Monday, October 24, 2011

please, please,

mood : no mood at all


hari ni, mood agak hambar sikit,
dah lama aku fikir benda ni, dan aku rasa dah sampai masa untuk aku post something dekat blog nihh.


*****************************


okay, macamna ya nak mula?




*****************************




maybe disebabkan reasons-reasons yang tertentu kot, aku tak jadi macam orang lain.
err, maksud aku.
aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang punya boyfriend, girlfriend bagai.
faham-faham jelah bila mereka sudah ada yang berpunya kann.
cerita sana, cerita sini.
ada yang okay, ada yang ko.
pernah ada yang cerita pasal diorang punya couple masing-masing.
sampaikan ada satu ketika tuh, buat aku rasa benci gila nak terjebak dengan benda alah tu semua.
cukuplah sekali, pengalaman memang mengajar aku.


entah, kenapa.
bukannya aku nak anti orang yang couple semua, tapi aku rasa macam tak perlu kot.
ada certain couple yang okay, okaylah. move on, move on.
macam dah boleh predict pun ada bila yang start couple ni.
awal-awal, sayang-sayang semua. bila bergaduh sikit, mulalah nak update status yang bukan-bukan dekat FB. 
ohh, men. :O * tak faham betul aku*
yang seronoknya, siap ada lagi page nak anti couple itu lah, couple inilah.
heyyy, please.
inilah budak-budak muda zaman sekarang.


 "seems like I really hate them, aite?"


but, please. don't get wrong.
me, myself just HATE that kind of action.
tak perlulah nak show off sangat anda punya pasangan masing-masing, sampaikan ada yang terover pulak. haihh. 
nak couple, couple lah. tapi, biarlah matang sikit dalam perhubungan.
ingat senang ke nak jaga orang, tambah-tambah yang melibatkan perasaan ni -.-"




aku bukannya anti-couple.
tapi, aku cuma kurang senang dengan sikap sesetengah mereka, nak-nak dalam FB.
dari kecik sampai besar, semua sama sajaa.
yang paling seronok, bulan ni couple dengan orang lain, bulan depan dengan orang lain.
hamboihh, laku mereka macam pisang goreng pulak kann.
bila dah jadi macam ni, si lelaki mulalah nak tuduh si perempuan. dan si perempuan pun apa lagi, mula la nak melenting-lenting.  and the, lost connection macam itu saja.
come on girls, come on. 
we're SUPER girls okay?
:)




mak aku pernah pesan, "kite ni orang perempuan. tak elok sangat tunjuk perasaan kite dekat orang lelaki. biar diorang dulu yang start, at the end, kalau dah jodoh, tak kemana jugak. perempuan egonya kena tinggi"


see, what I really meant, right?
now, you got my point.


"perempuan kena ada ego? " 


YES! pada aku ego tu sangat perlu.
dengan ego la, si lelaki tak berani nak buat apa-apa dekat kita, *sexual harrasment*
dengan ego la, si lelaki takkan sesekali berani mendekati kita.
dan dengan ego jugak, sang arjuna nih takkan ambil kesempatan dekat kita.


aku jamin, ramai yang couple diluar sana, lebih2 lagi yang kaki rempit ni, kadang-kadang mereka couple hanya untuk suka-suka. hanya untuk lepaskan nafsu semata-mata. ohh, masyaAllah :O
yeahh, mungkin masa itu mereka tak matang lagi, kan.
alasan yang tak cukup kukuh untuk jadikan jawapan kalau-kalau ada "terbuat kes".




ohh, teringat pulak aku dekat sorang mamat yang pernah aku kenal dekat maktab dulu.
dia pernah pesan dekat aku, "kalau kita sayangkan seseorang, mesti kita akan sakitkan hati dia dulu dengan tolak permintaan untuk bercouple dengan dia. ya, itu memang sakit nak terima. tapi, percayalah, hati yang sakit tu akan bertukar menjadi sayang bilamana cinta itu betul-betul untuk kita" 


terima kasih, anda :)






rasanya, setakat ini dulu.
pohon ampun kalau-kalau ada yang terasa.
hamba tak berniat nak lukakan hati siapa-siapa pun, cuma sekadar kongsian bersama. 


p/s: Jodoh itu rahsia Allah. percayalah pada Allah, kerana janji Allah pasti benar :)









Sunday, October 23, 2011

gajet,

music : hujan kemarin- taxi.

ucapan syukur dulu kepada Allah Maha Besar, sebab dapat sempurnakan hari ini dengan baik.
alhamdulillah :)
ohh, yaa.
straight to the point untuk hari ini - gajet.
semua anda tahu kan pasal gajet ?
jangan tipu kalau ada yang geleng kepala.
anak muda tak pernah lekang dengan perkataan ini, yeahh.
itu yang sebetulnya.


belakangan ni, gila betul aku dengan gajet.
itu mahu, ini mahu, habis. mana wangnya untuk dicekau D;
rasa macam nak "try" gajet baru pulak.
tapi, macam. macam.
errr, susahhhh :O


hikhik. angan-angan la dulu, mana tahu, ada rezeki nanti :P
ada haritu, pernah sekali aku bagitahu ayah, yang aku nak handphone baru.
guess what dia cakap apa -.-"


"mu ni budak-budak, tukar handphone 5 6 kali setahun. yang orang tue ni, pakai hanphone same je sampai sekarang. kalau nak, beli sendiri"


phewww. terkena sekali batang hidung, gua.
tapi, takpe.
cuba dulu, mana tahu dia baik hati nak sponsor sikit ke.
hehe :D


rambang mata sekarang dengan gajet yang baru-baru.
kakak aku pernah cakap, "coy, jangan asyik terkejar dengan gajet. nanti kite yang tak sempat, benda macamtuh cepat sangat released "
betul jugak, kann -.-"
duit lagi, itu lagi, ini lagi.
alamatnya makan batu jelaa kalau macam tuhh.
HAHA.


okayy, insyaAllah.
kalau ada rezeki, dapat la "try" satu yang baru nanti :P


p/s: kalau hitam itu menawan, putih apa pulak? 

mimpi (T)

semalam, 
tidur punya tidur.
ini yang aku dapat hasil dari tidur.
mimpi :O
orang cakap mimpi mainan tidur, kan?
aku pun tak tahu sejauh mana ianya nak menjadi permainan tidur~ O.o




bila tanya makcik Google, ini yang dia mampu beri.




Berikut ini adalah tafsir mimpi / arti mimpi / makna mimpi mengenai "Gigi":
Bermimpi sakit gigi dan menangis. Artinya, akan menemui halangan.
Bermimpi merasa gigi terlepas. Artinya, akan ada keluarga atau saudara yang meninggal dunia.
Bermimpi mencabut gigi seseorang. Artinya, akan memanfaatkan kesusahan seseorang.
Bermimpi melihat deretan gigi yang indah pada mulut seseorang. Artinya, akan terjadi suatu persahabatan yang menarik dengan lawan jenis.
Bermimpi melihat deretan gigi yang indah. Artinya, akan mendapatkan keberuntungan.
Bermimpi melihat gigi seseorang yang goyah. Artinya, akan mengalami kerugian dalam bidang keuangan.
Bermimpi melihat gigi palsu seseorang. Artinya, kita harus waspada karena akan ada orang yang menipu kita.
Bermimpi memiliki gigi palsu. Artinya, kita seolah-olah akan memperoleh keuntungan padahal ternyata rugi.





haa, inilah hasil mimpi aku semalam. -.-"




p/s: nak mimpi prince charming T.T


Saturday, October 22, 2011

suddenly,

sorry peeps,
i just can't sleep at all.
here, gonna tell the world, that I really miss my friends damn much.

this song is for us, :)

Peterpan:: Semua Tentang Kita ::





Waktu terasa semakin berlaluTinggalkan cerita tentang kitaAkan tiada lagi kini tawamuTuk hapuskan semua sepi di hati
Ada cerita tentang aku dan diaDan kita bersama saat dulu kalaAda cerita tentang masa yang indahSaat kita berduka saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersamaCeritakan semua tentang kita
Ada cerita tentang aku dan diaDan kita bersama saat dulu kalaAda cerita tentang masa yang indahSaat kita berduka saat kita tertawa





selepas,

mari kita mula post baru ini dengn ucapan Assalamualaikum.
seperti biasa, maaf kerana jarang mengeluarkan entri terbaru.
sedikit sibuk dengan rutin seharian.
al-maklumlah, student kan.
tak terlepas lari dari busy sana busy sini -.-"

hurm.
selepas bertungkus-lumus berperang dengan diri-sendiri, akhirnya, alhamdulillah.
peperangan pertama baru selesai.
ohh, tidak.
tinggal lagi 2 paper untuk dihabiskan.
aku mahu DEKAN! :)
insyaAllah. 
aku betul-betul mahu, aku mahu beri "ini" dekat parents aku.
aku mahu lihat mereka bangga.

ahh, sudah.
aku kehilangan punca sebenarnya.
niat dihati mahu cerita sesuatu.
tapi, masa mencemburui.
jumpa lagi, kawan :)


p/s: terima kasih, Allah.



Thursday, October 13, 2011

imbas,

assalamualaikum. rasanya ucapan ini harus diberi terlebih dahulu, kan. baru rasa macam sopan.
ohh, ya. lupa pulak. aku baru saja deactivate account facebook.
bukan taknak berkawan ke apa, cuma, benda alah tu sangat menganggu.
cadang nak bukak 3 4 puluh minit je, sekali tengok sampai 3 jam.
just imagine, kalau buat macam tuh setiap hari, memang kena jadi dropout student la jawabnya. -.-'
sebenarnya, bukan nak cerita pasal facebook ke, twitter ke, apaa.
cuma mahu meluahkan sedikit perasaan lebih kurang la. baru-baru ni, dalam hari Selasa malam tu, kakak aku bagitahu, yang mereka pulang ke Terengganu secara tiba-tiba, tanpa dirancang.
ni semua sebab tok yang dalam keadaan tak berapa nak sihat dah.
masyaAllah, terkejut aku bila dapat tahu benda ini.
apa nak jadi nih? :(
mula-mula dapat mesej tuh, memang speechless jadinya.
serba salah pun ada.



sebab takut-takut, hurmmm.
aku takut tak jumpa lagi dia buat selama-lamanya.

ya Allah, dalam keserabutan aku dekat sini, tiba-tiba berita sedih macam ni pulak aku dapat.
takpelaa, aku tak salahkan siapa-siapa pun.
mungkin ada hikmah disebalik semua nie.
aku tahu Allah punya perancangan lagi baik. Dia tahu apa yang Dia buat.
"leave it to him, and He will settle everything, without no doubt."

hurm. aku tak reti nak luahkan perasaan macamana.
macam-macam yang aku fikir sekarang.
rasa macam benda negative lagi banyak kalau nak compare dengan positive. tapi, aku cuba.
cuba, cuba dan cuba. semoga Allah permudahkan segala kerja buat harian aku dekat sini.
last time aku jumpa tok, time raya puasa haritu.memang rasa seronok dan bermakna sangat raya tahun ni.semua family sebelah ma and pa, dah macam get together balik. baru aku tahu, yang sebenarnya family aku besar. -.-
tua, muda, kecik, besar semua ada. mungkin sebab dulu-dulu tak kamcing, so bila dah kamcing, macam-macam la jadinya. 
hmm, tiba-tiba rindu pulak aku dekat family and saudara-saudara yang lain. T.T



okaylah, aku tak tahu nak expresskan macamana aku punya perasaan sekarang.
jom, scroll dekat bawah. :)


acin & fattah :')

 lina, ma, aku & nawal :D

nawal, ma, tok, aku, dan lani :)

 the most beloved ma & pa <3

the one, and only one :(

 naimah, nasuha & najwa :)


pa :)




p/s: rindunyaaaaaaaaaaa mereka. :'(
semoga dalam jagaan Allah selalu.

















Monday, October 10, 2011

Dia,

okaylah, belakangan ini aku pun tak tahu kenapa aku asyik sangat rasa something.maybe kalau dimentionkan pun, semua orang akan cakap aku ni pelik. tapi, taktahulahh kenapa rasa tu tiba-tiba nak wujud buat masa sekarang. Dia yang aku maksudkan, bukan siapa-siapa. Dia bukan merujuk kepada manusia, apatah lagi kaum Adam. masyaAllah, aku dapat rasakan kasih sayang Dia. aku still boleh rasa herak hati aku. semua yang aku buat, semua yang aku fikir, dan semua yang aku assume. semuanya betul. aku tahu, bukan aku yang buat, bukan aku yang fikir, dan bukan aku yang assume. itu semua sebab Dia. ya, segala-galanya Dia yang uruskan. alhamdulillah, bilamana aku kesempitan idea, bilamana aku dalam keadaan yang tergesa-gesa (gara-gara sibuk mengejar hal duniawi), kadang-kadang aku terfikir. ya Allah, sampai macam ni sekali bukan, pertolonganMu buat diri aku. aku tahu ini semua bukan kehendak diri aku semata-mata.kalau kehendak aku, belum tentu urusan seharian aku berjalan lancar. ini kehendakMu ya Allah. :'( menangis aku dalam hati. Allah dah banyak bantu aku. Allah dah banyak permudahkan segala urusan aku. senang cerita, Allah buat segala-galanya untuk aku. kata orang, manusia merancang, Allah juga merancang. tetapi, rancangan Allah itu jauh lebih baik. mungkin bagi orang lain, mereka tak dapat rasa apa yang aku rasa. tapi, aku rasa semua itu. menangis aku dalam hati. bila duduk bersendirian, aku mulalah berfikir. memuji kebaikan-kebaikan Allah, dalam hati, tak putus-putus dengan ucapan terima kasih. *menangis lagi* apa sahaja yang aku buat, aku mesti fikir. kalau itu kehendak Allah, biarlah sesusah mana sekalipun, tapi kalau itu kehendak Dia, mesti jadi. sebab parents aku selalu pesan, letak Allah dihadapan. dorang selalu pesan, jadikan Allah dan rasul sebagai hakim dalam kehidupan. masyaAllah, menitis air mata aku. betapa pentingnya Dia dalam kehidupan kita, kan.


surah Ali-Imran ayat 103, 


وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ


"Dan hendaklah kamu berpegang-teguh dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai".





p/s:- selalu bergantung, berhubung, dan bertali dengan Allah. insyaAllah, Dia mudahkan segala urusan kita.

Sunday, October 09, 2011

lamanya,

rasanya lebih baik mulakan post yang agak baru ini dengan ucapan Assalamualaikum dulu kann.
rasa macam lebih sopan sedikit.
hurm, sudah lama agaknya tidak mempedulikan blog ini.
 kesian awak :(
maaf lah. bukan tiada masa, cuma tiada mood mahupun idea untuk dilontarkan.

hari ini, entahlah kenapa.
hari baik, bulan baik mungkin.
nak post sesuatu jugak walaupun sebenarnya dalam fikiran ni, tiada idea pun mahu dikongsi bersama.
ohh, ya. sebelum terlambat. 
selamat datang, oktober. :)

hurm.hurm.rasanya dah sebulan lebih tinggal di UUM ni.
dan kehidupan disini, ternyata bukan seperti yang disangkakan sebelum ini.
yelah, sebelum masuk, semuanya negative kan.
bila dah masuk, not bad.
alhamdulillah, ya Allah. hari-hari aku disini berjalan dengan lancar dan agak sempurna.semua ini disebabkan bantuan Allah :) 
macam ma selalu cakap, kita sentiasa kena berhubung, bergantung, dan bertali dengan Allah.
baru Allah tahu, yang kita ni hanya harapkan Dia semata-mata. 
*teringat pulak kata-kata ma & pa dulu :')*
okay ke tidak mereka dirumah tu, ya?
rindunyaaaaaa.

eh, bermotivasi sedikit. haha. ni yang malas nak update blog ni, asal update je, mesti ada satu dua point yang agak "ilmiah" untuk dikongsi. 
tapi, takpela. sharing is caring,aite?
haaaaaa, besok 10 Oktober kan? yes! yes!
baru tahu kenapa aku update blog.maybe nak wish something kot memandangkan hari esok, 10 Oktober adalah birthday pa.
malu sebenarnya nak wish face-to face depan pa. 
so, maybe this is the right place to tell, kan.

so, tomorrow is your birthday kan, pa?

"selamat hari lahir yang ke 54".
"thanks for everything single thing yang pa dah buat, dah korban, dan beri dekat kami adik-beradik."
"segala nasihat, kata-kata, idea yang bernas masih lagi segar dalam ingatan ni, even kadang-kadang apa yang pa bagi tuh, agak tidak boleh diterima logik akal. tapi, still boleh diterima"
"may Allah bless you and our family, me love you so much"

hurmm.buntu sebenanrnya nak wish apa. tapi rasanya itu sudah cukup kot untuk describe eveything.
okaylah, lagi panjang lagi mengarut pulak jadinya nanti post ini.

to nawal~ best of luck for the last paper, tomorrow. :)
to lina~ congratulations, on your convocation day! I'm proud of you. jadi teacher nanti, jangan marah diorang macam kita bergaduh dekat rumah pulak. haha. nanti semua student lari. :D




 ma & pa- cameron highlands :)


during Hari Raya :)


setakat ini dulu untuk kali ini. ada masa, insyaAllah, hakir akan terus mengupdatekan blog yang dah lama terkubur ni.
salam :)