Wednesday, November 30, 2011

EMO ?

emo ?
err, err.
sebenarnya apa ye maksud emo?
some people called it as "emotional".
ceitt -.-"
aku pun tak faham kenapa asal sikit, bila suara pun dah semakin tinggi sikit, mulalah nak gelar orang "emo sana, emo sini".

kadang-kadang, aku buat pekak tuli saja.
buat tak peduli.
malas nak layan mulut-mulut orang ni.
even adik-beradik sendiri yang perli pun aku buat benda yang sama -.-"

rasa macam seronok la pulak bila aku tak duduk dekat rumah semalam, bukan apa.
adik kakak aku semua terpaksa dengar ayah aku blablablabla.
fuhh, aku pun sekali kena tempias. -..-
hanya sebab charger Lenovo sebijik, bising satu rumah.
tapi best jugak dengar dia bising, sebab Pa dah lama tak bising-bising macam dulu :P
time dia tengah bising-bising macamtuh, sekali tersembur ayat yang aku rasa memey baik punya lahh 

"nanti iPad2 tu pun jahanam gak sebab tak reti nak appreciate barang orang"

guess what ? aku yang teringin nak guna pun dah jadi tak berani. :O
aku tahu dia marah bukan sebab charger ke apa, dia marah mungkin sebab anak-anak dia tak reti nak jaga barang kott.
barang sendiri tahu pulak nak jaga. bila barang Pa ke, Ma ke, seolah-olah buat macam mainan je. lebih kurang macamni la aku rasa mesej yang Pa nak beri. :D

aku tahu, marah-marah dia ni bukan marah kosong, maksudnya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. TAPI, marah dia marah bermakna. ada sebab kenapa dia nak bising.
dia tegas, kadang-kadang. tapi, boleh jugak buat geng.

HAAAA. time aku adik-beradik moody, dia mengusik bagai. bila dia moody, kena la balik. so, Pa  pun kira emo lah kan, lani, lina, nawal & acin ? O.o
heheh. jangan jeles ye aku takdak dekat rumah, tak dapat nak dengar apa yang Pa bising.

kalau dia dah mula marah, memey laaaa -.-"
hati yang keras pun boleh berdarah, tahu ?
okay, ni cliche sangat ni~
I mean, maksud dia. perghhh, kalah Mee Sedap. 

aku tak maksudkan apa-apa pun, sebab aku selalu kena dengan dia. hihi. :P
I'm the only troublemaker kott -.-

eh, kenapa tetiba aku cerita pasal ayah aku ni haa?
whateverlaa, 


yang sebenarnya, 


aku nak bagitahu, 





yang,








akurindumereka. :'(








 Lanie~



 me & Nawal


 Ma, Pa & Lina 



  Pa & Ma 



rindu betei dengan ini rumah ~ 






wa & acin



sebenarnya takde motif pun aku update kali ini, 
saja nak conteng-conteng.
untuk November yang terakhir ni.
:')







Saturday, November 26, 2011

aku tahu,

malam ini, aku bersendirian lagi. 
tapi itu tak menjadi halangan untuk aku terus mendongak langit, memandang awan yang serba hitam tanpa ada sebutir bintang pun dilangit.
kalau adapun, hanya samar-samar saja yang aku dapat lihat di bumi Sintok ini.
adakah mungkin sang bintang juga mahu bersendirian ?


hari ini tiada apa yang seronok untuk aku jadikan cerita.
tapi, sedang aku sibuk memeriahkan suasana pesta cahaya tadi, dalam kotak fikiran aku, mulalah terfikir akan sesuatu. 
entah. aku mula rasa sesuatu. sebenarnya dah lama aku rasa, tapi mungkin tak dapat ilham lagi kowt untuk aku karangkan dalam ni.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


semuanya tulus ikhlas dari hati.
entah kenapa malam ini bukan seperti malam-malam yang lain.
penuh mood ceria & santai.


" Walau aku bersendirian, tapi aku tak pernah sunyi. Aku masih punyai Allah, Tuhan aku. Aku bangga punyai Dia dalam kamus hidup aku. Aku syukur punyai Dia yang begitu memahami akan diriku. Bagi aku, Allah terlalu baik. Kebaikan Allah bukan boleh diukur dan tak ternilai dengan wang ringgit sekalipun. Alhamdulillah ya Allah, Alhamdulillah.
Ya Allah, terima kasih aku ucapkan atas kebaikanMu, kebahagiaan dan kesempurnaan yang telah kau beri ke atas diriku. Aku langsung tak pernah kesal walau hati aku tidak dimiliki orangmkerana aku tahu, hati aku Allah yang pegang. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri ini. SubhanaAllah. :)








P/s: Manusia yang putus hubungan dengan Allah ibarat layang-layang terputus tali~

Wednesday, November 23, 2011

wordless wednesday,

Mungkin hati ini pernah menyukai
Mungkin hati ini pernah menyayangi
Mungkin juga
tapi
Hakikatnya pasti tidak seindah mimpi
Hakikatnya pasti melukakan di akhir nanti
Hakikatnya dan hakikatnya
jadi aduhai hati, usahlah menyusahkan diri sendiri
usahlah berharap lagi.

Aku meninggalkanmu bukan kerana kebencianku padamu
tapi,
kerana aku takut rasa hatiku padamu melebihi rasa cintaku kepada Allah, Tuhanku.

Monday, November 21, 2011

random,

secara randomly nya, aku rasa, macam aku dah boleh buat satu kesimpulan, lah.
mungkin :)

aku rasa diri aku sudah semakin matang, hmm.
jangan salah faham, maksud aku pemikiran lah -.-"

bagi aku, someone tuh akan meningkat matang bilamana dia dah reti beza mana yang baik, mana yang tak baik untuk diri dia sendiri, terutamanya.
kamu tahu, bukan senang sebenarnya untuk capai kematangan dalam pemikiran, nih ?


kalau dulu, semua keputusan, memang mak ayah kita yang akan buat, kan?
tipulah, kalau waktu kamu kecil-kecil dulu, kamu dah buat keputusan kamu sendiri.


even, sampai sekarang pun, banyak lagi keputusan yang parents kita buat.
tu, akulahh :D


hurm, hurm.
mari sini, aku mahu buat pernyataan.
aku rasa pernyataan ni, mungkin betul.
kalau salah, betulkan yaa :)


bagi aku, kadang-kadang, Allah sengaja beri kita yang kita tak mahu. time tuh, mulalah hati nie nak merungut la, nak salahkan Allah sebab bagi benda yang tak elok, itulah, inilah.
hmm, negatif betul kan, manusia ?


tak, begini sebenarnya.
bagi aku, baik buruk tu, adalah baik semata-mata.
bila Allah beri dekat kita yang negatif, sebenarnya Dia nak suruh kita fikir.
Dia nak suruh kita muhasabah balik diri kita nie.
kamu tahu, dalam negatif tuh, ada positif sebenarnya.
cuma kita yang tak fikir pasal tuh, tahu nak menyalahkan sahaja -.-"


hurm, mak aku selalu pesan.
kalau ada masalah, kalau ada rintangan, rempuh sahajalah.
apa yang nak ditakutkan ?
kita ada Allah. kita percaya Allah.
haruslah yakin, semua benda negatif akan jadi yang positif.
Allah tu baik. Dia tahu, kita tak mahu benda-benda yang tak elok.
kadangkala, Dia cuma mahu uji saja.
Dia nak tengok setakat mana pergantungan kita dengan Dia.




"..Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.."- Ali Imran, 103.


see. Allah suruh kita bergantung dengan Dia.
tapi, kita. macamana ?




hurm, itu terpulanglah kepada kalian.
tepuk dada, tanya hati.




okay, sekarang aku yakin, kamu faham. ;)


ambil pengajaran ya, kata-kata aku mungkin bukan sebaik penulis novel, tapi, aku harap kamu dapat point yang cuba aku highlightkan. 
insyaAllah :)






okaylah, kalian.
till then and salam~










p/s:- syukur Allah atas limpahan rezeki yang Kau berikan keatas diri & keluarga aku. :)









Sunday, November 20, 2011

salah ke?

mood : boredom :O
song : andai dapat kuundurkan masa- AXL'S


salam semua.hari ini, kembali lagi.
alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk terus menghirup oksigen.
pagi ini, dimulakan dengan baik. alhamdulillah.
ke kelas koku seperti weekend-weekend sebelumnya, study dan exam pada malamnya.
totally, today was great. thank you, Allah :')


tadi, time aku exam tadi. 
masyaAllah, puak-puak foreigner. ada ke patut duduk sekelompok, kemudian apa lagi, mulalah agenda mereka.
semua pakat meniru.
dan aku, tercengang je tengok diorang.
bukan aku tak pernah tengok orang tiru-tiru nih, tapi kan.
style diorang tiru memang boleh tahan lahh. 
awesome gilaa -.-"
* rasa macam teringin pulak nak buat macamtuhh*
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



okayy, sebenarnya.
aku tak tahu nak post apa.
tetiba idea aku hilang.
hajatnya nak post something yang boleh buat kalian tahu.


tapi, hilang la pulak.
so, layan lagu jela.
okay, kan?
:D




Dalam usik ku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga lilin menjadi bara
Gurauan ku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang entah ke mana




Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita agar dapat ku temui
Dirimu.. Umpama sebutir permata yang sinar
Andai dapat ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata-kata dan tingkahlaku ku
Yang salah agar kita dapat seiring
Di mercu asmara


Tak ingin lagi dan tak mahu lagi
Berpisah bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tak ada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri


Thursday, November 17, 2011

putih,

kamu suka warna apa?
aku tahu. 
mesti pink bagi yang gadisnya.
yang si jantannya pula, biru ataupun hitam.
bukan ?


HAHA. soalan yang biasa aku jawab sewaktu aku masih hingusan dulu.
maklum sahajalah, cikgu-cikgu ini, suka sangat tanya pasal biodata student =.="
naik muak aku jawab soalan ini, kamu tahu ?


okaylahh.
cakap pasal cerita sekolah rendah dulu, banyak ragam sebenarnya aku ini dekat sekolah dulu.
biasalah, budak-budak lagi.
teringat aku pada geng lama aku, kononnya 'Saiko Clan'.


apa khabar agaknya mereke-mereka itu ya?
sorang dekat tanah arab, dan selebihnya di tanah rata ini, eh, bukan Cameron lahh. -.-"
maksud aku, Malaysia.


kami dulu rapat sangat, seolah-olah 'otai' dekat sekolah dulu.
suka aku teringat balik zaman sekolah aku dulu-dulu.
paling seronok, bila tiba waktu rehat.
bunci je loceng pukul 9.45, semua bagaikan anak ayam keluar kandang.
tolak sana, tolak sini, tambah-tambah tengah nak turun tangga.


dan aku pun, tidak terkecuali lah nak buat macamtuh.
seronok tahuuu :D


bila di kantin, aku ingat lagi.
semua pakat beratur, berebut-rebut nak beli ayam.
ayam tue makcik kantin goreng panas-panas, sedapp :P
sorang hentam sampai 3 ketul, alasannya, mudah. 
tak kenyang kata mereka.


dulu, bawak RM 1 pun dah rasa macam kaya sangat.
duit lebih beli ayam, simpan.
guna lepas waktu balik sekolah pula.


sejak dulu lagi, aku adik-beradik, diasuh berdikari.
kalau budak lain, parents jemput sampai depan pintu pagar sekolah, jemput mereka pulang.
tapi, aku.
terpaksa tunggu van untuk pulang.
fahm-faham jea laa, keadaan dia macamna.


macam sardin aku rasa, nasib baik time tu, aku kurus lagi -.-"
sampai je rumah, buka gate, masuk dalam.
cedok nasi pun yang dah sejuk.
lauk pun ala kadar saja.


aku dulu, tiada maid indon untuk setelkan segala kerja rumah ni.
kata mak aku, "biarlah takda sape pun nak tolong ma, ma boleh buat sendiri".
rumah bersepah itu, perkara biasa kalau student-student cikgu Wan pergi rumah :P


anak-anak masih kecil lagi waktu itu.
tahu buat sepah, tak reti kemas balik.
bersyukur aku, dapat ayah yang tak kisah pasal keadaan rumah dia.
sebab certain orang ni, tak boleh tengok rumah bersepah.
asal bersepah je, bertambahlah stressnya.
ayah aku, simple.syukurr (Y)
dia tak kisah.
asal kenyang perut dia, sudahlah.


itu cerita zaman dulu aku.
panjang lagi sebenarnya kalau mahu tulis.
insyaAllah, nanti aku tambah.


dek kerana kami diasuh berdikari sedari kecil, bila hidup sendiri pun,semua rasa biasa je.
bayangkan, parents mana yang sanggup suruh iron baju sendiri, start umur 7 tahun ?
tapi, itu yang mak bapak aku buat.
biarpun keadaan baju yang berkedut, aku tak kisah.
asalkan belajar, pandai. 


ehh, melalut pulak aku ini.
okaylah.
nanti ada cerita best, aku postkan lagi.


ohh ya, aku rasa macam nak buat cerita aku adik-beradik.
hurm, hurm.




p/s: sengaja aku tajukkan entry ini dengan putih. bagi aku putih itu suci. sesuci sekeping hati orang yang bertaqwa denganNya.















Monday, November 14, 2011

mahukan yang lama,

day : sunny but cloudy
music : Josh Groban - you raise me up


mulakan hari ini dengan Bismillahirrahmanirrahim.
yeah, hari ini masih lagi seperti hari-hari sebelumnya.
aku rasa macam ada suatu momentum untuk gerakkan aku supaya sedar tentang apa yang aku dah pernah buat. tentang apa yang aku dah pernah cakap, dan juga apa yang aku pernah fikirkan.
bagi aku, tak ada cacat celanya pun, bila kita bermuhasabah balik diri kita ni sendiri.

macam mak aku pernah pesan, sebelum nak tidur, elok untuk kita review semula apa yang kita pernah buat sepanjang hari itu, kalau ada salah, lupakan. mana yang baik, teruskan. :)

ohh, ya. sebut pasal itu, aku teringat lagu nyanyian Josh Groban, which means lagu yang tengah aku dengar sekarang. 

"..You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.."


kamu-kamu faham bukan apa maksud dia.
ye, aku tak nafikan. dalam hidup ini, kita perlukan seseorang untuk tolong "push", untuk tolong "advice" dan segala macam tolong lahh.
dan, kamu-kamu perlu ingat ya, bukan senang nak dapat kawan yang betul-betul faham akan kita.
entah-entah, sampai sekarang pun kita still tercari-cari kan.

bagi aku, sesetengah kawan ni kadang-kadang sekadar teman kita bila kita jauh atau tinggal berasingan dengan family.
sebab, bagi aku, family adalah kekuatan aku.
moral support, money support, semua lahh.
aku dah tak tahu nak describe macamana pasal mereka.
yang penting, mereka kekuatan aku.
tak kisahlah, manusia lain nak cakap apa sekalipun.
tapi, family is my first priority!

ehh, melalut pulak aku eh. =.="
tajuk entry aku, kamu tahu kenapa macam itu?

aku mahukan yang lama. which means, aku mahukan kembali semangat aku ketika zaman aku study dekat KMK dulu.
betul nihh, aku perlukan lagi semangat itu.
semangat yang memang buat aku bangga dengan pencapaian aku, kalau dekat maktab dulu, orang panggil lompatan saujana :D
yea, semangat tulah yang buat aku jejakkan kaki dekat bumi Sintok hari ini.
alhamdulillah, praise to Allah the Merciful for His blessing :)

dan, pagi ini, hari Isnin yang syahdu, sekali lagi aku mahukan semangat aku.
semangat berkobar-kobar gila nak study, nak challenge kawan-kawan lain, semangat tak malu nak jumpa lecturers, semangat nak attend semua kelas dan yang paling utama, semangat nak buat tutorial bisnes En. Jahaya :P
semangat itu, dan semangat ini.
urgghhh, banyaknya semangat dulu. (Y).

*ada sedikit hiperbola dalam ayat diatas sebenarnya. okay, abaikan*

sekarang, aku yakin, kamu-kamu dah faham apa mainpoint aku sebenarnya.
jadi di sini: ingin aku katakan kepada kamu-kamu semua, bagi yang masih ada semangat untuk berjihad, jihadlah. semoga kamu-kamu akan dapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah kamu usahakan.

bagi yang masih tercari-cari akan semangat yang hilang tuh, teruskan mencari. jangan putus asa, kalau-kalau semangat itu hilang, gantikan semangat yang baru. siapa tahu, semangat baru itu bisa buat kita semua jadi lebih cemerlang, insyaAllah.

"...izinkan ya Rahman, permudahkan segala urusan aku, permudahkan segala kerja buat harianku. pohon padaMu ya Rahman, bukakanlah pintu hatiku seluas-luasnya, untuk terima lebih banyak perkara dengan mudah.. "




p/s: kadang-kadang, kenapa kita perlu rasa malu untuk ungkapkan rasa syukur dengan   Allah ?



Sunday, November 13, 2011

usaha,

Assalamualaikum & selamat siang semua :)


hari ini, aku mahu straight to the point lagi.
malas sudah nak berbasa-basi dengan kamu-kamu semua.
kamu tahu kenapa ?
tak tahu ?
ahhh. pedulikan dia.


okayy, hari ini.
hari Ahad yang ceria, barangkali.
bermulalah sesi kuliah yang baru untuk setengah semester sebelum tamatnya pengajian aku di semester satu tahun satu ini.
bukan itu yang aku mahu sampaikan sebenarnya.


point aku disini, satu sahaja.
tampak macam ringkas, simple, dan biasa.
semua tahu kan, apa maksud usaha ?
tipu kalau kamu taktahu.


ye, usaha yang aku maksudkan dekat sini adalah dalam pelajaran.
kamu jangan fikir bukan-bukan pula, yaa.
kalau kamu tak tahu apa itu usaha, kamu mungkin pernah dengar perkataan "struggle", bukan?
alahh, biasalah. 
anak muda zaman sekarang, perkataan semua nak speaking-speaking belaka.


sedih aku bilamana aku lihat keputusan aku tadi.
tapi, aku langsung rasa tak menyesal.
aku terima sebab aku tahu macamana aku study sebelum aku jawab paper itu, sebelum ini.


masyaAllah. lekanya aku. O.o
hairan aku, macamana mereka-mereka berusaha ya ?
maksud aku, cara mereka. 
# mungkin aku terpaksa berdamping dengan mereka selepas ini. mungkinlah.
hurm hurm, sudahlah keputusan pun nyawa-nyawa ayam saja, kok gimana seyhh ?
aku bukan apa. aku tak mahu jatuhkan harapan mereka yang tinggi melangit itu.


arghhhh (!). gimana nih?
aku benar-benar inginkan kembali semangat semester dua aku dimatrik dulu.
ye, semangat yang berjaya buat aku bangga dengan diri aku sendiri.
alhamdulillah, mungkin rezeki aku waktu itu :)


bagi aku, mungkin Allah sengaja jatuhkan kita dahulu supaya kita sedar lalu bangkit kembali membuatkan mimpi di siang hari menjadi realiti. who knows, aite ?
hmm, rezeki milik Allah kan.


*just think positively, insyaAllah. everything will comes true*


jadi, disini.
main point aku ; selagi ada kudrat, selagi mampu, selagi itulah kita berusaha. 
Allah tak kejam, Allah tak zalim.
apa yang kita usahakan, mesti akan ada hasilnya.
Dia tahu apa yang kita mahu :')


" ..sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka.." (Ar- Ra'du: 11)






p/s : ada sesiapa tahu bagaimana nak buangkan rasa negatif dalam diri ? 



Saturday, November 12, 2011

halusnya,

hari ni kalau nak diikutkan, masih lagi tarikhnya 11.11.2011.
bila tarikh mula mencecah angka ini sahaja, agak ramaila yang updatekan status masing-masing.
kononnya, tarikh tue tarikh keramat la, tarikh nikah bagai-bagai tuh.
ye, tahuu. tarikh tu cantik.
tak faham betul aku dengan trend zaman sekarang.
cepat sangat berubah.
:O
ohh, lupa.
transformasi rupanyaa (Y).

okay, malam ni memang aku rasa aku nak straight to the point terus.
maaf ya . harap kalian terima.

aku bukan apa.
tak mahulah aku nak cerita baik buruk orang sebenarnya nih.
tak suka aku nak ambil tahu hal kamu-kamu semua.
lagi-lagi yang kaki itu. kaki ini. -.-"
ohh, ya. kelihatan macam sombong kan?
(maaf semua, diri ini memang macamtu).
tak suka masuk campur hal orang lain, lagi-lagi yang tiada kaitan dengan aku.
hidup aku, hidup aku. 
hidup kamu, hidup kamu.
naise kan?

dah nama pun halus, mesti kalian semua terbayang pasal "makhluk halus" kan?
HAHAHA.
taklahh, sebenarnya aku malas nak bercerita pasal topik itu.
sebab aku tahu, kamu-kamu semua pasti bosan dengan blog aku nanti :D

halus ini merujuk kepada perasaan sebenarnya.
pernah dengar ayat ni, "biar sekasar mana sekalipun wanita itu, perasaan lembut itu tetap hadir dalam jiwa mereka".
lihat, kalau kamu tenung, kamu fikir betul-betul, ayat ini mendalam.bukan?
ya, bagi aku sangat mendalam.
sebab aku wanita, aku juga perempuan.
aku faham perasaan mereka.
kita serupa, kawan :)

halus sungguh perasaan wanita jika nak dibandingkan dengan sang arjuna sebenarnya. *ayat power betul * O.o
mungkin kamu-kamu tak tahu atau tak ambil kisah perkara ini, bukan?
jangan nak tipu lah =.="
kalau siapa-siapa yang mendalami hati seorang manusia, tak kira lelaki atau perempuan, mereka akan dapat rasakan akan halusnya perasaan seseorang itu.
masyaAllah, ini semua soal batin.soal kejiwaan.
bak kata mamee slurppp "soal rasa, lidah memang tak boleh bohong".

kamu faham bukan akan apa yang aku maksudkan.
tak faham? okayy.mari aku beri contoh.
begini, kalau kamu betul-betul menghargai seseorang itu, biar kecil mana sekalipun maknanya, mesti kamu akan fikir lebih dari itu kan. 
maksud aku, segala yang positif, segala yang negatif. semua kamu akan fikirkan, ya?
yaa. kamu jangan tipu aku.
sebab aku selalu fikir macam itu.
kalau kamu-kamu tak pernah rasa akan apa yang aku maksudkan ini, mungkinlah.
kamu-kamu langsung tak menghargai orang yang berada disekeliling kamu, ataupun buat endah tak endah sahaja dengan mereka.
kononnya, mereka akan bersama dengan kita untuk selama-lamanya, kan -.-"
oh, kawan,
please, JANGAN buat macamtu.

pernah dengar bingkisan ni ~ "Kadang-kadang kita tak reti menghargai kehadiran seseorang dalam hidup kita, kita menolaknya. Dan bila dia sudah kecewa dengan kita, dia lari dari hidup kita. Bila tiba satu masa kita mula menginginkannya, barulah kita mula mencarinya semula. Namun saat itu sudah tidak bermakna lagi. (Manusia akan menghargai sesuatu bila dia kehilangan sesuatu) "

sekarang, kamu faham kan apa yang sedang aku ingin sampaikan?
selamat membaca.
kalau kita guna mata kasar , memang kita tak boleh capture apa maksudnya.
gunakan mata hati , insyaAllah , dapat :)

p/s: alhamdulillah, Allah selesaikan & permudahkan hari-hari aku, termasuk hari ini. :')