Saturday, August 27, 2011

this is only for you,

this 


lagu ini untuk anda semuanya.
siapa tahu, esok diri ini tiada lagi.
and one thing to remember:- i love you, friends :')

yakin (!)

dah masuk seminggu lebihkan, jadi macamni?
tak tahulah, nak describe macamna.
tapi, aku yakin, kamu pun rasa macam aku. kan?

sakit, memanglah.
tipulah siapa yang tak sakit.
mungkin malu untuk mengaku.

emtahlah, rambut sama hitam, hati lain lain.
itu aje yang membezakan kita.
sorrylah, aku tak reti nak bermadah-madah kata ni.

aku memang jenis yang suka straight to the point.
sorrylah, kalau kamu tak suka dengan cara aku.
tapi, aku tetap yakin, kamu boleh terima aku, bukan?

dulu kamu pernah kata, "i love the way you are", kan? kan?
lebih kurang macam itulahh.
malas aku nak baca balik semua yang kamu beri dekat aku.

bila aku baca, mesti hati aku sakit.
aku pun taktahu kenapa.

ahh, sudahlah.
kalau aku explain pun, kamu bukan nak faham.
kamu asyik dengan cara kamu saja.

tapi, apa pun, aku tetap yakin, yang kamu baca setiap post di blog aku.
aku tetap yakin yang kamu juga masih teringatkan aku.


p/s: aku bukan jenis yang cepat lupa orang tahu. entahlah, apa apa pun, aku tetap sayang kamu.


fine,

fine lah, nak benci pun.
tak kisah.


fine lah, nak dendam pun.
tak kisah.


fine lah, nak hina pun.
tak kisah.


fine lah, nak maki pun.
tak kisah.


fine lah, nak judge pun.
tak kisah.


fine lah, nak dengki pun.
tak kisah.


fine lah, nak perli pun.
tak kisah.



semuanya tak kisah.
manusia ni ego, bukan?
entahlah, bukan tak kisah sebenarnya.
cuma ingin mengetepikan semua tanggapan buruk yang dilemparkan.




jadi, kenapa mahu bertanya lagi?

**sakitnyaaaaaaaaaaaaaa :'(*

Friday, August 26, 2011

merindukanmu.


Saat aku tertawa diatas semua
Saat aku menangisi kesedihanku

Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang


Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan kukan slalu memujamu
Meski ku tak tahu lagi engkau ada dimana

Saat aku mencoba merubah segalanya
Saat aku meratapi kekalahanku

Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang

Dengarkanlah aku kumerindukanmu




entahlah. semakin difikirkan, semakin sebak rasanya.
nak dibiarkan, sayang.
tak dipedulikan, rindu.
apa semua yang tersirat ini, ya?
puas diri ini memikirkannya.

semua yang buruk itu, pasti ada yang baik juga, kan?
ya, diri ini angat yakin dengan Allah.
kadang-kadang Dia sengaja uji kita kerna Dia tahu kita boleh hadapinya.
jadi, usah diragui, kerna janji Allah itu pasti.
baik buruk, kebaikan semata-mata.

aku sekadar membasa-basikan kata-kataku.
aku tahu nak diluah, tiada siapa yang mendengar.
aku tiada tempat mengadu, hanya kepadaMu ya Rabbi, aku mengadu tanpa malu sedikitpun.


ya Allah, kentalkanlah semangatku.
aku tahu aku mampu hadapi semua ini.

hati wanita, tak serapuh yang disangka, ya.
hati wanita kadang-kadang cekal.
mereka bisa menjadi kuat bila diuji.
aku YAKIN! aku BOLEH!




p/s: kadangku kuat setegar karang, kadangku rapuh lemah liar merana.
:O
salam 26 Ramadhan, buatmu, :)

kosong,

kosong.














































































kosongkan?
ha'ah, jiwa tengah kosong sekarang.






































































































sampai bila perlu ada kekosongan ini?












































































hmmmmmmm.
kosong lagi.








































































tidak mengapalah, selamat malam, semua.

Thursday, August 25, 2011

perlu ada,

kata pujangga, hidup ini perlu ada keyakinan,
pedulikan apa orang kata,
bila kita rasa happy, 
semuanya okok saja.


kata pujangga lagi, yang dalaman itu penting,
luaran sekadar hiasan dan barangkali bonus sahaja, 
asalkan baik dalam, 
maka baiklah luarnya.


hidup ini, perlu ada satu prinsip, 
pedulikan apa orang nak kata,
kita tahu siapa kita dan perjuangan yang kita ada,
diri kita, kita sahaja yang tahu.
kan?




nak diikutkan kata orang memanjang, sampai bila pun kita ditakuk lama.
ya, saya boleh. anda pun boleh.
kita semua boleh!





mereka, takkan faham.

kenapa Ramadhan yang aku lalui, semuanya ada kenangan tersendiri.
tahun lalu, dengan pengalaman yang lalu.
tahun ini, pengalaman yang lain pula.


peritnya, bukan main sakit tahu.
tidak mengapalah.
mereka, takkan faham pun.
buat apa mahu menyalahkan diri orang lain, kan.


sendiri cari penyakit, kata orang.
bukan sakit main-main. ini sakit kronik.
sakit yang memakan hati seseorang.


ya Allah, kenapa semuanya perlu aku hadapi?
tak serik dengan pengalamankah, wahai diri ini?
mendengus dan merintih pun, sudah tiada gunanya lagi.


mereka, takkan faham.
buat apa hendak dibahaskan lagi.
berulang-ulang perkara yang sama timbul.
namun, masih juga tiada ubahnya.


ya Allah, sebak didada semakin hari, semakin mencengkam rasa ini.
hinanya aku dihadapanMu, ya Rabbi.
kerdilnya aku. jahilnya aku.


positifkan diri ini, ya Allah.
naluri hati mahu untuk menerimanya lagi.
rindu-


p/s: kadang-kadang Allah temukan kita dengan orang yang kita tidak suka dahulu, kemudian baru    Dia hadiahkan kita dengan orang yang kita suka. 


ya, aku yakin, kamu seorang yang baik. sungguh, aku benar-benar yakin dengan kamu. 


Wednesday, August 24, 2011

sakitnya bukan kepalang.

Andai Ramadhan ini terakhir buatku, 
Maka selayaknya aku merendahkan diri pada Kholiqku, 
Pada-Nya ku merintih mengadu tanpa malu, 
Agar Husnul Khatimah di akhir hidupku.



sakitnya bukan kepalang,
semakin Ramadhan tiba ke penghujungnya, 
semakin sakit derita jiwa yang ku rasakan.


sakitnya bukan kepalang, 
semakin lama mengenalimu, 
semakin ku rasakan ada sesuatu di antara kita.


ya, kamu tidak pernah mengerti akan aku, 
hanya omong kosong sahaja jika hendak dibualkan sekalipun.




ya Rabbi, kuatkanlah hati ini, 
menanggung derita hati,
 betapa pedihnya, 
betapa punahnya,
betapa remuknya, 
kasih sayang yang terbina berderai jatuh ke pasir.


sakitnya bukan kepalang, 
bilamana dua jiwa yang dulunya bertaut rasa, 
kini lenyap bagaikan mimpi semata-mata.


sakitnya bukan kepalang, 
bilamana kenangan-kenangan yang lama dikenang, 
sebak didada siapa yang tahu, bukan?


aku memohon pada hebatMu, ya Allah, 
lembutkanlah hatinya, 
rendahkanlah keegoannya, 
sedarkanlah olehnya, 
akan semua ini, 
betapa diri ini sangat menyayangimu.


**masih aku berharap, semoga engkau dapat menerima aku kembali**






Tuesday, August 23, 2011

hurt.

; It sucks when you miss that person so much that you look through the old photos, old text messages, and even old statuses. And it brings smile to your face, but then the hurts comes back and you know you shouldn't be looking back, but you can't help it because they really  meant something to you and you thought it would be last.




hmm. i really miss the old you, zs.
:'(

Sunday, August 21, 2011

ye,

untuk setiap khilaf yang kau buat, aku maafkan.
tapi, kenapa susah untuk mengaku silap?
kenapa susah untuk mengungkapkan ucapan maaf?
sungguh, aku terkilan.

ye, terima kasih untuk semua salah dan silapmu.
terima kasih untuk semua ketidaksempurnaan dirimu.
ia buat aku jadi lebih matang.


angin, tolong sampaikan salam cintaku untuknya. 
duhai sang bayu, padamkanlah titik-titik hitam yang telah menjadi garis kekhilafan diri ini.
semoga, titik itu terukir menjadi seuntai senyuman untuk dua jiwa kembali menggarap secebis kasih.



p/s: terima kasih daun keladi. kalau sudi, buatlah lagi.


Saturday, August 20, 2011

hmm :I

hmm. 
kenapalah kann.
tak semua orang faham kita.
:'(


asal sikit, nak moody-moody semua.
hehs. be rational la beb =.="

don't tell me to stop crying if don't know how i feel inside


Thursday, August 18, 2011

kasih,

Di hati manusia ada benci.
Dihati manusia ada dendam.
Namun,
Di hati manusia juga ada kasih.
Di hati manusia juga ada cinta.

Teratai,
Bungaku teratai,
Indahmu menawan sukma,
Kesederhanaanmu menambat jiwa,
Sepiku hilang tatkala menatapmu,
Duhai teratai, bungaku teratai.

Di sini kasihku bersemi,
Biar tak terjangkau pandangan mata.
Sang hati enggan jua berpaling.

Biar berkali-kali terucap kata perpisahan.
Hakikatnya,
Hati enggan melepaskan pergi.
Kasihmu bagai hembusan bayu.
Biar tak nampak tapi kedinginannya tetap kurasakan.
Akanku kembali.
Biar sejauh manapun aku melangkah pergi.

Kasih,
Biar terpisah jasad,
Hati kita tetap bersatu.
Jika benar ada cinta,
Kita pasti akan bersama jua.
Walau selebar mana ranjau manghalang,
Jangan ada sangsi.
Percayalah,
Hati ini tetap milikmu jua.

:')

One day when the sky is falling,
I’ll be standing right next to you,
Right next to you.
Nothing will ever come between us,
I’ll be standing right next to you,
Right next to you.

Anda pernah tahu lagu ini?
nice gilaaa.
eh, bukan nak discuss pasal lagu ini sebenarnya, cuma sekadar ingin kongsi pendapat or apa orang kata berdiskusi kan.

okay, let's straight to the point ya.
macamni, aku ada terbaca dekat blog sorang ni, dia punya words, the way dia transform dia punya idea memang cantik, sampai kan aku boleh terfikir betapa kita ni: - manusia yang selalu buat kesalahan tapi still tak nampak salah kita tu.


contohnya, bila kita tengok orang tu buat silap sikit, mula lah kita nak blame dia, kita nak sumpah seranah dia, kita nak maki apa semua, padahal kita tak sedar orang lain pun buat benda yang sama dekat kita bila kita buat salah dulu.

hmm. itu satu.


then, bila kita duduk dengan geng-geng yang satu kepala dengan kita, mulalah kita nak condemn orang sana sini, kita nak kutuk-kutuk kawan kita sendiri. tapi, kita langsung tak pernah rasa bersalahkan?
sedangkan kadang-kadang kawan yang kita kutuk tu, tolong kita bila kita susah.


banyak lagi la benda yang kita still tak sedar yang kita pun still buuat salah dekat orang jugak.
konon, kita rasa kita ni hebat.
sebaliknya?




cakap banyak pun tak guna. anda baca, anda faham, anda fikir.
ya, kita semua PERLU berubah.



p/s: salam 18th ramadhan people :)

Tuesday, August 16, 2011

urghhhh,

urghh, kenapa kita asyik salahkan Allah bila Dia tak bagi benda yang kita nak?
urghhh, kenapa kita asyik nak salahkan Allah bila apa yang kita usahakan, tak dapat?
urghhh, kenapa kita asyik merungut bila dilanda kesusahan sedangkan diri sendiri yang pilih untuk jadi macamtu?
urghhh, kenapa kita asyik salahkan takdir bila dah jadi sesuatu yang buruk dekat kita, sedangkan kita still ada peluang untuk mengubah?
urghhh, kenapa kita asyik salahkan Allah bila kita gagal?
urghhh, kenapa kita asyik fikir yang bukan-bukan bila kita ditimpa bencana?
urghhh, kenapa kita masih lagi degil untuk ubah perangai buruk kita?
urghhh, kenapa kita masih lagi tak mampu nak maju ke hadapan?
urghhh, kenapa kita masih lagi menyalahkan ibu yang mengandung?
urghhh, kenapa kita masih berdegil dan keras kepala?
urghhh, kenapa kita masih nak jadi yang dulu sedangkan ada peluang untuk jadi diri kita yang baru?
tepuklah dada, tepuklah minda, tepuklah hati.
fikir apa yang sepatutnya kita buat.
bukan sekadar omongan kosong semata-mata.
hmmm.

Monday, August 15, 2011

dalam hati,

dalam hati kita sepatutnya ada Allah sahaja.
dalam hati kita sepatutnya ada benda yang baik-baik saja.
dalam hati kita sepatutnya ada semangat yang kental.
dalam hati kita sepatutnya buang segala tanggapan negatif.
dalam hati kita sepatutnya buang segala perasaan yang boleh memakan diri sendiri.
dalam hati kita sepatutnya buang segala rasa yang bisa menyakitkan hati manusia lain.
dalam hati kita sepatutnya tanamkan dengan akhlak yang baik-baik.
dalam hati kita sepatutnya hiasi dengan perwatakan yang indah.
dalam hati kita sepatutnya timbul kesabaran yang indah.
dalam hati kita sepatutnya tegakkan Allah yang Esa.
dalam hati kita sepatutnya cantikkan jiwa dengan benda yang baik-baik.
dalam hati kita sepatutnya warnakan dengan warna yang cantik bila dipandang.
dalam hati kita sepatutnya ukir dengan ukiran tingkahlaku yang elok.


ya, hati kita sebenarnya Allah yang pegang.
hati nurani, tak semudah yang disangka.
untuk jadi bersih sebersih-bersihnya, perlu buang segala yang buruk.segala yang negatif.segala yang keji.

=="

; It's crazy how you can be in a relationship and still feel because the person you love isn't giving you enough attention or love.

bersyukur



alhamdulillah. terima kasih Allah. dah masuk 15 Ramadhan punn. rasa sekejap sangat kan. hmmm. terima kasih Allah untuk segala-galanya. sebak rasa bila kenangkan kembali apa yang Allah dah beri pada kita semua. tak kiralah Melayu ke, Cina ke, India ke, semua Dia bagi. ingat, hidup kita pun Dia yang bagi, tahu? kita je rasa macam Allah tu tak bagi apa-apa pun dekat kita. kita rasa Dia tu tak sayang kita, bila apa yang kita mintak tak dapat. betul tak? hmm. bukan Dia tak beri, cuma Dia ganti dekat kita benda yang lagi baik daripada tu. haruslah bersyukur sangat-sangat dekat Allah. cuba fikir, kalau Dia tak bagi kita hidup, macamana? nak harapkan mak ayah kita tolong hidupkan kita? hooo. sorryla. mak ayah kita pun Allah yang bagi hidup. Dia yang berkuasa tahu. Dia tahu mana yang baik mana yang buruk. ikut saja apa yang Dia suruh. kalau kita ajak kawan-kawan kita berubah, sedangkan kita sendiri pun masih tak berubah, macamana? remember this word, kalau kita nak suruh kawan-kawan kita berubah, kita dulu yang kena ubah. 


" for things to change, I must change first"


Saturday, August 13, 2011

lambatnya speeding blog,

sila tengok untuk penjelasan.
http://gtmetrix.com/reports/karidankuah.blogspot.com/Tyb2mqIn



patut la lambat gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
=.="

typical thinking,

post kali ni rasa macam nak beri salam je dulu.
hmm, rasanya semua pernah berurusan dengan kerajaan kan?
terutama sekali pihak bank.
dan alhamdulillah, semuanya sudah disetelkan.
tinggal benda-benda alah je tak buat lagi.
perlu disegerakan sebelum balik Terengganu nanti.
**okay, ni dah lari tajuk sebenarnya**

okay, kalau anda follower setia saya, mesti boring kan baca blog saya.
al-maklumlah, sedikit skema.
HAHAHAHA.
sumpah aku gelak gila ada orang cakap "coy, awak ni skema la. kalau buat santai-santai skit, mesti lagi best".
hikhik. bukan apa, malas la.
rasa macam memartabatkan Bahasa Melayu adalah lebih baik kan.
betul tak, shy?
HAHA.
okay-okay, ini juga mengarut.

hmm. typical thinking masyarakat Malaysia.
anda tahu kann?
benda ni lebih kurang macam ni lahh.
benda ataupun fenomena yang mana semua orang sudah tahu.
 eg:- kalau dekat nak raya puasa je, orang Melayu mesti sibuk shopping raya. just that nak prepare buat kuih, baju and so on. 
kalau orang cina pulak, tambah-tambah nak festival mooncake, lagi lahh. sibuklah mereka dengan kuih yang lansung tak nampak macam bulan tuh.
apa lagi ya?
hmm, kalau nak dibuatkan contoh, teramatlah banyak.
tapi, ini sudah cukup kan untuk buat kalian semua faham, kan?
:)

haa, lagi satu.
kalau tengok ada news yang pelik-pelik yang selalu je berita tv3 tuh bagitahu, tak lain tak bukan, memang semua dah tahu. mesti orang Melayu.
hmm, betul ke contoh ni?
ehh. tak kisahlah nak cakap macamana pun.
selagi faham, itu sudah cukup.

ye, rata-rata dekat Malaysia nih, majoriti orang Melayu kann.
dan kalau kita ni seorang yang alert atau cakna dengan sorrounding, mesti kita boleh tahu macamana gelagat orang Melayu berniaga, membeli dan etc.
sistem dan budaya kita memang lari jauh gila kalau nak compare dengan orang putih.
diorang jauh lagi betterrrrrrrrr.
tapi kan, kalau kita bijak pandai, tak salah apa nak tiru macam diorang. 

okay cukup.
satu lagi, kalau kalian semua tengok tv, 
mesti dah boleh agak macamana dia punya jalan cerita kalau Melayu punya, langsung tak ada input yang best-best yang boleh kita ambik.
asal sikit, cintan-cintun. takpun, kerja korporat apa semua. kahwin dua lah, rempit bagai.
 macam tak ada cerita lain kan nak buat.

p/s: bukan nak merendahkan martabat orang Melayu, sekadar pandangan sebagai anak Melayu tulen.





Thursday, August 11, 2011

zZzZzZz


naik meluat aku dengan anonymous yang suka buat kacau dekat facebook tu.
plus, dengan yang suka mengSPAMkan orang.
macam takda keje lain dah ke nak buat?
-.-"

sumpah pelik-pelik gila perangai anak muda zaman sekarang.
title tiada kena mengena dengan point nih.
kalau anda seorang yang suka memerhati, tak kiralah gelagat manusia ke, binatang ke, even pokok sekalipun, mesti anda dah dapat tahu gelagat dan tingkahlaku mereka.
*err, sesuai ke ayat nih?*

ahh, lantaklah.
hmm. aku nih memang suka perhati dan tengok gelagat dan aksi manusia.
rata-rata aku pergi, memang aku akan tengok.
bukan nak mengata ke apa.


manusia zaman sekarang lebih ke arah ikut-ikutan.
apa yang anda faham dengan ikut-ikutan?
hmm. lebih kurang macam tiru-tiruan la jugak.
masing-masing suka sangat nak meniru dan mengikut gaya dan hidup orang lain.
tambah-tambah Melayu.

hish.
kenapa la Melayu kita macamni?
bukan setakat trend, fesyen atau sebaliknya.
tapi, cara hidup beragama pun dah menjadi ikut-ikutan.

kalau kita cakna dengan sorrounding, mesti boleh faham orang Melayu kita ni macamana.
entahlah, tepuk dada tanya minda.
masing-masing ada akal, 
masing-masing mampu berfikir,
ya, anda mampu mengubahnya.


semakin hari Melayu semakin hilang di mata dunia.
mana semangat yang Dr.M pernah bagi dekat kita tuh?
simpan buat pekasam gamaknya.


**kesian tengok Melayu kita zaman sekarang T.T**


hidup ni semua perancangan Dia,

hidup dan mati semuanya perancangan dan ketentuan Allah.
jangan haraplah nak menjadi kalau Allah tak izin.
even nak buat benda sebesar zarah sekalipun, perlukan izin Allah dulu.
tahu?

hidup ni sebenarnya kena banyak bersyukur.
okay, cuba kita jangan fikir apa yang Allah dah bagi dekat kita.
tapi, cuba kita fikir apa yang kita dah bagi dekat Allah?
kalau nak kira, rasanya, sepuluh jari pun tak lebih kan.
hmm.

see.
hidup ni pun Allah yang bagi.
dan kalau tak kerana Dia, memanng confirm-confirmlah anda semua tak boleh baca post ini.
dan penulis pun takkan update blog dia kan.


apa lagi yang kita nak mintak dan mohon pada Allah?
semuanya Dia bagi.
kadang-kadang Dia bagi apa yang kita perlukan.
bukan apa yang kita impikan.
sebab Dia jauh lebih tahu apa yang patut danmana yang tak.


penulis kali ini bukan nak bagi ceramah or what.
cuma nak sedarkan kalian yang dekat luar sana.
ramai dah yang lalai dan lupa.
hmm.
tak tahulah kan penerimaan kalian semua bagaimana, hope ini membantu walaupun sikit.
tak salah kan berpesan-pesan dengan kebenaran? 
:)

apa lagi yang kita nak pertikaikan kalau kita tak dapat achieve something yang memang kita nak sangat.
tapi, dah kalau perancangan Dia, nak buat macamana lagi.
hidup, mati, kita semua Dia saja yang tahu.


as a student, semua orang nak berjaya kann.
tapi, cuba kita fikir berapa orang je yang betul-betul berjaya.
ya, memang Dia yang bagi kejayaan.
tapi, kalau diri-sendiri yang tak put on effort, how come?
-.-"




p/s: kenapa yuran UUM mahal gila?