Saturday, July 23, 2011

bila dah RINDU,

aku kan, bila dah rindu, macam nilah jadinya. berjalan-jalan tengok blog orang, curi idea sikit-sikit mana yang patut, baca 2 3 tajuk. pastuh, bila idea tuh ada, baru la semangat sikit nak nuleh kan. seriously, memang tersangat-sangat lah bosan bila berada di rumah untuk suatu jangka masa yang agak panjang. kerajaan bagi cuti 5 bulan solid. sapa yang takmau kan. tup tap tup tap, dah nak habis pon cuti aku. tinggal lagi sebulan lebih ja termasuk bulan puasa nih. -.-" okay, sebut pasal puasa. ehem ehem. sedik pulak kan bila teringat zaman dekat maktab dulu. best weh. macam orang kedah kata, best bak hangggg. HAHA. dulu kan, bila time bulan puasa, mesti semua orang jadi malas. bila cikgu masuk kelas, semua pakat buat tak tahu saja. apa punya student la kann. alasan depa senang saja, "cikgu, kami ngantok. tak larat nak blajaq. tadi sahur tak makan."  haaa. aku pun apa lagi, turut tumpang sekali la kann menegaskan hak-hak kami sebagai student. hehe. ampun ya cikgu. lepas tuh, bila mai waktu tengah hari saja, ada je muka-muka minah yang tak puasa. semua macam tikus. seludup tupperware pergi ambik nasi dekat DS. wokehh. ni aku pon kadang-kadang kantoi jugak dengan budak laki. haha. fenomena wanita la kann. lepastuh, ajak semua yang tak boleh puasa tu, makan ramai-ramai dalam bilik. haha. kawan-kawan yang puasa tu muka letih je. tengok sedapnya air sirap makcik DS buat. hmm, bila mai time petang, semua pakat mandi awal. dengan alasan, nak pergi serbu DS, ambil cawan sebab nanti habis. senior ke, junior ke, semua sama sahaja. masing-masing berebut meja nak makan dekat mana. last-last, BWP jugak yang handle semua tuh. bila mai pukul 6.30 macamtuh, suasana DS mula meriah. dengan pekikan dan suara-suara makcik DS yang tersangat hingaq tu. line tu tak payah cakap la kann, memang sangat panjang. yang untungnya, senior lah. mencelah sesuka hati sesama sendiri. hehe. macam kata dekat batang hidung sendiri saja kan? heee. okay-okay. bila semua dah settle, duduk la kami dekat DS tuh sampai azan. pastuh, pakat baca doa ramai-ramai. bila makan buah kurma tuh, mesti semua bunyi "ting-ting" sebab pakat-pakat lempaq dalam pinggan depa. haha. sehati sejiwa kann kita waktu tuhh. hmm. then, bila dah habis bukak puasa, semua serbu surau yang sangat kecik. tak muat untuk semua student pun sebenarnya kecuali kalau terpaksa himpi-himpit macam sardin. nak tahiyyat akhir pon kena duduk atas kaki kawan. lepas tu, bila dah habis, jadi bising balik sebab masing-masing panas dengan telekung yang depa pakai. laki kat depan tuh, rilek ja. geram betul. then, bila part nak sembahyang tarawih ni la yang paling seronok sekali. bila awal-awal ramadhan, semua excited ja buat tarawih sampai 20 rakaat. pastuh, bila mai dekat-dekat nak cuti raya, tarawih pon tak buat. haha. tapi tak apa, zaman tu zaman budak-budak lagi kann. warden pon faham. bila depa marah, kita buat taktaw ja. asyik-asyik kena "ketegaq". tapi, apa kita peduli kann. bial time miss sab tunjuk taring, baru la gelabah cari telekung buat-buat semayang. haha. rindunya zaman dulu-dulu. okaylah. ni untuk part yang pertama. akan dicontinue lagi. selamat membaca, semua.


inilah hasilnya, bila kau dah RINDU. 
seriously,
:'(

2 comments:

  1. rindu pendang...batch brp?

    plg best time bkk pose je senyap sunyi semua org..hehe

    ReplyDelete
  2. hehehehe. semua orang macamtu kan bila makan bukak puasa. erm, batch 05. :)

    ReplyDelete