itu.
ya, mereka.
sungguh aku rindu saat kita tertawa dulu.

malam ini, aku menangis lagi.
bertanya akan sang bulan.
masihkah ada harapan untuk hari esok?
masihkah ada nafas untuk esok?

malam ini, aku menangis lagi.
teringat kembali akan memori itu.
memori yang sungguh menggamit hati.
jujur, aku sayangkan insan itu.
tapi, bukan kehendak aku untuk melawan ketentuan Allah.
suatu hari nanti, pasti tiba saat itu.


hati kecil berdoa, memohon, dan merayu.
agar Kau senantiasa melindungi mereka, ya Allah.

*untuk insan itu, semoga berjaya dalam jihadmu*
*ilysm :"( *

Friday, May 06, 2011

laa, susahnya nak berbicara-part 2.

selamat malam, jumpa lagi semua =)...erm, saya sengaja tulis "laa, susahnya nak berbicara" ni dalam banyak bahagian or part. bukan apa. saya sendiri pon susah nak cerita dekat kawan-kawan semua. jujurnya saya bagitaw, memang saya ada perasaan tu. tapi, saya sangat takut nak luahkan.==' just imagine macam ni la kan, anda dah kawan dengan sorang tu agakla lamanya. tapi, hubungan anda hanya sekadar kawan or lebih kurang brader sister la kann..pastu, adela satu perasaan ni, tibe2 muncul dalam diri anda, ape anda nak buat?firstly, memang anda akan pendam dulu..tapi, bile dah lame2, makin hari makin rasa benda tu..*diakui oleh kawan saya juga ^^* mesti susahkan nak bagitaw hal yang sebenar?haaaa....jangan nak tipu, plak =P *saya yakin, anda pon pernah ada perasaan ni* yela, hati manusia kan..kalo takde perasaan tu, orang cakap pelik plak.kan? kan? laa, susahnya nak berbicara. ==' 

p/s: apa nak buat? ='(

laa, susahnya nak berbicara.

salam semua. sebelum kita berbicara dengan lebih mendalam, izinkan saya menarik nafas terlebih dahulu. okay, give me two second......... haa, okay dah settle! eh, apa eh yang sebenarnya nak dituliskan? haa, kawan-kawan, jangan risau, bila jemari kita dah mula menaip, automatik idea tu akan hadir perlahan demi perlahan lalu terhasillah suatu entry yang baharu. hehe. *try la buat, kalau tak caya*. eh, tajuk saya pada hari ini ialah "laa, susahnya nak berbicara". hmm, betul taw ayat tu. saya akui sendiri. bukan apa, sejak dua menjak ni, yang tu la yang ada dalam fikiran saya. hakikatnya, biar anti saja  yang taw, ya? malas nak cerita. sebab anti yakin, kalau anti bicarakan soal itu, akan ada dikalangan kawan-kawan atau pengikut anti yang akan perasan. hehe. okay, hari ni 6 Mei. jumaat yang indah. hmm, macamana ni nak story-morry dekat semua? payahlaaa. err, anti rasa kita berhenti dulu, bleh? nanti bila anti rasa dah ok, dah tenang, baru anti cerita. insyaAllah :) maaf kepada sesiapa yang tertanya-tanya, ini soal perasaan sebenarnya. eh, ape ni? jeng jeng jeng. semoga bertemu lagi di lain lembaran. salam satu Malaysia semua =)

Thursday, May 05, 2011

eh, sukanya.

eh, sukanya baca blog orang.
boleh tambah knowledge.
eh, sukanya baca blog orang.
dapat taw macam-macam pasal life dya.
*bukan nak stalker, sekadar ambil tahu.*
eh, sukanya baca blog orang.
dapat info banyak lahh.
eh, sukanya baca blog orang.
atleast, dapat taw pasal negara/ negeri orang.
eh, sukanya baca blog orang.
pelbagai rasa ya hati manusia ni.

tapi kan, 
saya lagi suka kalau baca blog orang yang saya kenal.
ia menghubungkan saya dengan mereka walaupun dimana jua mereka berada. .
eh, i like reading blogs especially if i know the person personally, lah.
:)

dan bila esok~



i was listening to this song so many times.
seriously, this song make me feel like, i want to cry.
:(

aku suka.

aku suka pemuda yang pemalu.
aku suka pemuda yang bijaksana dalam melontarkan idea.
aku suka pemuda yang ceria.
aku suka pemuda yang penyayang.
aku suka pemuda yang pendiam.
aku suka pemuda yang tahu akan batasan-batasannya.
aku suka pemuda yang positif.
aku suka pemuda yang sabar.
aku suka pemuda yang bisa membuatkku tersenyum.
aku suka pemuda optimitik.
sungguh, aku suka pemuda itu.
namun, kita berdua berbeza.
aku dan kamu masing-masing punya citarasa sendiri.
aku sekadar mampu menyimpan perasaan itu didalam hati.
itu yang terbaik.


*aku suka pemuda itu*

Semua Tentang Kita Lirik

asyik-asyik sedih je minggu ni.
kenapa sedih? 
kenapa sedih tu mesti hadir dalam naluri seorang manusia?
i am tired of this feeling. go away, please. =.=
hmm, syukur alhamdulillah.
dah semakin baik dan bertambah baik.=P
yeayy! that is what i want.
ye, memang tak dinafikan, orang takkan faham kita sebenarnya.
memang orang akan marah kita kalau kita amik tindakan yang bukan-bukan.
bukan orang tu marah sebab apa, just satu perkataan saja yang boleh menceritakan semuanya.
"SAYANG"
ya, perasaan itulah yang akan hadir dalam diri setiap insan yang bernyawa, kan, kan?
hihi. sudah-sudah, saya taknak berleter panjang. 

sebelum tidur, mari hayati lirik ini.
sedih. :"(


Waktu terasa, semakin berlalu,
tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada, lagi kini tawamu,
‘tuk hapuskan semua, sepi dihati

Ada cerita tentang aku dan dia,
dan kita bersama, saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah,
saat kita berduka, saat kita tertawa

Teringat disaat, kita tertawa bersama
Ceritakan, semua tentang kita