Monday, March 26, 2012

telah lama,

Telah lama aku pendamkan, 
telah lama aku simpankan, 
telah lama aku senyapkan, 
akan secalit rasa di hati ini, 
yang kadang-kadang aku sendiri tidak pasti apa maknanya.


Lama juga aku berfikir, 
lama juga aku merenung, 
lama juga aku bermuhasabah, 
takut-takut kebahagiaan aku diragut, 
takut-takut keseronokkan aku dirampas, 
takut-takut keakraban aku dicuri.


Kenapa ? kenapa ? kenapa ?
tatkala kami sedang membesar bersama, 
hadirmu seolah-olah meleraikan segala rasa, 
antara aku dan mereka,
hadirmu seketika cuma, 
hadirmu seminit bersua, 
tetapi, ketahuilah, rasa yang terpalit dihati ini, 
bukan mudah untuk diubati.




Hati mana yang tak rapuh, 
dek kerana melihat kemesraan aku dirampas, 
seolah-olah datangnya bagaikan kuasa, 
yang cuba untuk merampas 'dia' daripada aku semua. 





Tipu, jika aku nafikan betapa eratnya hubungan kami,
dusta, jika aku tidakkan betapa wanginya kasih sayang yang dibajai, 
bohong, jika aku mendustakan betapa utuhnya ikatan kami, 
jangan, jangan, jangan !!!





Aku merayu kepada mu,
jangan kau rampas takhta hatiku, 
jangan kau rompak intan payungku, 
jangan kau culik emas permataku, 
kerana, mereka hadiah terindah dariNya buat aku.








Gurau senda, tawa mesra, suka duka aku dan mereka, takkan mampu 'kau' beli dengan segunung emas sekalipun, kerana mereka, nadi hidupku :')








Saturday, March 10, 2012

hadiah istimewa,



Semester baru kembali lagi, 
Dan, aku masih lagi di sini,
Menjalani hari-hari yang sukar lagi berduri,
Tapi, hidupku tida lagi sunyi,
Kerna, ditemani mereka yang selalu ' happy'.

Ya Allah, kadangkala hati ini tersentuh jua,
Dengan pemberian yang amat bernilai harganya,
Pemberian yang bagiku sukar untuk cari pengganti,
Alhamdulillah, syukur,
Allah mendengar segala permintaanku yang ku idamkan buat selama-lamanya.

Wahai teman selamanya,
Bangga dan gembira,
Bukannya dipermainkan cinta kita,
Kerna, hakikat kegembiraan itu, hanya kita jua yang rasa.

Alhamdulillah, ya Allah.
Ingin sekali ku katakan, 
Ingin sekali ku laungkan, 
Hati yang dulu sunyi, kini sudah punyai pengganti, 
Kemana pergi, suasana yang ceria akan kupastikan, 
Agar setiap langkah yang dilalui, mempunyai seribu satu pengertian,
Pengertian yang bermakna bukan lagi mainan dalam kehidupan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


# Teman, ku titipkan doa kebahagiaan dalam setiap hembusan nafasmu, agar Allah sentiasa menjaga setiap langkah dalam kehidupanmu.


# Teman, ingin aku berpesan, berbudilah pada mereka yang memerlukan, berbaktilah pada mereka yang dalam kesempitan, kerna kadangkala mereka jua bisa menjadi peneman kita suatu masa hadapan.


#Teman, bukan mudah untuk menjadi yang terbaik, andai kau sulamkan hati budimu dengan seurat benang emas sekalipun, percayalah. . . . masih belum pasti hati itu kan juga mewangi seperti kasturi, jika tiada langkah untuk kau terus mewarisi iman sejak temurun lagi.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Aku menulis, aku mencoret semata-mata ingin ku bicarakan, yang diri ini sayang padamu yang teman-temanku. Doaku untuk kalian, semoga Allah memberkati kehidupan yang kalian corakkan dengan lukisan yang bisa buat orang lain mengukir senyuman. Pada angin ku berpesan, pada bulan yang menyaksikan, sesungguhnya kalianlah, ' hadiah' paling bermakna dalam hidupku.






# Salam sayang, :')

Tuesday, March 06, 2012

persoalan,

Petang itu, 
dia merenung keluar jendela,
mengimbau kembali nostalgia lama,
pelbagai ragam bermain didalam minda, 
kisah suka duka, tawa dan ria, 
kasih teman yang setia.

Petang itu, 
dia merenung lagi, 
terkenang memori-memori yang terukir pasti, 
dia pejamkan mata, dia putarkan kembali masa yang pergi, 
lama dia pejam, lama dia berfikir lagi, 
ya Allah, rindunya dia pada zaman silam yang pasti takkan berulang kembali.

Petang itu, 
dia merenung lagi,
dia pendamkan rasa yang seringkali terkubur layu didalam hati, 
dia pendamkan emosi yang kadang-kala mengusik diri, 
dia langsung tidak pedulikan rasa yang kadang-kadang ingin dia lewati. 

Petang itu, 
dia merenung kembali, 
jauh sayup disudut hati, dia ingin melontarkan rasa yang tersemat dihati, 
namun, apakan daya, dia lemah, 
dia longlai untuk bercerita lagi, 
dia rasakan akan ada sesuatu yang pasti menyusuri, 
andaikata, dia membuka rahsia yang pasti tiada logiknya difikiri.







# Dia terlalu, terlalu, dan terlalu ingin bercerita. Tapi, apakan daya. Dia tiada kudrat yang kuat untuk berbuat sebegitu. Ahhhhh, biarkan. Kelak, biar Dia sendiri yang ceritakan segala-galanya :') #



Saturday, March 03, 2012

baru,

3 minggu sudah berlalu, 
begitu banyak peristiwa shahdu, 
yang akan kenang hingga akhir waktu, 
tatkala, sedang sujud berteleku.

Unggas, cengkerik menemani kesunyian,
masyaAllah, nikmatnya pemberian-Mu Tuhan, 
ingin aku lafazkan kata-kata pujian, 
atas kurniaan nikmat yang Engkau berikan.

Tumbuh merendang si pohon tua, 
dedaunan merimbun, terasa segarnya, 
Allahu rabbi, kutegakkan dalam dada, 
Indahnya ciptaan Sang Pencipta.

Ya Allah, Tuhan hidup dan matiku, 
pohon segala keampunan atas kekhilafanku, 
pohon segala kemaafan atas kesalahanku, 
sesungguhnya, nikmat-Mu, amat bernilai buatku,

Nikmat mana lagi yang hendak kunafikan, 
nikmat mana lagi yang hendak kugantikan, 
nikmat mana lagi yang hendak kunafikan, 
kerna segala-galanya Dia yang berikan. 

Syukur, aku masih disini, 
syukur, aku masih berdiri, 
syukur, aku masih berlari, 
syukur, aku bernafas lagi, 
masih ada Kuasa dalam tubuh ini.


Allah, Allah, Allah, 
syukur ya Allah, 
syukur ya Allah, 
syukur ya Allah.


P/s :- untuk semua yang membaca, dengarkan lagu ini yaa :')