Tuesday, February 07, 2012

ya Allah,

Aku tahu siapa diri ini. Aku sedar akan kekurangan, lumrah kehidupan manusia, bukan ? Tak perlu lagi aku nak mengeluh atas apa yang Allah kurniakan, dan aku sepatutnya lebih mensyukuri akan anugerah Dia. Kenapa, yaa ? Susah sangat orang nak memahami isi hati diri ini, tak terkecuali darah daging sendiri. Dibuatnya diri ini, seolah-olah "orang asing ", yang tiada punya perasaan, tiada punya akal untuk berfikir, kenapa ya ? Secara fizikal, orang boleh la cakap, itu ini, tapi, diri sendiri yang merasa, bagaimana pula ? MasyaAllah, mungkin aku sahaja yang negatif. Tapi, sudah lama aku rasakan, sudah lama aku perhatikan gelagat mereka-mereka. Melawak pun, kadang-kadang ada batasannya juga, kan ? Mereka boleh lah berkata itu, berkata ini, tapi, kadang-kadang had kesabaran manusia ada batas juga, tahu ?


Diri ini tiada siapa untuk mengadu, diri ini tiada tempat untuk bercerita. . . Diri ini kadang-kadang terasa hatinya bagai diguris dengan semalu yang berduri. Durinya itu seakan-akan menusuk hingga ke ruang hati yang paling dalam. Sungguh, diri ini tiada siapa . Diri ini sudah mati akal untuk bercerita, untuk mengadu. 


Tapi, diri ini tetap bersyukur walaupun tiada tempat untuk mengadu, tiada tempat untuk bercerita, diri ini hanya mengadu kepada Dia. Ya, benar. Diri ini mengadu kepada Dia semata-mata. :'( SubhanaAllah, terasa Dia sangat dekat dengan diri ini. Bila diri ini mengadu, terdetik di hati akan sesuatu, Dia berikan. Dia hadiahkan. Ya Allah, syukur alhamdulillah, Ya Rahman. 


Biarpun, orang lain tidak melihat akan pemberian Dia, tetapi, diri ini nampak. Diri ini sebagai saksi. Diri ini yang merasa pemberian itu. Ya Rahman, sesungguhnya Engkaulah kekasih aku, kekasih hidup dan mati aku, Ya Allah. Diri ini tiada tempat bergantung harap lagi, diri ini hanya berkehendakkan kepada Dia semata-mata. Allahhu Rabbi ! Allahhu Rabbi ! Allahhu Rabbi !


Luka di kaki orang nampak, luka di hati, siapa yang tahu ? Itulah. . . Diri ini sudah lama " terasa ", tapi tidak mengapalah. Diri ini mengalah. mengalah. mengalah. . .Diri ini sedar , maaf jika ada yang terasa hati. Hendak dicerita, hendak dikongsi duka lara dengan mereka, rasanya tak perlu lah. Lebih baik, diri ini mengadu dengan Dia, pemilik hati ini.


Mereka darah daging sendiri, mereka dulu, sehidup semati aku. Tapi, entahlah. . . Hendak diceritakan panjang lebar pun tiada gunanya, 


Perjalanan masing-masing, terpulanglah. 




" اللَّهُ الصَّمَدُ "

Allah tempat meminta segala sesuatu. 
Surah al-Ikhlas, ayat 2.



No comments:

Post a Comment