Tuesday, March 16, 2010

dan 11 mac(part 1)

Segala-galanya telah tercatat pada loh mahfuzkan, ma?bisik hatiku semata-mata kerana ingin menenangkan hati sahaja. Tapi, kenapa tak boleh? Aku masih mengharap moga-moga akan terbit sinar keriangan pada raut wajah pa dan ma. Aku gusar. Aku hampa tatkala memikirkan keputusan yang akan keluar tidak kurang 12 jam sahaja lagi dari sekarang. Kenapa? Hatiku bingkas bertanya lagi. Mungkin ya atau tidak. Mungkin baik atau sebaliknya. Orang-orang di sekelilingku asyik sibuk mendambakan keputusan masing-masing. “OK! Result tak kuar pun lagi?, kenapa sibuk sangat? bisik hati kecil ini. Ya! Sememangnya inilah suasana dan keadaan bilamana keputusan akan diumumkan. Bagiku keadaan yang fleksibel mungkin. Boleh jadi seronok ataupun kecewa. Rata-rata sibuk memikirkannya. Dan sesungguhnya aku redha atas rezeki kurniaan Allah S.W.T. Dia yang berkehendak akan setiap sesuatu kan? Kini, waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Benar kata orang penderitaan satu penyiksaan. Kereta Mercedes-Benz E200 berwarna perang meluncur laju menuju stesen minyak Petronas. Bekalan minyak harus diisi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Setelah segala-galanya selesai, kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Destinasi yang kukira sudah lama ditinggalkan. MRSM Pendang. Ya! Sesungguhnya aku amat merindui sekolah lamaku dahulu. Sekolah yang telah mengajarku erti hidup yang sebenar. Pelbagai pengalaman hitam mahupun putih telah mencorakkan identiti aku yang sebenar. Kini, aku lebih mengerti erti sebuah persahabatan yang sejati. Sungguh unik sekali ya hidup ini. Alhamdulillah, setelah lima tahun disini, aku berjaya menamatkan sesi pengajianku dengan baik sekali. Langsung tiada masalah displin.(ada je.tapi pandai2 lari) Kami yang bagaikan isi dengan kuku ibarat berada dalam sebuah keluarga yang bahagia dan happening. Keluarga PSG09, ku panggil.

Jam ditangan menunjukkan pukul 10.24 minit pagi. Aku masih menunggu giliran untuk melangsaikan semua hutang yang masih tertunggak. Setelah membayar, aku mengajak ma ke kaunter bersama-sama, tetapi dia menolak. Kenapa? Mungkin kerana malu? Sedih apabila reaksinya sedemikian. Aku sedar siapa diriku yang sebenar. Apakah aku bukanlah orang yang tergolong dalam kategori mereka-mereka yang mampu untuk mengukir sebuah kecemerlangan? Tetapi aku redha atas semua ketentuan Allah yang Maha Bijaksana. Dia telah merancang yang terbaik untukku. Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya kan, Is? Is. Junior sekolahku dahulu merangkap adik homeroomku ketika di lower form. Is. Terima kasih untuk semuanya. “Blaja elok-elok taw?”. pesanku. Sebenarnya, aku malu untuk bertemunya tadi. Maklum sahajalah sudah lama tidak bertemu mereka.


[Is, Bell dan Fit korang semua study betul-betul ok? Wish us luck for our future undertaking. May Allah bless. :)]


Aku sayang sangat akan mereka. Mereka seperti teman rapatku. Soulmate! Ya, soulmate atau dalam bahasa Melayunya dipanggil sehati sejiwa. Apa rasaku, rasamu jua kan, bell? Bell. Ini seorang lagi temanku. Mereka semuanya sebaya dan masing-masing sedang sibuk berperang dengan SPM pada hujung tahun nanti. Selamat berjuang sahabat! Moga kalian kuat dalam mengharungi onak dan ranjau kehidupan yang sememangnya penuh dengan jalan yang berliku. Kan kata orang banyak pengalaman tingkat kemahiran.

Masa yang dinanti-nanti telah tiba. Aku memerhatikan semua subjek yang ku ambil. Ku kira semuanya.Syukur, alhamdulillah. Keputusan diluar jangkaan. Aku mengharapkan setidak-tidaknya 7A. Namun segala-galanya bukan. Mungkin ini jalan takdirku. Kata aku didalam hati. Tetapi, tidak mengapa. Pesan Pa “This is not the end of the world. This is your first step only”. Dan perjalanan hidupku yang sebenar baru nak bermula, desis hati ini.

No comments:

Post a Comment