Tuesday, May 31, 2011

-.-"

punyala takda idea, sampa title pon dah taktaw nak tulis apa.eh, boring nya duduk kat umah. rutin harian langsung tak pernah berubah. makan, online, tido. tu jela kejenya setiap hari. selagi nafas belum terhenti, hidup kena diteruskan jugak. so, tipula kalau kita asyik dok melangut ja setiap hari kan. haa, cakap pasai melangut nikan, kadang-kadang aku terpikiaq jugak, agak-agak hampa la kan, kalau kita asyik duk melangut ja, duit akan turun dak dari langit? kot-kot la bleh turun ka. mana taw kann. hmm, rasa macam nak keja. tapi, nak keja apa? haiya, kot blah-blah SP no, belambak ja vacancy sana, vacancy sini. macam-macam keja aku bleh p buat. tapi, tu laa. dok ketegaq jugak. macam mau takmau ja. mau bila dah cukup bulan, duit masyukk. takmau bila kena buat keja, letih pulakk. macam-macam krenah la hang ni. haha. erm, ampa-ampa, sebenaqnyakan, aku rindu gila kat kawan-kawan aku. kat maktab dulu, kat matrik dulu. hmm. missing them badly lahh, kalo omputih kata. eh, eh. errr. hmm. apa nak tuleh lagi ni? hmm, takda apa dah kott. okay la, bye-bye. teman tido dulu ye( sape nak join, angakt tangan macam saya). ahaha. fenomena mak limah memang super giga tera POWER laa kann. haha. suka gilaa dengan kak limah. cantik gitu. awww. awwwww.
hmm, ok la naa. ngantok dah. nanti, post entry baqu pulak. toksah dok risau aihh. babai. ^^

Friday, May 27, 2011

ikut mana?

ikut hati, mati.
ikut kata, binasa.
ikut Allah, selamat.
jadi, mana satu jalannya?
semakin lama semakin meninggi keinginan itu.
sakit semakin mencengkam jiwa.
 duhai hati, jangan engkau mendadak panasnya.
kelak, ada sesuatu yang tak diingini.
aku tiada tempat untuk mengadu.
melainkan hanya pada Dia.
ya Allah, kuatkanlah hatiku.
ya Allah, tabahkanlah hatiku.
ya Allah, yakinkanlah aku.
sesungguhnya, Engkau tidak pernah memungkiri janji-janjiMu. ya Allah.
semakin lama, hati semakin pedih.
tak sanggup aku menanggung segala rasa itu.
jiwa muda seolah-olah menghasut.
membuat sesuatu diluar jangkaan.
SABAR. SABAR. SABAR.





p/s: bila orang lain bercakap, tolong dengar. dan, tolong jangan selalu buat double-meaning!

Thursday, May 26, 2011

sama sahaja.

semalam, aku bangun tidur. bangun-bangun, terfikir pula. tentang hari ini. tentang perkara yang akan aku buat. ya, sememangnya itulah rutin harian aku. nak buat apa eh, hari in? hmmm. hati mendengus kebosanan lagi. asyik-asyik sama sahaja. seolah-olah macam tak ada kerja yang lain yang nak dibuat. eh, kenapa hari-hariku sebegini? kenapa tidak seperti hari-hari dulu? dikelelingi rakan-rakan seperjuangan untuk mengumpul peluru ke medan perang. oh, ya! lupa pula, program pengajian itu sudah habis. sebut pasal itu, lamunan melayang seketika teringat kembali akan hari dulu. hari yang penuh dengan suasana ceria. penuh dengan gelak dan hilai tawa rakan-rakan yang lain. walaupun, hakikatnya, bukan semudah yang disangka. kehidupan itu sebenarnya sukar. tetapi, apa boleh buat. nak tak nak, kena hadapi jua. dan, Alhamdulillah, hari tu habis juga.dulu, makan-minum lansung tak terurus. konon, lagaknya macam budak pandai kan. kalau ada masa, sempatlah perut ini diisi oleh tuannya. kalau tidak, petang la alamatnya. hmmm. apa lagi yang berlaku pada hari dulu ya? berfikir sejenak. oh, ya! lupa pula. kenangan hari dulu banyak mengajar aku kehidupan yang sebenar. erti persahabatan juga erti kehidupan. banyak rencah dalam kehidupan dulu telah aku praktikkan untuk kehidupan hari ini. ternyata, itu semua membantu aku. soal persahabatan, soal perjuangan, soal hidup berdikari-itu semua macam cliche yang perlu ditempuhi oleh semua. hidup dalam suasana 'independent'-inilah hidup aku yang sebenar. bukan mudah seperti yang kalian fikir. semuanya hasil usaha sendiri. hampir 6 tahnu hari itu berjaya aku tempuhi. sayang bukan kepalang. tapi, rindu itu yang menjadi penghalang. jauh bagaikan seribu batu nautika jaraknya dek kerana masing-masing tinggal diserata pelusuk Malaysia. apa-apa pun, aku bangga mengenali kalian. aku bangga melihat kalian berjaya. aku bangga mengenali kalian biar sesaat pun.

*cukup untuk hari itu. makin dicerita, banyak pula idea yang mencurah*



hari ini, aku bangun tidur. bangun-bangun, terfikir pula. tentang hari ini. tentang perkara yang akan aku buat. ya, sememangnya itulah rutin harian aku. nak buat apa eh, hari in? hmm. macam orang hilang akal pun ada. seolah-olah hidup tak ada hala tuju. mahu dibuat itu, tak kena. mahu dibuat ini, tak betul. serba salah.




esok, aku bangun tidur lagi. bangun-bangun, terfikir pula. tentang hari ini. tentang perkara yang akan aku buat. ya, sememangnya itulah rutin harian aku. nak buat apa eh, hari ini? hmmmm. dah bosan buat perkara yang sama. balik-balik buat benda yang ulang-ulang.





betul lah, kata orang. kita akan hargai saat itu bila kita dah laluinya. dan kita tak akan rasa kehadiran seseorang itu bila dia masih ada, tetapi kita akan rasa kehadirannya bila dia sudah benar-benar pergi. apakah disebalik yang tersirat?






-bingkisan buat mereka-


kalau rindu ;

lihat atas renung bulan
dan senyumlah

kita lihat bulan yang sama

kau dan aku masih berdekatan :)



kalau rindu ;

lihat atas renung bulan
dan senyumlah

kita lihat bulan yang sama

kau dan aku masih berdekatan

:)


kalau rindu ;

lihat atas renung bulan
dan senyumlah

kita lihat bulan yang sama

kau dan aku masih berdekatan

:)

Tuesday, May 24, 2011

sejam yang lalu.

sejam yang lalu, aku sedih.
sedih bukan kepalang.
tapi, bila tengok maharaja lawak, semua sedih itu hilang serta-merta.
arghhhh, mana sedih ni?hati kembali mencari sedih yang hilang.
hmm. mendengus lagi.
selalu macam ni.
asal sedih, hilang. asal sedih, hilang. asal hilang, sedih.
heishhhhh. tak suka la perasaan macam ni. tapi, kenapa perlu bersedih?
kan Allah dah bagi nasihat dalam surah Muhammad, ayat 35 tu.
( Apabila kamu mengetahui orang kafir itu dihapuskan pahala amalnya dan diseksa oleh Allah, ) maka janganlah kamu ( wahai orang yang beriman) berasa lemah dan mudah kalah ( musuh yang menceroboh), padahal kamulah orang yang tertinggi keadaannya dan Allah bersama-sama kamu ( untuk membela kamu mencapai kemenangan), serta Dia sekali-kali tidak akan mengurangi ( pahala) amalan kamu.
haaa, tu. Allah dah bagi motivasi kat diri sendiri dah.

jadi, kenapa perlu lagi ada rasa sedih ni?
hmm. please, go away from my life. i beg you, please.
bila sedih, hati menangis.
secara zahirnya, mata kasar manusia tak akan nampak permata-permata kecil menitis di pipi.
tapi, hakikatnya, hanya Dia yang tahu.
hati ini benar-benar yakin dengan Allah.
yakin dengan kuasa yang ada pada Dia.
perkenankan hajat dan harapan hambaMu, ya Allah.
duhai hati, sabarlah engkau nescaya ada yang lebih baik untuk kamu suatu hari nanti.


semakin dilepas, semakin sedih.
teresak-esak hati ini menangis.
hey, wanita gagah. 
hapus air matamu. tunjuk pada dunia, wanita memang hebat!





semakin ditulis, semakin sedih. sedih lagi. tak tahan menanggung rasa itu sendiri.
mahu diluah, tapi pada siapa?
mahu dibicarakan, tapi siapa gerangan itu?
 makin dikopek, makin terasa sengatnya.



sang hati, sabar.


* semoga esok, masih ada mentari agar bisa merawat hati yang sedih ini*
*kalau jumpa doktor pun, memang tak akan pulih*
























yang sedih, 
penulis.

budak-budak.

budak-budak lagikah saya?
budak-budak lagikah pemikiran saya?
budak-budak lagikah tingkahlaku dan penampilan saya?
entah. anda lihat, anda nilai.

ada sesutau yang menarik tentang budak-budak ni.
budak-budak nikan, memang diorang takda duit.
harta, lagilah tak ada kan.
tapi kan, apa yang mengujakan, budak-budak ni, diorang punya keinginan sangat tinggi.
berkeinginan tapi tak berkemampuan.itu fakta.
jadi, bila budak-budak dah sedar akan hakikat itu, budak-budak ni pun bangkit.
menebus kembali kata-kata yang lahir dari orang yang lebih besar darinya.
apa lagi, usaha yang kuat ditambah dengan semangat yang tak pernah kenal erti putus asa, budak-budak ini pun usaha lagi. 
usaha, usaha dan terus usaha.
ingat ya semua, Allah dah bagitaw, siapa usaha, dia dapat.
jadi, ternyatalah, Allah tak pernah mungkir dengan janjiNya.
Allah dah beri dan balas jasa budak-budak itu.
sekarang, budak-budak itu dah besar.
dan ketika dia besar, dia dapat memenuhi semula hajat dan impian ketika dia masih budak-budak.
gembira bukan kepalang si budak besar itu kerana hajatnya sudah tercapai.
apa lagi, dia berpesan kepada budak-budak di luar sana, supaya memiliki impian seperti budak-budak.dulu sebab bila dah ada impian, baru ada usaha.
tapi, ingat!
bila kita dah berusaha, jangan ditanya kenapa, jika budak-budak itu gagal.
mungkin, Allah ada yang lebih baik untuk budak-budak itu.
tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada sapa yang tahu.


eh, seronokkan jadi budak-budak.
tak kisah la siapa anda sekarang, apa pekerjaan anda sekarang, dan apa-apapun status anda sekarang.
tanamlah keinginan seperti budak-budak walaupun umur dah meningkat.
kerana, tanpa angan-angan, semua tak akan jadi kenyataan.


selamat berfikir.
:)

Monday, May 23, 2011

hati nurani.

salam semua pembaca sekalian.hmm, harini title post yang baru "hati nurani".hehe. anda jangan salah faham, ya. saya bukan ustazah ataupun ahli ulama yang bisa memberi ceramah kepada semua. cuma, disini, frankly speaking, nak kongsi serba sedkit lah dengan anda semua. kadang-kadang dalam hidup ni kan, apa yang kita nak, yang tu yang kita tak dapat. disaat itu,  mesti kita fikir, oh kenapa sampai macamtu sekali? kenapa aku tak dapat? kenapa aku tak dipilih? kenapa aku tak terpanggil untuk temuduga itu dan ini? kenapa? kenapa? bila anda berhadapan dengan situasi ini, memang anda akan fikir macam-macam benda yang negatif dan kadang-kadang sampai kita tersasul kata hinggakan kata Allah tak adil. ouh, man. you are wrong. totally wrong. bukan sebab Allah tak adil, sebab Allah ada lagi plan yang terbaik untuk kita. sebab kalau kita dapat, mana taw nanti kita takbleh nak carry on, fail itu, fail ini or what else. Dia taula yang mana yang paling baik untuk kita. tak gitu kawan-kawan? er, sebenarnya, ayat ni buat diri saya jugak. sehari dua ni rasa down sangat. sebab rasa macam kita ni apalah sangat kan kalau nak dapat semua tu sedangkan layak. hmm. okay, enough about that.:'(  i am not that perfect at all. saya manusia biasa yang hanya percaya pada Allah, tuhanku. saya taw Dia boleh buat apa sahaja sebab rancangan Dia jauh lebih menjadi kalau nak banding dengan manusia. sudahla, jangan bongkak dan sombong dengan rezeki yang Allah bagi kat kita. so, skarang ni, semua rasa sedih segala tu, dah hilang jauh dari diri ini. biarkan dia pegi. SUBCONCIOUS ja semua tu. *setan saja nak rasuk minda kita* 



setelah direview-review semula,  ni ada satu ayat dalam al-quran.
( Apabila kamu mengetahui orang kafir itu dihapuskan pahala amalnya dan diseksa oleh Allah, ) maka janganlah kamu ( wahai orang yang beriman) berasa lemah dan mudah kalah ( musuh yang menceroboh), padahal kamulah orang yang tertinggi keadaannya dan Allah bersama-sama kamu ( untuk membela kamu mencapai kemenangan), serta Dia sekali-kali tidak akan mengurangi ( pahala) amalan kamu.



*terima kasih, Allah*

Saturday, May 21, 2011

hobi baru.

sejak join kaki blogger ni, suka sangat buat blogwalking dengan minda dengan menjengah ke blog-blog pemilik kaki blogger yang lain.
wahh, terujanya pabila membaca ceritera-ceritera mereka.
ada yang suka, ada yang duka, ada manis, ada tawar, senang cerita- semua rasa ada.
kagum sungguh dengan penulis-penulis blog tersebut.
tapi sayang, bakat yang ada, harus dicungkil dan diasah lagi.
moga suatu hari nanti, boleh buat duit dengan berkarya saja.
jujurnya, diri ini juga mahu menjadi seperti mereka.
sungguh.
tapi, mampukah aku menggalas semua bebanan itu? 
mampukah aku untuk menghadapi cabaran walau sekecil kuman sekalipun?


hmm. bunyi hati. mendengus lagi.
ya Allah, apakah ini ujian dariMu untuk aku, sebagai hambaMu, ya Allah?




secebis puisi untuk merawat hati yang hampa.

Bila memang ini jalanku
Akan kulalui
dengan penuh suka cita
Bila memang ini jalanku
Akan kuterima
dengan lapang dada
Bila memang ini jalanku
Akan ku ukir
Impian indah diruas-ruas jalan Mu
Bila memang ini jalanku
Akan kurajut
seindahMu pagar-pagar iman dikanan kiriku
Bila memang ini jalanku
Ajaran ikhlasMu adalah penuntunku
Dan jika engkau
takdirkan untuk pendampingku
Akan kurawat anugerah
cinta terindah dalam keredhaanMu.

eh, harini rupanya.

eh, hari ini 21 Mei kan?
laa, cepat sungguh masa berlalu ya.
hmm, bukan apa.
cuma hakir nak ucapkan "Selamat Berjuang" kepada semua rakan-rakan hakir yang berjaya mendapat tempat di universiti mahupun matrikulasi.
yalah kan, kata orang, even result or pointer baguspu, belum tentu dapat menjamin kerja yang elok-elok nanti.
hmm, ape2 pon, kalian dah usaha. tulah hasil yang kalian dapat.

lagi satu, kepada yang tak dak berapa nak excell, jangan give up.
tu ja ayat yang mampu hakir kata.
ya, hakir pernah lalui semua tu.
hakir faham apa yang kalian rasa.
memang perit. tapi, semua tu letak pada diri kita sendiri.
kita yang ubah diri kita untuk jadi yang lebih baik ataupun tak.
hakir pun pernah berada dibawah, dan betul kata orang, bila kita berada diatas, orang yang dibawah langsung tidak dihiraukan. 
tengoklah manusia zaman sekarang. kebanyakan tempat yang hakir pergi, semua macam tu.
bila dah berjaya, lupakan kita.
hmm. dunia dunia.

kalian, lupakan segala "subconcious mind" tu.
bukti pada orang lain, yang kalian boleh.


kepada junior-junior hakir, facebooker, dan semua kaki blogger yang nak sambung study semula, selamat berjihad. take care and do always pray for Him. 

dan tak lupa juga, dekat semua member2 hakir yang nak jadi fasilitator kat KMK nanti, layan depa elok-elok, nahh.
jangan lupa ayat ni- "lambat dan lewat adalah satu kesalahan". 
ngeh ngeh.


p/s: doakan saya juga ya, bloggerians. sedang menanti untuk temuduga MEDSi. 




salam and till then~

Wednesday, May 18, 2011

alhamdulillah & proud.

jutaan syukur aku ucapkan kepadaMu, ya Allah.
sesungguhnya, Engkau sebaik-baik pemberi rezeki.
nikmat mana lagi yang aku nak nafikan, ya Allah.
ternyata, mimpi di siang hariku menjadi kenyataan.
alhamdulillah :)
perubahan yang sangat drastik berlaku atas diri hina ini.
apa-apa pun, tak perlu nak bangga dengan keputusan itu.
sebab, apa yang kita peroleh skrang, tak bermakna akan kekal untuk selamanya.
macam orang putih cakap, it is hard to get it, and it is hard to maintain that.
faham kan? 

sekadar peringatan untuk hakir dan juga kalian semua.
sungguh, hakir bangga.
dan bangga itu bukan bermaksud riak, ya.
bangga dengan pencapaian KMK-ians.
terutamanya, dekat semua budak-budak akaun sesi 2010/2011.
anda adalah yang terbaik!
tak sangka selama ini, hentaman yang kuat dan besar dari kalangan pensyarah-pensyarah semua membuahkan hasil yang sangat lumayan.
ternyata, mereka semua bagaikan sel darah merah kita, kan?
hihi. tanpa tunjuk ajar mereka, belum tentu, kejayaan sedemikian mampu diperoleh.
apa-apapun, terima kasih kepada insan-insan yang sudi dan sanggup meluangkan masa mereka untuk mendidik kita semua.
terutama sekali, kepada semua pensyarah yang mengajar kuliah A3 dan tutorial saya, A3T1A. 
i am proud to be one of them.
to all KMK-ians, congratulations to all of you.
takda apa yang hakir nak ucap, cuma salam sayang saja.
:)


all the best dekat tempat baru nanti.
keep it up and move onwards taw.
yang penting, uhibukkifillah abadan abada.

~XOXO~



:)





Tuesday, May 17, 2011

hafa.

kenapa hafa?
kalau dalam bahasa arabnya hafa atau erti kata lain bermaksud hujan renyai.
tapi, tatkala aku sedang mencoret sesuatu didalam blog ini, bukan hafa lagi.
malah lebih dari itu.
alhamdulillah, ya Allah.
syukur atas rahmat-Mu.
hari ini. saat ini.
segala membrane sel yang ada dalam otak ni kembali ligat memainkan peranan mereka.
terasa kehangatan bahangnya.
kenapa ini berlaku?
sedangkan yang realiti itu pasti.
ya, esok.
penentu segala.
pengubat duka dan lara.
wahai hati, janganlah engkau menafikannya lagi.
segala-gala telah tertulis di loh mahfuz akan rezeki dan keadaan kita semua.
hmmm.
mendengus lagi hati kecil ini.
takut. bukan takut.
tapi, berharap.
takut harapan itu musnah lalu hancur.
itu sahaja.
=.="

Monday, May 16, 2011

berjalan-jalan.

setelah penat berjalan-jalan, maka muncullah semangat dalam diri ini untuk kembali mencoret sepatah dua kata dalam blog hakir ini. bukan apa, hanya ingin menaikkan kembali darjah motivasi hakir. maksud hakir, berjalan-jalan itu bukanlah berjalan-jalan keluar ke merata tempat. tetapi, hakir sudah penat berjalan-jalan melihat wall post-wall post budak-budak lepasan SPM tahun lepas. antara mereka, ramai yang dapat ucapan tahniah. JPA la, MARA la. Khazanah and so on. dan dalam diri hakir tika itu, "wowwwwww! syoknya dia. pandainya dia". antara kata-kata yang lahir dari hati hakir. kenapa perlu hakir berkata sedemikian kepada mereka? sekadar untuk tumpang gembira itu tidak dinafikan. mana taknya. kawan sendiri yang dapat peluang macam itu. tapi, jika hakir fikir kembali, semua orang layak mendapat peluang itu. tapi, kenapa bukan diri hakir sendiri? dari segi positifnya, hakir rasa ada lagi mereka-mereka yang layak untuk peluang itu. bagi hakir, Allah knows everthing. we, as a human, just submit to Allah. mengharapkan yang terbaik dari Allah, itu pesan ibu hakir kepada semua. kenapa taw? kenapa? sebab kita merancang, Allah jua merancang. tetapi bagi hakir, Allah jua yang menentukan segalanya. jadi, salah untuk hakir menafikan hak Dia. jadi, disini hakir ingin membuat kesimpulan, bahawa semua orang berpeluang untuk cemerlang. semua orang berpeluang untuk jadi yang terbaik. cuma yang menjadi penghalang dan rintangan, adalah minda kita. minda separuh sedar yang sering menggangu konsentrasi manusia. Allah dah kata, Aku takkan ubah nasib kamu selagi mana kamu tak ubah nasib kamu sendiri. so, what are we waiting for? wake up, man! we can do it. everything will change. believe me. :)



p/s: tahniah kepada kalian yang berjaya mendapat tempat untuk ke luar negara. i am proud of you.

kalian (:

"siapalah diri ini tanpa kalian. andai ilmu itu bersamaan dengan emas tulen sekalipun, tidak ternilai harganya dengan setitik ilmu yang kalian curahkan buat diri ini. ucapan terima kasih dan alhamdulillah yang mampu aku lafazkan. kalianlah tunjang hidup saya dalam arena perjuangan menuju kejayaan. terima kasih semua yang sudi mendidik anak bangsamu sehingga berjaya ke tahap ini. salam sayang :)", secebis kata-kata yang lahir dari hati yang ikhlas kerana aku sangat menyanyangi mereka. ibarat isi dengan kuku, hubungan dengan kalian tak pernah renggang. sehinggalah, sampai suatu masa, dengan izin Allah, maka terjadilah perpisahan yang sering mengundang air mata untuk titis lagi. kalian adalah insan yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup ini. takkan siapa yang mampu takluki hati ini lagi dek kerana setitik ilmu yang kalian berikan, telah berjaya mencuit hati ini untuk terus berusaha dan beriltizam mencari segenggam kejayaan. insyaAllah, jika tiada halangan dan aral yang melintang, diri ini bakal ke peringkat seterusnya, peringkat yang dinanti-nanti kan oleh semua insan yang bergelar pelajar. sungguh, aku mengharapkan rezeki itu sebagai hadiah dari Allah untuk hambaNya yang telah berusaha. terima kasih Allah kerana Engkau sebaik-baik penolong. tidak kira detik dan saat, Engkau senantiasa melindungi diri ini tatkala diri ini sedang sibuk mengejar kejayaan. Alhamdulillah, ya Allah. :) kalian merupakan nadi hidup saya dalam mengejar cita-cita yang tinggi yang entahkan jadi entahkan tidak. kalian bagaikan sel darah merah yang selalu memberi oksigen kepada diri ini untuk terus berjuang, berjuang dan berjuang. jutaan terima kasih kepada kalian semua. tiada apa yang dapat diri ini balas, melainkan kejayaan yang hakiki. terima kasih juga kepada keluarga yang selalu ada tika diri ini resah. akhir kata, selamat hari guru kepada kalian dan juga pendidik-pendidik diluar sana. guru penjana transformasi pendidikan negara. salam sayang, dari saya untuk anda.

Sunday, May 15, 2011

the day.

eh eh, kenapa entry kali ni dalam bahasa omputih plak ni?
"the day", err. tapi, kenapa "the day"
haa, sebenaqnya takda apa pon.
cuma taktaw nak nuleh apa. tapi, qasa macam lama ja, tak tuleh kan. haha. 
nak jugak la isi blog ni dengan sesuatu. kang kosong ja. tak best plak qasa.
erm, ni haa.
dok ketaq sket pasai rezut aku nih.
dengaq cita nak kuaq ari rabu nih.
eh, bqapa nak dapat ni?taktaw la kann, camno.
eden harap yang TERBAIK la. 
Allah bagi kat kita yang terbaik pon kita dah kena syukur banyak-banyak.
so, harap hampa toksah nak pertikaila na, kalau-kalau nanti, ada antara kita yang dapat rezut tak seberapa even usaha bagai nak rak.
bukan apa, kadang-kadang kita ni, manusia. camtu la. dok rasa diri tu bagoih dah, tapi hakikatnya?
macam kata Nabil, lu pikirr la snri...kan? kan?
hmm, dok kata kat depa, macam la aku ni bagoih sangat kan?
ya, say sedaq aihh. saya pon taw kat mana kemampuan saya. 
tu sekadar peringatan bersama. tak salah kan nak saling berpesan-pesan dengan kebenaran?
hehe*ecehhhhh* awat cek laguni, ni? haihhh. 
mentang rezut nak keluaq, jadi pelik kot lain dah.



p/s: sebenarnya, dah lama tak cakap kedah ni haa. dok besa trnganu ja kat umah ni. skali skala satu Malaysia, takpa kott.


currently listening to: hey soul sister :)

Wednesday, May 11, 2011

growing up~

True friendship are like snowflakes,
each one equally special,
yet somehow always unique.

Some friends you choose on your own,
and some, like us are chosen for one, 
another before we're even old, 
enough to speak.

Friends help each other to grow and
discover what life is all about-
Sometimes, we choose to walk down
separate paths, only the return
and tell the other what was found
out..

For us girls, simply labelling yourself
a friend does not get you off the 
hook-
We have several responsibilities,
such as gossiping, doing each others's
hair, and reassuring each other how
fat we DON'T look!

True friends never judge-we'll stand
by each other no matter how poor of
choices one of us might make.
We see one another through sleepless
nights and tears, never sure when
the sadness will break.

It's amazing how quickly life starts
passing by, the older we get.
Many times when the things get rough,
it seems easiest to simple just quit.

But after all life's up's and down's,
you've been lucky enough to find
someone who makes you complete in 
life.




dear you, my friends. I will always love you. 
(:

Monday, May 09, 2011

L-O-V-E.

people, I don't know how to interpret how much I love them.
I also don't know to show my love to them.
I hope, this picture will make you understanding on how much I miss them so much.
everyday, I remember them and almost everyday, I will look back the picture.
see, friends.
you are really such a best person i never had before.
yes, I do love you all till the end of my day.
I hope you will smile with tears, okey?
:)




my tutorial mates.


A3P1  before taking the "Graduation's day" picture.



after frisbee match.


  
hihi. psychoacademic programme~cinta sayang~



the day we went away from Cinta Sayang :"(



yana, sue, and me.


husna and me.


them.


the carnivall, sg.petani.


again, the carnivall, sg.petani.



friends, I love you so much.
keep in touch.
all the best in your future undertakings.
may Allah bless all the time.
with love, 
:)

menusuk kalbu~

mom. i do love you. (:

Hi mom, 

Sorry if sometimes I'm disobeying you. Sorry if I'm not a perfect child and sometimes I lied to you. Sorry if I've shouted at you, or sometimes in the back of my head I almost wanted you to be gone when you yell at me and scold at me. Sorry if I'm hardheaded. Sorry, if sometimes I'm lazy, that I don't know do chores at home. Sorry for everything I did wrong. 


But, I thank you for making me live in this planet, cause without you, I'm not here. Thank you for feeding me, taking care of me, sheltering me and loving me. Thank you for giving me the best things even it's hard. Thank you for teaching me the right things and manners. Thank you, mom. 


Don't worry, I'll take care of you too when you're old :)) hihi. And the things that you traught me, I'll always keep it in my brain cause I know, you don't want me to be at worst. I am guilty for all. You're very important to me like a pearl that I really treasure. I'm not real sure what will happen to me when you're gone. 

I love you, mom!
Happy mother's day! <3
p/s: I'll make you proud, soon!



*mom, i do love you*
*today, tomorrow and always*
*yes, i do*

Sunday, May 08, 2011

sunyi lagi.

hari ini, 8 Mei 2011.
sekali lagi, sunyi menyelubungi diri.
sunyi menjadi teman tatkala hati sepi.
sunyi datang lagi.
tertanya-tanya, mengapa hari ini?
sesuatu yang pasti.
tapi, masih tercari-cari.
apa maksud yang hakiki.
aku sunyi lagi.
sekadar teringat segala memori.
memori yang mungkin takkan hilang difikiri.
aku masih mencari.
erti sebenar sunyi.
itu, ini, dan begini.
semua belum pasti.


*sunyi, pergi dari sini*
*sakit :"(*

malam ini.

malam ini, aku menangis lagi.
menangis tanpa sebab.
mungkin ada sebab, cuma malas nak dilayankan sangat.
mengapa mesti menangis?
hati tabah kan?
jangan menangis hanya kerana benda yang belum pasti.

malam ini, aku menangis lagi.
menangis mengenangkan betapa Allah sangat menyayangi aku.
syukur, alhamdulillah ya Allah.

malam ini, aku menangis lagi.
insan-insan itu bakal melangkah ke alam baru.
alam pembelajaran yang amat beza suasana itu.
ya, mereka.
sungguh aku rindu saat kita tertawa dulu.

malam ini, aku menangis lagi.
bertanya akan sang bulan.
masihkah ada harapan untuk hari esok?
masihkah ada nafas untuk esok?

malam ini, aku menangis lagi.
teringat kembali akan memori itu.
memori yang sungguh menggamit hati.
jujur, aku sayangkan insan itu.
tapi, bukan kehendak aku untuk melawan ketentuan Allah.
suatu hari nanti, pasti tiba saat itu.


hati kecil berdoa, memohon, dan merayu.
agar Kau senantiasa melindungi mereka, ya Allah.

*untuk insan itu, semoga berjaya dalam jihadmu*
*ilysm :"( *

Friday, May 06, 2011

laa, susahnya nak berbicara-part 2.

selamat malam, jumpa lagi semua =)...erm, saya sengaja tulis "laa, susahnya nak berbicara" ni dalam banyak bahagian or part. bukan apa. saya sendiri pon susah nak cerita dekat kawan-kawan semua. jujurnya saya bagitaw, memang saya ada perasaan tu. tapi, saya sangat takut nak luahkan.==' just imagine macam ni la kan, anda dah kawan dengan sorang tu agakla lamanya. tapi, hubungan anda hanya sekadar kawan or lebih kurang brader sister la kann..pastu, adela satu perasaan ni, tibe2 muncul dalam diri anda, ape anda nak buat?firstly, memang anda akan pendam dulu..tapi, bile dah lame2, makin hari makin rasa benda tu..*diakui oleh kawan saya juga ^^* mesti susahkan nak bagitaw hal yang sebenar?haaaa....jangan nak tipu, plak =P *saya yakin, anda pon pernah ada perasaan ni* yela, hati manusia kan..kalo takde perasaan tu, orang cakap pelik plak.kan? kan? laa, susahnya nak berbicara. ==' 

p/s: apa nak buat? ='(

laa, susahnya nak berbicara.

salam semua. sebelum kita berbicara dengan lebih mendalam, izinkan saya menarik nafas terlebih dahulu. okay, give me two second......... haa, okay dah settle! eh, apa eh yang sebenarnya nak dituliskan? haa, kawan-kawan, jangan risau, bila jemari kita dah mula menaip, automatik idea tu akan hadir perlahan demi perlahan lalu terhasillah suatu entry yang baharu. hehe. *try la buat, kalau tak caya*. eh, tajuk saya pada hari ini ialah "laa, susahnya nak berbicara". hmm, betul taw ayat tu. saya akui sendiri. bukan apa, sejak dua menjak ni, yang tu la yang ada dalam fikiran saya. hakikatnya, biar anti saja  yang taw, ya? malas nak cerita. sebab anti yakin, kalau anti bicarakan soal itu, akan ada dikalangan kawan-kawan atau pengikut anti yang akan perasan. hehe. okay, hari ni 6 Mei. jumaat yang indah. hmm, macamana ni nak story-morry dekat semua? payahlaaa. err, anti rasa kita berhenti dulu, bleh? nanti bila anti rasa dah ok, dah tenang, baru anti cerita. insyaAllah :) maaf kepada sesiapa yang tertanya-tanya, ini soal perasaan sebenarnya. eh, ape ni? jeng jeng jeng. semoga bertemu lagi di lain lembaran. salam satu Malaysia semua =)

Thursday, May 05, 2011

eh, sukanya.

eh, sukanya baca blog orang.
boleh tambah knowledge.
eh, sukanya baca blog orang.
dapat taw macam-macam pasal life dya.
*bukan nak stalker, sekadar ambil tahu.*
eh, sukanya baca blog orang.
dapat info banyak lahh.
eh, sukanya baca blog orang.
atleast, dapat taw pasal negara/ negeri orang.
eh, sukanya baca blog orang.
pelbagai rasa ya hati manusia ni.

tapi kan, 
saya lagi suka kalau baca blog orang yang saya kenal.
ia menghubungkan saya dengan mereka walaupun dimana jua mereka berada. .
eh, i like reading blogs especially if i know the person personally, lah.
:)

dan bila esok~



i was listening to this song so many times.
seriously, this song make me feel like, i want to cry.
:(

aku suka.

aku suka pemuda yang pemalu.
aku suka pemuda yang bijaksana dalam melontarkan idea.
aku suka pemuda yang ceria.
aku suka pemuda yang penyayang.
aku suka pemuda yang pendiam.
aku suka pemuda yang tahu akan batasan-batasannya.
aku suka pemuda yang positif.
aku suka pemuda yang sabar.
aku suka pemuda yang bisa membuatkku tersenyum.
aku suka pemuda optimitik.
sungguh, aku suka pemuda itu.
namun, kita berdua berbeza.
aku dan kamu masing-masing punya citarasa sendiri.
aku sekadar mampu menyimpan perasaan itu didalam hati.
itu yang terbaik.


*aku suka pemuda itu*

Semua Tentang Kita Lirik

asyik-asyik sedih je minggu ni.
kenapa sedih? 
kenapa sedih tu mesti hadir dalam naluri seorang manusia?
i am tired of this feeling. go away, please. =.=
hmm, syukur alhamdulillah.
dah semakin baik dan bertambah baik.=P
yeayy! that is what i want.
ye, memang tak dinafikan, orang takkan faham kita sebenarnya.
memang orang akan marah kita kalau kita amik tindakan yang bukan-bukan.
bukan orang tu marah sebab apa, just satu perkataan saja yang boleh menceritakan semuanya.
"SAYANG"
ya, perasaan itulah yang akan hadir dalam diri setiap insan yang bernyawa, kan, kan?
hihi. sudah-sudah, saya taknak berleter panjang. 

sebelum tidur, mari hayati lirik ini.
sedih. :"(


Waktu terasa, semakin berlalu,
tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada, lagi kini tawamu,
‘tuk hapuskan semua, sepi dihati

Ada cerita tentang aku dan dia,
dan kita bersama, saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah,
saat kita berduka, saat kita tertawa

Teringat disaat, kita tertawa bersama
Ceritakan, semua tentang kita