Wednesday, February 08, 2012

Lagi,

Lagi seminggu dua, habislah cuti.
Lagi seminggu dua, pulanglah aku.
Lagi seminggu dua, bermulalah yang baru.


Perjalanan beribu batu, yang penuh liku, bakal aku tuju. 
Entah kemana haluannya, aku tidak tahu.
Aku berserah kepada Dia, Tuhan hidup matiku.


Kalau aku rancang, sudah pasti tiada jadinya.
Lebih baik serah sahaja kepada Dia, Dia Maha segalanya.
Diriku, jangan bersedih atas ketentuanNya.
Pohon doa, doa, dan doa semoga Dia permudahkan semuanya.


Kutitipkan doa, dalam setiap solatku, semata-mata untukMu, Ya Allah.
Benar. Aku tiada dusta.
Sudah berkali-kali aku khabarkan, aku tiada tempat mengadu domba.
Sudah berkali-kali aku ceritakan, aku tiada punya siapa.
SubhanaAllah, Maha Suci Allah, yang menjadikan hidup dan mati aku.


Kenapa hati ini masih lagi gundah-gulana ?
Tiada ceria seperti dahulunya. 
Hurm. . . .








p/s :- Ku pohonkan doa supaya Allah sentiasa berikan Aku yang terbaik, insyaAllah :')

No comments:

Post a Comment