Tuesday, March 06, 2012

persoalan,

Petang itu, 
dia merenung keluar jendela,
mengimbau kembali nostalgia lama,
pelbagai ragam bermain didalam minda, 
kisah suka duka, tawa dan ria, 
kasih teman yang setia.

Petang itu, 
dia merenung lagi, 
terkenang memori-memori yang terukir pasti, 
dia pejamkan mata, dia putarkan kembali masa yang pergi, 
lama dia pejam, lama dia berfikir lagi, 
ya Allah, rindunya dia pada zaman silam yang pasti takkan berulang kembali.

Petang itu, 
dia merenung lagi,
dia pendamkan rasa yang seringkali terkubur layu didalam hati, 
dia pendamkan emosi yang kadang-kala mengusik diri, 
dia langsung tidak pedulikan rasa yang kadang-kadang ingin dia lewati. 

Petang itu, 
dia merenung kembali, 
jauh sayup disudut hati, dia ingin melontarkan rasa yang tersemat dihati, 
namun, apakan daya, dia lemah, 
dia longlai untuk bercerita lagi, 
dia rasakan akan ada sesuatu yang pasti menyusuri, 
andaikata, dia membuka rahsia yang pasti tiada logiknya difikiri.







# Dia terlalu, terlalu, dan terlalu ingin bercerita. Tapi, apakan daya. Dia tiada kudrat yang kuat untuk berbuat sebegitu. Ahhhhh, biarkan. Kelak, biar Dia sendiri yang ceritakan segala-galanya :') #



No comments:

Post a Comment